Wednesday, February 13, 2013

Holla

Holla !!!

Emm, dalam sedar tak sedar tempoh praktikal aku kt KKSS ni sudah hampir ke penghujung je,
Perasaan aku?
Hahahahaha, msti la happy giler sampai bleh nampak rainbow kt mata aku ni..
Tapi dalam gembira terselit jgk rasa sedih, sebab apa?
Yela, dh abis praktikal makna nya tamatla sudah aku belajar kn
then kalau dh tamat belajar aku kena lah cepat2 cari keje
Aduh...aku ni dahla jenis liat nk cari keje dan yang paling penting , aku suka sebenarnya
berada di luar selain daripada rumah aku..

Waaaaaaaa, sedihnya..
Kalau aku x keje, sapa pulak nak bg aku duit kan
Kalau waktu belajar bleh la asyik mintak duit je tapi sekarang?
Huish...

Just tggal 1week only for me to be here..
Really can't wait to step out from this place..
Tapi report pun aku x siap lagi nie

waaaaa..mcm mane nie , just tggal 3 weeks je nk kena siapkan and anta ..sempat ke aku utk menyiapkan nye..

Tibai je la nanti, dh salah aku kan yg gatai suka lengah2 ka masa tuk wt keje tu..hahaha

Ops, tu je lah kut yang aku nak tulis tuk ari nie..
saja nk release tension yang x berapa nak tension sgt nie..hahaha

tatataa

Sunday, February 3, 2013

Siapakah Aku?

 SIAPAKAH AKU?

Aku bukanlah sesiapa yang penting untuk diingati oleh seseorang,
Aku bukanlah sesiapa yang layak untuk dimiliki oleh sesiapa,
Aku bukanlah sesiapa untuk sentiasa dikenang oleh sesiapa,
Aku bukanlah insan yang dicari,
Aku bukanlah insan yang dirindui,
Aku bukanlah insan yang berharta,
Aku bukanlah insan yang memiliki senyuman menawan,
Aku bukanlah insan yang digelar cerdik,
Aku bukanlah insan yang pemurah,
Aku bukanlah insan yang disebut2 itu,

Tetapi AKU...
Akulah insan yang ingin menjadi seseorang paling penting untuk terus diingati oleh seseorang,
Akulah insan yang ingin diri ini memiliki kelayakan untuk dimiliki oleh seseorang,
Akulah insan yang mahu sentiasa dikenang dalam kenangan seseorang,
Akulah insan yang ingin menjadi insan paling dicari ,
Akulah insan yang ingin menjadi kerinduan seseorang insan lain,
Akulah insan yang ingin bergelar insan cerdik,
Akulah insan yang ingin memiliki sifat pemurah itu,
Akulah insan yang sering disebut2 itu..  

SIAPAKAH AKU?

Aku hanyalah gadis biasa yang mempunyai sikap tamak untuk memiliki semua perasaan di dunia ini,
Aku hanyalah gadis biasa yang menginginkan perasaan dirindui, dimiliki, disayangi, dimesrai dan diterima ramai kerana aku hanyalah aku.. SIAPA AKU?

Aku hanyalah gadis desa yang menghuni kampung2 kecil jauh dari hiruk-pikuk kota raya,
yang tersembunyi wajahnya disebalik pohon2 indah merambai di sekeliling rumahnya..
Aku lah insan itu yang bergelar gadis desa...

First time handle class..

First time handle class for subject English for Social Transactions,
Perasaan? hahaha, USAH ditanya bagaimana perasaan aku..mestilah nervous tahap gaban nya.
Sepanjang aku praktikal dekat KKSS ni aku just follow je lecturer ngajar,
tak sangka pulak nak suruh aku handle class sekali sebab Mdm Syazwani had appointment to attend that day..

So, suasana dalam class sesudah Madam Syazwani or aku panggil Kak Wani keluar dari class pagi itu? Wah...apa lagi riuhla, maklumla aku kan stay situ just sebagai lecturer practical, then aku nie pun jenis taw senyum nye susah nak marah2..layan je la budak2 tu, pangkat adik je pun..

Bila nak start explain, bukannya diorang dgr pun explanation aku tapi boleh pulak la nak pertikaikan ..
saja nak wat suasana kelas kecoh kan..
Tanya aku buat apa nak belajar semua nie, cara2 greetings in English when we talking with someone through phone, macam biasa la jawab call mesti la hello ke bagi salam tapi masalahnya sekarang greetings yang aku ajar nie tuk formal situation not talking with their friends.

Aish, susah jugak sebenarnya nak jadi lecturer or pegang jawatan sebagai pendidik ni tambahan lagi kalau perempuan, mmg asyik kena buli je la dgn students sendiri. Tapi diorg takut jgk bila aku kata nak report diorg punya behavior dkt Kak Wani. Then , nak tahu diorg kata kat aku apa?
Hahahaha..boleh pulak kata aku kaki ngadu, sikit2 nak ngadu..
Kelakar la diorang nie.

