Jangan Mengharap Pada Yang Tak Sudi..
Ha, mesti semua tertanya-tanya kan dengan tajuk post kali ini..
Jangan Harap Pada Yang Tak Sudi?
So, mesti semua nk tahu kan kenapa pilih tajuk nie..
Jawapannya mudah sekali,
saja suka2 nk mengulas di kala waktu lapang nie, hehehe
Emmm, kenapa kita sebagai insan yang sering mencari cinta, menagih kasih selalu mengharap agar kasih yg dicari itu dihulurkan oleh insan yang tidak sudi akan diri kita..
Kenapa kita perlu menagih pada mereka yang hanya memandang kita sebagai kawan bukan lebih pada itu..
Kenapa kita perlu terhegeh2 menarik perhatian si dia sedangkan dalam hatinya tiada ruang langsung untuk di huni oleh kita..
Sekali dia sudah mengatakan tidak kepada kita, kenapa kita perlu lagi menayangkan muka simpati kepadanya?
So, fikirkan lah..jangan lah hanya kerana cinta yang tidak pasti kesudahannya, kita membuang masa melakukan pelbagai usaha yang sia-sia semata2 untuk memenangi hatinya..
Janganlah kerana cinta yang belum pasti itu adalah jodoh yang ditetapkan olehNya, kita terkinja-kinja memperbodohkan diri bagaikan tiada maruah dihadapannya..
Sekali kita ditolak, jangan pernah kita mengharapkan sebarang pertalian dengannya,..
Sekali kita dibagi hint terang lagi nyata tidak mahukan kita , jangan lah terus merimaskan dirinya kerana itu hanya akan membuatkan diri kita nampak rendah ..
Jadi, please jangan mengharap pada yang tak sudi kerana rezeki, jodoh, ajal dan maut itu semuanya sudah ditentukan.
Kita hanya perlu sabar menunggu bak kata andai sudah jodoh larilah sejauh mana pun.,
Jodoh itu tetap akan sampai kepada kita..:)
( sekadar coretan kosong dikala bosan)
Everything in life is temporary. So if things are going good,enjoy it because it's won't last forever. And if things are going bad, don't worry. It can't last forever either. -unknown-
Monday, January 28, 2013
Wednesday, January 2, 2013
Sahabat Mencerminkan Nilai Keperibadian Kita
Sahabat Mencerminkan Nilai keperibadian Kita
" Dengan siapa kita berkawan, itulah gambaran masa depan kita. Untuk mengetahui keperibadian seseorang lihatlah siapa yang mengelilinginya"
-unknown-
Memang benar apa yang diungkapkan dengan pepatah di atas. Dengan siapa kita berkawan akan mencerminkan keperibadian yang kita miliki. Bukan hendak mencalikkan arang di muka sesiapa yang mungkin beranggapan pepatah di atas bagai menyindir tetapi itulah kebenarannya.
Sahabat sangat memainkan peranan penting di dalam kehidupan kita dalam membantu
membentuk keperibadian kita. Jika kita salah dalam memilih sahabat maka bersedialah untuk bersama2 dengan sahabat itu menuju ke lembah kehancuran. Jika kia betul dalam memilih sahabat maka bersama2 la kita dengan sahabat itu menuju ke arah kebahagiaan. Sahabat yang baik akan seniasa menasihati kita , menegur dikala kita kekhilafan dan bersama menemani dikala duka dan suka.
Sahabat yang menjahanamkan kita hanya akan melihat kita terus
melakukan kekhilafan, ketawa apabila kita menangis, marah apabila kita
gembira dan menghilangkan diri ketika kita dalam kesusahan.
Bukan senang dalam memilih sahabat, andai sekali
terjebak dengan sahabat yang menghancurkan maka janganlah diulangi lagi
dengan kesilapan yang sama. Bukakan mata dan terangkan hati, perhatikan sekeliling maka kita
akan tahu siapa racun dan siapa madu nya.
_ Ingatlah, kita sering bangga apabila dikelilingi ramai sahabat tetapi adakah sahabat yang berada di samping kita itu benar- benar sahabat yang kita mahukan..fikirkan lah_
( Again, semoga terhibur membaca post saya nie ye, byk sangat masa terluang so apa lgi, curahkan segalanya di sini, hehehe)
Subscribe to:
Comments (Atom)