Ramadhan datang lagi untuk kali ke-23 dalam hidupku,
Ramadhan yang datang kali ini menggamit lagi perasaan rinduku kepada kedua ibu bapa ku..
saat-saat berpuasa bersama semasa mereka masih hidup..
Ramadhan kali ini membuakkan lagi perasaan rinduku kepada mereka walaupun hampir belasan tahun mereka pergi meninggalkan aku dan adik beradikku yang lain..
Ramadhan ini ku rasa sayu kerana ku tahu Ramadhan ini akan sama seperti biasa tanpa kehadiran mereka..
Ramadhan ini aku lalui bersama opahku yang telah banyak mengorbankan kudratnya dalam memelihara kami adik beradik..berpuasa bersama emak saudara, rakan-rakan dan ramai lagi..
Ramadhan ini bagaikan suatu platform untuk cuba mengisi jiwaku yang kosong menagih kasih sayang daripada ibu bapaku yang tiada..
Ramadhan yang hampir ke penghujungnya ini semakin membuatkan hati ku sayu pabila memikirkan betapa aku rindukan kehadiran mereka, bersalaman dan mencium tangan mereka seperti anak-anak yang memilik ibu bapa..
Ramadhan ini aku lalui dengan penuh kesayuan, kerinduan dan ketabahan yang tinggi kerana ku tahu walau sedalam mana pun ku dambakan kehadiran mereka, mereka takkan mampu untuk menghadirkan diri untukku..
Hanya ingatan, kenangan bersama mereka sahaja yang mampu untuk menggembirakan aku..
Hanya dalam tidurku yang tidak seberapa lena ini mampu untukku menatap wajah mereka yang aku rindui selama ini..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi Ramadhan ini tanpa kehadiran mereka...berikan aku kekuatan untuk tersenyum di samping adik beradikku, opahku, rakan-rakanku meskipun tanpa kehadiran mereka..
Ya Allah, berikan la aku kekuatan dan panduan untuk sentiasa menjadi anak yang solehah buat mereka, anak yang mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana.
Ya Allah, Berikanlah aku semangat untuk meneruskan hidup ini dengan diiringi kenangan bersama mereka..
Hanya dengan kenangan itu aku mampu untuk sentiasa tersenyum apabila berhadapan dengan ahli keluargaku yang lain..
No comments:
Post a Comment