Tuesday, June 20, 2017

Dunia akhir ini

Dunia akhir ini...


Dunia ini semakin hampir ke penghujungnya.
Manusia tidak lagi mempunyai rasa keperimanusiaan lagi. Semuanya hanya bertindak mengikut nafsu, amarah..dendam serta naluri jahat.
Ke mana hilangnya sifat khalifah yang wujud dalam setiap jiwa insan ..
Ke mana hilangnya nilai diri sehingga sanggup menjerumuskan diri ke lembah kehancuran..
Ke mana hilangnya maruah yang dijaga sehingga mudah melemparkan nista terhadap diri sendiri..

Memang sedih melihat kehidupan di dunia akhir ini..
Pembunuhan berleluasa di sana sini...buli..dera...rogol dan sebagainya.
Apakah sebenarnya yang dicari dengan melakukan semua ini..
Apa yang dibanggakan akan hilangnya nyawa seseorang di tangan kita sendiri..

Sedih dengan realiti kehidupan kini..

Thursday, April 23, 2015

Perasaanku

Perasaan ku kini

Kenapa kini aku diulit dengan perasaan ini,
Perasaan ingin disayangi
Perasaan ingin sentiasa dimanjai
Perasaan ingin sentiasa dibelai dengan sepenuh perhatian..

MUngkin kini aku telah leka,
Leka dengan tipu daya dari insan yang bergelar lelaki,
Yang bijak memanipulasikan ayat-ayat manis bagi memujukku
Ayat- ayat yang bisa mencairkan keegoan ku ini,

Atau mungkin kerana aku sememangnya seorang yg sangat bodoh,
Begitu mudah terpedaya dengan kata2 dari insan yg bergelar lelaki,
Begitu mudah termakan pujuk rayu hanya dengan sedikit pujukan,

Aku...dan perasaanku
Hanyut dengan permainan dunia ini,
Walaupun sekuat mana aku cuba untuk mengelakkannya,
Aku masih lagi terjatuh untuk kali kedua..
Mungkin kali kedua ini adalah penghabisan buatku..
Penghabisan..penamat buat segala kebodohan yang telah perasaanku alami,

Ahhh..sukarnya apabila bermain dengan perasaan..
Perasaan..hilanglah kau dariku
Agar aku dapat meneruskan hidupku dengan tenang tanpa ada permainan perasaan ini..

Allahuakbar !!

Friday, November 29, 2013

CNBLUE - CRYING OUT

Still I wake up alone.
Sunshine in my eyes
Coffee keeps me warm
Look at me in the mirror.
As the tears roll down
Laughing at myself
Just an empty heart.
What else is in the life?
What’s gone wrong?
I am not sure in my life
Crying out my life.
Crying out like a crazy
I don’t know what I can see more.
Nobody knows
Crying out my life.
Crying out like a crazy
I don’t know what I can see more.
Nobody knows
Still I stand here alone.
Always in the dark
Calm all around me
Nobody beside me.
Like a blast of wind
All are passing by me
Just an empty heart.
It makes me lose my mind
What’s gone wrong?
I am not sure in my life
Crying out my life.
Crying out like a crazy
I don’t know what I can see more.
Nobody knows
Crying out my life.
Crying out like a crazy
I don’t know what I can see more.
Nobody knows
All I Know, that is life…
Still I sleep here alone.
It’s same as always
Another day done
Crying out my life.
Crying out like a crazy
I don’t know what I can see more.
Nobody knows
Crying out my life.
Crying out like a crazy
I don’t know what I can see more.
Nobody knows
It’ll only break my heart

Thursday, November 28, 2013

Hatiku berkata...

