Monday, April 18, 2011

dArurat...

                                             * NAK BALIK RUMAH *
  
 waaaaa...someone please take me home...kenapa la nak dekat final nie mcm2 pulak yg jadi..
 Air dari semalam sampai sekarang still takde lagi..
 Nasib baiklah class cancel , itu pun mcm xnak bg cancel je pg tadi...
 Kenapa lah diorg x bagi je ktorang balik rumah masing2..ahad nnti dtg balik..
 Wah, kan bagus kalau mcm tu...tenang sikit hati ni n semestinya kepala pun tak pening sebab tak mandi2 dari semalam..
 Macam mane lah aku nak mengharungi lagi hari tanpa air ini kalau masalah ini berterusan lagi untuk beberapa hari akan datang...
 Ya Allah , jika ini adalah sebahagian dari ujian yang diturunkan kepada ku..aku sanggup untuk menempuhinya...
 Tapi jika boleh aku mohon kepadaMu, Engkau turunkanlah kembali air kepada kami semua..
 Sesungguhnya kami semua sudah tahu betapa susahnya hidup tanpa air ini..

 ....Kalaulah rumah aku dekat sebelah kolej nie je kan best..boleh berendam lama2 kt bilik air sampai badan   naik biru...tiap2 hari ulang-alik je ke kolej dari rumah..
 
 Memang tidak dinafikan tiada tempat yang lebih baik melainkan rumah sendiri
 Dan tiada tempat yang lebih indah dan mulia berbanding syurga..
 Emmmmmmmmmmmmm.... i hope i can be in both place rite now but if i want to live in heaven, i must die first ..but there still have but when i want to stay in heaven..
 I must be a good muslimah with not bad record or dosa..
 EMM....i Dont know if i can reach there..
 
 aDuh..aku dah merepek la pulak..
 Maklumlah..kepala tengah pening lagi..
  
           I REALLY NEED WATER RIGHT NOW..
 Ya Allah, Please give me one more chance to have water again..

Thursday, April 14, 2011

Thing to do next week..:P

 Next week is the best week ever in this semester 2 i think..
 On Monday, at 5.30 pm ..i will have speaking test which is task A n task B...
 Arghhh..i don't know what i have to say during the test..i'm not a active person in speaking..
 Plez send someone to help me..maybe an angel to give me courage to face the test..

 For next day, i will have history test, religion test ...and two assignment that must be submitted on time .
 Why we as student have to do all this kind of work..
 Sometime i feel like its not necessary for us to do it but in other side..maybe it very needed to make our carried mark higher..
 ITTL Essay involving 1500 words of communication essay...
 English in Media - submit the brochure together with proposal and other things..

And the most important thing is i must finish memorize my 20 words of Yassin..
 Just left 20 more n then there will no other pressure that will make my mind fly like a wave in the ocean..
Arghhh... i cant wait for the semester break...i want to go home..
 Meet my grandma, aunty..my siblings and for sure hangout with my friend..
 Miss them so much...

Monday, April 11, 2011

Hari ini...

ASsalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Hari ini..
 Ada apa agaknya dengan hari ini ye..
 Aku pun tak tahu ..
 Tapi aku tahu hari ini mesti ada sesuatu yang sedang berlaku..
 Cuma aku tak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku..
 Mungkinkah ada sesiapa yang sedang mengata aku di suatu tempat yang jauh..
 Mungkinkah ada seseorang yang merindui aku tanpa aku ketahui siapakah gerangannya..
 Tetapi apa yang sepatutnya aku lakukan pada hari ini?
 EMMM..Mungkin aku patut siapkan assignment aku yang berlambak ni..
 Tapi kenapa aku rasa macam malas saja nak buat..
 Mungkin sebab tarikh akhirnya lambat lagi...maybe..
 Atau mungkin aku terlampau asyik sangat mendengar lagu CN BLUE nie sampai buat apa pun tak jalan..
 Tapi bukannya salah lagu ni..masalah nya semua nya dari aku.
 Terlampau leka kalau dah dapat buat sesuatu..
 Tapi sebenarnya apa perkara yang sepatutnya aku buat sekarang ni?
 Aduh...memang buntu akal fikiran ini kalau ditanya nak buat apa sekarang tapi yang pasti...
 Aku akan sentiasa buat satu perkara yang amat penting dalam hidup aku ini..

