Jangan Mengharap Pada Yang Tak Sudi..
Ha, mesti semua tertanya-tanya kan dengan tajuk post kali ini..
Jangan Harap Pada Yang Tak Sudi?
So, mesti semua nk tahu kan kenapa pilih tajuk nie..
Jawapannya mudah sekali,
saja suka2 nk mengulas di kala waktu lapang nie, hehehe
Emmm, kenapa kita sebagai insan yang sering mencari cinta, menagih kasih selalu mengharap agar kasih yg dicari itu dihulurkan oleh insan yang tidak sudi akan diri kita..
Kenapa kita perlu menagih pada mereka yang hanya memandang kita sebagai kawan bukan lebih pada itu..
Kenapa kita perlu terhegeh2 menarik perhatian si dia sedangkan dalam hatinya tiada ruang langsung untuk di huni oleh kita..
Sekali dia sudah mengatakan tidak kepada kita, kenapa kita perlu lagi menayangkan muka simpati kepadanya?
So, fikirkan lah..jangan lah hanya kerana cinta yang tidak pasti kesudahannya, kita membuang masa melakukan pelbagai usaha yang sia-sia semata2 untuk memenangi hatinya..
Janganlah kerana cinta yang belum pasti itu adalah jodoh yang ditetapkan olehNya, kita terkinja-kinja memperbodohkan diri bagaikan tiada maruah dihadapannya..
Sekali kita ditolak, jangan pernah kita mengharapkan sebarang pertalian dengannya,..
Sekali kita dibagi hint terang lagi nyata tidak mahukan kita , jangan lah terus merimaskan dirinya kerana itu hanya akan membuatkan diri kita nampak rendah ..
Jadi, please jangan mengharap pada yang tak sudi kerana rezeki, jodoh, ajal dan maut itu semuanya sudah ditentukan.
Kita hanya perlu sabar menunggu bak kata andai sudah jodoh larilah sejauh mana pun.,
Jodoh itu tetap akan sampai kepada kita..:)
( sekadar coretan kosong dikala bosan)
No comments:
Post a Comment