Tuesday, March 6, 2012

Sketsa Kehidupan

 Hidup kita di atas muka bumi ini umpama sketsa.
Sketsa yang memaparkan realiti kehidupan insan yang bernama  manusia
Sketsa yang memaparkan bagaimana manusia bergelut dalam meneruskan kehidupan seharian mereka di alam ini..
Andai sketsa ini boleh dirakam dan di putarkan di television, pasti ramai yang akan mengeluh adakah selama ini aku hidup begini..Bagaikan di dalam filem atau drama, kita akan mula beremosi dan melakukan tindakan bagi memperbetulkan kembali segala kedaifan tentang diri kita yg dipaparkan menerusi sketsa tadi.

Kalau boleh dibetulkan kesilapan lalu, tiadalah istilah dosa lampau dalam kamus hidup ini..
Kalau semua kesalahan silam bisa dihapuskan dengan memutarkan kembali masa ke waktu dahulu, tiada gunalah kita hidup di waktu sekarang,,

Inilah realiti sebuah kehidupan, masa yang berlalu tidak akan pernah diundur kembali kerana kita hanyalah manusia biasa yang dicipta olehNya tanpa sebarang mukjizat..Tapi yang pasti kekuatan kita adalah terletak pada doa . Dengan doa , kita mampu untuk memohon kemaafan bg kesalahan yang lalu, melalui doa juga kita mampu untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kita masih mempunyai harapan untuk mencapai kejayaan,

Huhuhu..itu sahaja lah entry untuk hari ini..xde idea dh..dalam otak just fikir nak balik kg je jumaat nie..

No comments:

Post a Comment