Monday, May 6, 2013

Politik!!

Politik...
Pergi lah mana2 pun semua orang pasti akan memperkatakan tentang politik..
Parti sana salah, parti sini salah...aku tak tahu mana yg betul..

TAPI...
dalam kepala aku dapat menilai yang mana satu yang betul dan mana satu yang salah..simply to say,..everyone is not perfect.
Sudah menjadi kebiasaan, orang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingini..misalnya, nak beg baru harga beratus ringgit, mstilah orang tu akan melakukan apa sahaja demi memastikan beg yang diingini itu berada di genggaman cuma bagaimana cara untuk mendapat kan nya..Adakah secara halal atau sebalik nya?

Dalam kehidupan seharian kita, tanpa disedari sebenarnya kita sendiri mengamalkan gaya hidup berpolitik cuma cara kita berpolitik berbeza dengan golongan atasan atau yang berpangkat demi mendapat nama or untuk mempromosikan diri supaya diterima dan dikenali ramai..

Kita cuma bernasib baik kerana kita hanyalah golongan rakyat biasa yang masih tidak dicemari dengan segala noda politik duniawi nie..

Kita bernasib baik kerana tggal di desa2 yang jauh dari panahan mata seseorang yang berniat mempergunakan kita..
Ya..kita bernasib baik jika kita yang masih menetap di desa tanpa keinginan yang tggi dapat menapis segala godaan yang datang dari luar..

Dapat menahan nafsu dari memiliki kemewahan dengan cara yang salah..
Dapat mengawal nafsu dari mengikuti trend manusia masa kini yang begitu gilakan kuasa, duit, nama dan sebagainya..

Hurmmmm...entahlah..dunia sudah hampir ke penghujungnya..semakin hampir kita ke pintu akhir zaman, semakin terbuka lah hijab manusia yang bertopengkan atas nama pemerintah..

Semakin terserlahlah keburukan, kejelikan, muslihat dan segala tipu daya yang cuba dilindungi , disembunyikan..

Semua manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tapi jangan lah disebabkan kata2 nie..kita menggunakannya sebagai alasan untuk terus melakukan kekhilafan di dunia ini..

Bagi yang buta mata nya tp celik di hati, anda tahu apa yang perlu anda fikirkan..fikirlah dgn hati dan akal yang waras berdasarkan apa yang kita lihat berlaku di sekeliling kita...kadangkala apa yang dihidangkan mampu membutakan mata kita tapi yang pasti hati ini masih celik untuk melihat kebenaran....

Kesimpulannya...kita perlu sedar hidup di dunia sekarang nie penuh dengan tipu daya, helah, muslihat dan sebagai nya...
Susah untuk kita sandarkan kepercayaan terhadap sesuatu yang hanya indah khabar dari rupa..mencanang sana sini sedangkan adakah sebarang kebenaran di dalam perkara yang dicanang kan itu..waallahualam..

# Saja tulis..bosan tgk mana2 media pun asyik berpolitik je...:)