Hati ini,
selalu gelisah bila mengingatiMu
hati ini selalu kekeliruan bila memikirkan Mu
selalu bergolak menahan rasa ingin tahu mengenaiMu

Ya, hati ini
akan sentiasa mengingatiMu walau dimana ku berada
akan sentiasa mengingatiMu dikala aku menangis sendirian di kamar ku
akan sentiasa mengingatiMu ketika aku sedang menikmati setiap makanan yang ku makan
akan sentiasa mengingatiMu walaupun aku sedang berjuang di dalam kesakitan yang Engkau berikan
akan sentiasa merinduiMu meskipun Kau tidak pernah ku lihat
akan sentiasa bersemadi di setiap helaan nafasku, di segenap rongga badanku, di setiap fikiranku

Ya, hati ini akan berasa kekosongan
jika aku terlupa untuk mengingatiMu
jika aku leka dalam mengejar duniawi ini
jika aku lalai dalam melayan perasaan ku terhadap insan bergelar manusia
jika aku menutup pintu hatiku untuk menerima cahaya dariMu
jika aku sering mengabaikan segala petanda yang Engkau tunjukkan di sekelilingku..

Ya Allah,
Sesungguh nya hati ku ini hanya milikMu sejak azali lagi
Sejak rohku dipilih untuk masuk ke dalam janin yang dikandung oleh ibuku
Sejak aku mula dilahirkan di dunia ini
Sejak aku mula membuka mata melihat wajah kedua ibu bapaku
Sejak aku mula mengenal erti hidup yang sebenar-benarnya..

Ya Allah, lindungilah hatiku ini dari berpaling dariMu ..
Lindungilah hatiku ini dari segala kekotoran yang cuba untuk membutakan hatiku untuk melihatMu
Lindungilah hatiku ini dari segala keindahan dunia yang nyata banyak menghanyutkan aku dari cahayaMu..

Ya Allah,
Hanya Engkau yang mampu melindungi hatiku dari terus terjerumus ke lembah gelap
Tunjukkan lah aku jalan yang benar melorongkan aku kepadaMu

Tuesday, November 26, 2013

Aku Tahu..




Aku tahu,
Ya, aku tahu siapakah diriku yang sebenarnya..
Aku?
Aku hanya lah aku,
seorang pengembara yang sedang mencari erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

Aku ,
yang masih sesat dalam pencarian yang tiada penghujungnya ini,
yang sentiasa sedar akan kekhilafan diri tapi masih belum mampu untuk memperbaiki diri,
yang sentiasa terkapai-kapai keseorangan dikala insan yang lain sedang maju ke hadapan.

Aku tahu,
di masa yang semakin suntuk ini,
aku dilalaikan dengan segala kekotoran dunia , kemewahan yang dihadapkan di depan ku,
aku dilekakan dengan pelbagai cubaan yang telah ku ketahui kesannya , natijahnya terhadap aku,
aku dibutakan dengan segala kemegahan, kemajuan teknologi serta pembangunan dunia ini.

Aku tahu,
Ya, sesungguhnya aku tahu masih belum terlambat untukku mengubah gaya hidupku ini,
kehidupan seorang pengembara yang masih sesat dalam mencari cahaya yang sebenar-benarnya,
kehidupan seorang pengembara yang dilahirkan dibumi ini untuk menjalankan misinya sebagai seorang khalifah yang memimpin pengikutnya ke jalan yang benar,

Aku sedar...
Aku masih jauh untuk menggapai cahaya itu ,
Aku masih jauh untuk menjadi seorang pengembara yang penuh ilmu didadanya,
Aku masih jauh untuk mencapainya selagi aku masih berkawan dengan nafsuku,

Selagi aku masih bertuhan kan hiburan yang melalaikan ku,
Selagi aku masih meletakkan agama di tangga yang terbawah ,
Selagi aku menutup mata hatiku dengan kenikmatan dunia,
Selagi aku tidur bermimpikan angan-angan yang berlandaskan nafsuku.

Ya, selagi aku memiliki segala yang titipkan diatas ini, selagi itu lah aku akan kekal sebagai aku yang ada pada ketika ini.

Aku yang akan tetap bergelar sebagai pengembara yang sesat di atas bumi yang sememangnya telah diciptakan olehNya untuk ku terokai dan hiasi dengan cahaya-cahaya kebenaran.


Monday, May 6, 2013

Politik!!

Politik...
Pergi lah mana2 pun semua orang pasti akan memperkatakan tentang politik..
Parti sana salah, parti sini salah...aku tak tahu mana yg betul..

