SIAPAKAH AKU?
Aku bukanlah sesiapa yang penting untuk diingati oleh seseorang,
Aku bukanlah sesiapa yang layak untuk dimiliki oleh sesiapa,
Aku bukanlah sesiapa untuk sentiasa dikenang oleh sesiapa,
Aku bukanlah insan yang dicari,
Aku bukanlah insan yang dirindui,
Aku bukanlah insan yang berharta,
Aku bukanlah insan yang memiliki senyuman menawan,
Aku bukanlah insan yang digelar cerdik,
Aku bukanlah insan yang pemurah,
Aku bukanlah insan yang disebut2 itu,
Tetapi AKU...
Akulah insan yang ingin menjadi seseorang paling penting untuk terus diingati oleh seseorang,
Akulah insan yang ingin diri ini memiliki kelayakan untuk dimiliki oleh seseorang,
Akulah insan yang mahu sentiasa dikenang dalam kenangan seseorang,
Akulah insan yang ingin menjadi insan paling dicari ,
Akulah insan yang ingin menjadi kerinduan seseorang insan lain,
Akulah insan yang ingin bergelar insan cerdik,
Akulah insan yang ingin memiliki sifat pemurah itu,
Akulah insan yang sering disebut2 itu..
SIAPAKAH AKU?
Aku hanyalah gadis biasa yang mempunyai sikap tamak untuk memiliki semua perasaan di dunia ini,
Aku hanyalah gadis biasa yang menginginkan perasaan dirindui, dimiliki, disayangi, dimesrai dan diterima ramai kerana aku hanyalah aku.. SIAPA AKU?
Aku hanyalah gadis desa yang menghuni kampung2 kecil jauh dari hiruk-pikuk kota raya,
yang tersembunyi wajahnya disebalik pohon2 indah merambai di sekeliling rumahnya..
Aku lah insan itu yang bergelar gadis desa...
No comments:
Post a Comment