Dia..
Insan yang berjaya membuka hati dan perasaan ku ke arah kehancuran,dendam dan benci..
Insan yang telah berjaya membantu aku dalam mengenali bahawa manusia mempunyai kepelbagaian personaliti.
Insan yang mengundang segala kata pujian( euphismistic language,hehehe) khusus untuk nya..
Insan yang menghadirkan seguni dosa dlm diriku atas kelancangan tgan dan mulutku memujinya..
Insan yang selalu bersama ku menghadiri class tapi kewujudannya bagaikan tiada erti apa-apa pun..
Dia..
Sikapnya membuatkan hati dan mulutku membisu dengan mata yang terjegil menahan bara api yang membakar di hati,.
Sikapnya yang penuh kepuraan membuatkan ku hanya mampu meng iya kan segala2 katanya walaupun hatiku hampir meletup menahan prsaan geli hati ..
Sikapnya yang umpama pelakon profesional dalam menjayakan segala lakonannya kadang-kadang memperlihatkan kebodohan yang tersembunyi jauh dalam diri nya..
Sikapnya yg pandai menagih simpati org lain membuatkan aku ketawa dalam kesian dengan nasib org yang mempercayai segala2 kata dusta yg yang diucapkan olehnya..
Dia..
Kewujudannya dalam hidupku hanya sebagai satu bebanan yang mahu aku lupuskan terus dari pandangan mataku..
Kewujudannya hanya menghadirkan dosa buatku yang sudah tidak mampu lagi untuk bertahan menghadapi segala karenahnya..
Kewujudannya aku akui kadangkala hanya sebagai penghibur hati yang lara kerana dia mampu dijadikan bahan lawak..
Kewujudannya sering menyebabkan aku beristifar di dalam hati kerana ada sahaja tingkah nya yang membuatkan mulut ku lancang untuk mengkritik segala2 nya mengenai dia..
Dia...
Dia lah puteri segala puteri dalam lakonan di dunia nie
Mampu memudaratkan, memanipulasi dan sebagainya..
Dia..
Yang Allah, ampunilah dosa ku kerana aku terlalu banyak mengutuknya ..
Ya Allah, bantulah aku hambuMu yang kerdil ini untuk tidak terus membinasa kan diriku hanya kerananya..
Ya Allah, Kau bukakan lah pintu hatinya agar dia memahami segala apa yang berlaku di sekeliling nya..
Bantula dia untuk kembali ke jalan yang benar iaitu sedar di mana dia berada dan lakukan tugasnya seiring dengan statusnya sebagai seorang pelajar..
Ya Allah, hanya padaMu tempatku memohon pertolongan dan hanya kepadaMu jualah tempat aku mengadu segala masalahku.