TAPI...
dalam kepala aku dapat menilai yang mana satu yang betul dan mana satu yang salah..simply to say,..everyone is not perfect.
Sudah menjadi kebiasaan, orang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingini..misalnya, nak beg baru harga beratus ringgit, mstilah orang tu akan melakukan apa sahaja demi memastikan beg yang diingini itu berada di genggaman cuma bagaimana cara untuk mendapat kan nya..Adakah secara halal atau sebalik nya?

Dalam kehidupan seharian kita, tanpa disedari sebenarnya kita sendiri mengamalkan gaya hidup berpolitik cuma cara kita berpolitik berbeza dengan golongan atasan atau yang berpangkat demi mendapat nama or untuk mempromosikan diri supaya diterima dan dikenali ramai..

Kita cuma bernasib baik kerana kita hanyalah golongan rakyat biasa yang masih tidak dicemari dengan segala noda politik duniawi nie..

Kita bernasib baik kerana tggal di desa2 yang jauh dari panahan mata seseorang yang berniat mempergunakan kita..
Ya..kita bernasib baik jika kita yang masih menetap di desa tanpa keinginan yang tggi dapat menapis segala godaan yang datang dari luar..

Dapat menahan nafsu dari memiliki kemewahan dengan cara yang salah..
Dapat mengawal nafsu dari mengikuti trend manusia masa kini yang begitu gilakan kuasa, duit, nama dan sebagainya..

Hurmmmm...entahlah..dunia sudah hampir ke penghujungnya..semakin hampir kita ke pintu akhir zaman, semakin terbuka lah hijab manusia yang bertopengkan atas nama pemerintah..

Semakin terserlahlah keburukan, kejelikan, muslihat dan segala tipu daya yang cuba dilindungi , disembunyikan..

Semua manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tapi jangan lah disebabkan kata2 nie..kita menggunakannya sebagai alasan untuk terus melakukan kekhilafan di dunia ini..

Bagi yang buta mata nya tp celik di hati, anda tahu apa yang perlu anda fikirkan..fikirlah dgn hati dan akal yang waras berdasarkan apa yang kita lihat berlaku di sekeliling kita...kadangkala apa yang dihidangkan mampu membutakan mata kita tapi yang pasti hati ini masih celik untuk melihat kebenaran....

Kesimpulannya...kita perlu sedar hidup di dunia sekarang nie penuh dengan tipu daya, helah, muslihat dan sebagai nya...
Susah untuk kita sandarkan kepercayaan terhadap sesuatu yang hanya indah khabar dari rupa..mencanang sana sini sedangkan adakah sebarang kebenaran di dalam perkara yang dicanang kan itu..waallahualam..

# Saja tulis..bosan tgk mana2 media pun asyik berpolitik je...:)



Wednesday, February 13, 2013

Holla

Holla !!!

Emm, dalam sedar tak sedar tempoh praktikal aku kt KKSS ni sudah hampir ke penghujung je,
Perasaan aku?
Hahahahaha, msti la happy giler sampai bleh nampak rainbow kt mata aku ni..
Tapi dalam gembira terselit jgk rasa sedih, sebab apa?
Yela, dh abis praktikal makna nya tamatla sudah aku belajar kn
then kalau dh tamat belajar aku kena lah cepat2 cari keje
Aduh...aku ni dahla jenis liat nk cari keje dan yang paling penting , aku suka sebenarnya
berada di luar selain daripada rumah aku..

Waaaaaaaa, sedihnya..
Kalau aku x keje, sapa pulak nak bg aku duit kan
Kalau waktu belajar bleh la asyik mintak duit je tapi sekarang?
Huish...

Just tggal 1week only for me to be here..
Really can't wait to step out from this place..
Tapi report pun aku x siap lagi nie

waaaaa..mcm mane nie , just tggal 3 weeks je nk kena siapkan and anta ..sempat ke aku utk menyiapkan nye..

Tibai je la nanti, dh salah aku kan yg gatai suka lengah2 ka masa tuk wt keje tu..hahaha

Ops, tu je lah kut yang aku nak tulis tuk ari nie..
saja nk release tension yang x berapa nak tension sgt nie..hahaha

tatataa