Thursday, April 23, 2015

Perasaanku

Perasaan ku kini

Kenapa kini aku diulit dengan perasaan ini,
Perasaan ingin disayangi
Perasaan ingin sentiasa dimanjai
Perasaan ingin sentiasa dibelai dengan sepenuh perhatian..

MUngkin kini aku telah leka,
Leka dengan tipu daya dari insan yang bergelar lelaki,
Yang bijak memanipulasikan ayat-ayat manis bagi memujukku
Ayat- ayat yang bisa mencairkan keegoan ku ini,

Atau mungkin kerana aku sememangnya seorang yg sangat bodoh,
Begitu mudah terpedaya dengan kata2 dari insan yg bergelar lelaki,
Begitu mudah termakan pujuk rayu hanya dengan sedikit pujukan,

Aku...dan perasaanku
Hanyut dengan permainan dunia ini,
Walaupun sekuat mana aku cuba untuk mengelakkannya,
Aku masih lagi terjatuh untuk kali kedua..
Mungkin kali kedua ini adalah penghabisan buatku..
Penghabisan..penamat buat segala kebodohan yang telah perasaanku alami,

Ahhh..sukarnya apabila bermain dengan perasaan..
Perasaan..hilanglah kau dariku
Agar aku dapat meneruskan hidupku dengan tenang tanpa ada permainan perasaan ini..

Allahuakbar !!