Then ada seorang budak nie nama nya Yop, duk asyik panggil aku Cik Facebook sebab dia nampak ak online kat pejabat,,hahaha, opss,kantoi sudah :P

Well, secara keseluruhannya mmg fun la handle class nie tambah budak2 nya pun friendly giler boleh buat gurau. Tapi yang pentingnya dgn aku je la diorg boleh buat gurau, dgn kak wani senyap je diorng..hehehe

Before class tamat, seorang budak nie bersungguh la mintak email and no telefon tapi aku just kasi email saja la.. No phone?Sorry..mmg x bagi la sebab aku ni kan jenis malas nak melayan mesej dari sapa2 pun. Handset yang ada pun just untuk perhiasan and dgr lagu je ..huhuhu..

Bila aku bukak facebook tadi, tgk budak yang mintak email aku dah add so just approve je la..saja nak tambah kenalan or maybe bilangan adik agkat lagi, hahahaa

Emmm, dari pemerhatian aku la, aku rasa jiwa aku bukanlah sesuai untuk menjadi seorang pendidik..Kenapa aku cakap x sesuai? Sebabnya aku x pandai la bab mengajar orang nie, takut ilmu lain yang aku ajarkan nanti..ha , kan susah tu..

Aku pun x pasti lagi dengan apa yang aku nak jadi tapi kita tunggu je la..Tapi satu yang pasti, next two weeks aku akan tamat praktikal dkt sini..wah, x sabarnya..

So..itu sahajalah cerita aku pada hari ini..tata

Friday, February 1, 2013

Kpop's fan? Yes ..err..maybe..

 

Assalamualaikum and selamat petang ..
Kita bertemu lagi di sini..sesi mencoret ruangan blog yang kosong ini
disamping menghabiskan masa ku yang berlambak di tempat praktikal nie.

So, our topic for today is Are you fan of Kpop?
Jika ada yang tanya sama ada saya suka Kpop atau tidak, jawapan nya adalah....
Yes, I like Kpop but not too addicted with it like some of my friends..
Kenapa saya suka Kpop?
Sebabnya adalah..

Saya suka dengan lagu2 nya yang rancak even x paham lgsung apa yang diorg nyanyikan..hehehe
Saya suka Kpop sebab group yang menyanyikan lagu Kpop comel2 belaka tambahan lagi saya suka muka comel2 nie..oppssss..bocor rahsia..:P
Saya suka Kpop bukan sekadar lagu sahaja tapi termasuk jgk drama2 nya and segala rancangan variety show yang diorg buat..

Bagaimana saya boleh meminati Kpop?
Semuanya bermula apabila saya menyambung pelajaran di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota..
Nama je belajar diploma in English Communication tetapi sepanjang duduk sana rasanya banyak lagi belajar pasal Korea dari English nie..
Semuanya disebabkan pengaruh rakan..dapat pulak roommate kaki korea..blik class trus on laptop dgr lagu tp itu bukan saya la..tman sebilik yang buat..

Sampai sekarang dh nk abis belajar , tradisi menonton rancangan masih diteruskan sehingga orang kt umah  x dpt tgk citer lain disebabkan saya memegang remote control sepanjang masa bila ada citer korea yang best ditayangkan di tb..
Mmg ramai yang diminati but mostly group lelaki la..perempuan punya group x best nk layan sgt..
Dah jadi lumrah la kan perempuan lebih suka pandang lelaki , and lelaki pandang perempuan..
So..my favorite groups are Btob, Beast, 2pm, Cnblue, Bigbang, C-clown, Infinate, 2nei dan banyak lagi..
Memang panjang kalau nk disenaraikan di sini..
Pelakon kesukaan pun ramai jgk tapi malas la nk tulis dekat sini..
Program variety show? Ha...saya suka Running Man, Family Outing, Hello Counselor, 2 Days 1 Night..Immortal Song, Let's Go Dream Team , Music Band, Entertainment Weekly dan banyak lagi la

Tapi bukannya sepanjang masa pun layan korea nie, just when I have nothing to do in that time and kalau citer dia x best , mmg x layan langsung la korea nie..

Hehehehe..mengarut je saya nie kan..
Nak kata fanatik sangat pasal Kpop nie xla sgt sebab saya xde lah sampai nk belajar bahasa diorang beria sangat mcm fanatik Kpop yang lain tu..just minat sebab lagu and artis serta jalan citer drama nya yang best..that's all..and yang penting sekali xla sampai sanggup bergaduh n mati disebabkan korea...tu mmg dh tahap melampau kalau nak digelarkan sebagai fan of Kpop.

I think that's all for today..just sudi lah melayan coretan kosong saya nie dikala menanti detik pukul 5 petang nie..

Happy weekend semua :)