 aKU akan mendoakan kesejahteraan Kedua ibu bapa ku yang berada di sana..
 Aku juga akan mendoakan kesejahteraan semua ahli keluarga ku semoga kami semua dijauhkan dari azabNya..
 Aku juga tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraan rakan-rakanku yang berada di merata tempat di seluruh dunia nie..
 Semoga Allah SWT memberkati kehidupan sahabat2 ku dan di permudahkan segala urusan hidup mereka..
 Dan tidak lupa juga..ku doakan juga kesejahteraan semua saudara seislam ku yang berada di seluruh dunia..
 Sesungguhnya aku memohon kepadaNya agar lindungilah saudara-saudara ku daripada segala bencana serta perasaan hasad dengki manusia yang berjiwa hitam...
  
Sesungguhnya sejauh mana jua hamba Mu ini berada, kepada Mu jua kami kembali.
Ya Allah , Engkau ampunilah segala doa yang telah aku lakukan pada hari ini..
 Sebelum aku menutup mata pada malam nie..aku mahu aku tidur dengan hati yang tenang..

Tiada yang lain mampu menenangkan hati ku selain dari mengingatiMu Ya Allah ..
Dan sesungguhnya aku juga amat menyanjungi KekasihMu Nabi Muhammad SAW...

I love ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW, mY FAMily..my friends and

                 I MISS MY PARENT SO Much...SO much..no words can describe how much i miss them..

 May Allah SWT bless them ..AMIN...

 :)

Saturday, April 9, 2011

Kekasih idamanku..

Kekasih idamanku..

Kekasih yang ku idamkan mestilah memiliki ciri- ciri ini :

  •  Elok budi pekertinya
  • Menghormati orang tua
  •  Sentiasa menjaga solatnya
  • Sentiasa menghormatiku sebagai seorang gadis..
  •  Membimbingku ke arah yang benar
  •  Sentiasa menasihati diriku dikala aku alpa dengan duniawi
  •  Sentiasa murah dengan senyuman
  •  Tidak memandang rendah atas keupayaan orang lain
  •  Tabah mengharungi segala dugaan yang datang
  •  Jujur menyayangi diriku
  •  Memahami akan diriku
  • dan.....
yang paling penting..dia menempatkan aku di tempat yang keempat di dalam hatinya..
Mungkin ramai yang berasa pelik kenapa keempat?
Kenapa tidak yang pertama?
Awak ni sanggup ke bermadu?
Tapi perkara yang sebenarnya adalah...
Kerana aku mahu kekasih idamanku itu menempatkan Allah SWT di tangga yang teratas di dalam hatinya..
Nabi Muhammad SAW di tangga yang kedua..
dan Ibu bapanya yang ketiga..
Dan aku mahu berada di tangga ke empat yang paling dicintai olehnya..
Aku bersyukur kerana aku tahu kekasih idamanku ini lebih mengutamakan cinta kepada Pencipta nya melebihi aku... Sesungguhnya cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang paling suci sekali
dan aku mahu cinta aku dan kekasih idamanku itu dirahmati olehNya kerana kami 
 masing2 meletakkan Allah SWT sebagai cinta teratas , teragung di hati kami...

Alangkah indahnya jika semua ini menjadi kenyataan..
Amin....

ADAM...

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

-Artikel Iluvislam

Maksud Di sebalik Kata

Sering kita menjadi mangsa,
Pada manis bicara,
Putar belit kata,
Tuturan lidah manusia,
Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,
Sesat dalam rimba percaya.

Manisnya bicara,
Laksana gula,
Manisnya meracun jiwa,
Taksubnya ...
Mengikat sangsi di perdu jati,
Kukuh talinya bersimpul mati.

Sedar-sedar saja ...
Segalanya telah tiada,
Hilang harta,
Hilang mahkota,
Barulah terungkai maksud di sebalik kata,
Bukti yang nyata,
Janji-janji yang dikata,
Tidak pernah terkota.

- Artikel iluvislam.com


Berhati-hati lah dalam bercinta..
Rupa sahaja manis menjanjikan seribu janji..
Sanggup sehidup semati.
Tapi akhirnya yang mati hanya lah seorang..
Yang seorang lagi enak berulit dengan dengan yang baru..
Masyaallah...Jauhkan lah aku dari golongan mereka ini..
 Cukuplah sudah pengalaman lalu yang telah aku lalui..
 Sekali aku terkena akan ku kenang sampai bila-bila..
 Tidak akan pernah ku maafkan meskipun dia meminta maaf sampai ke akhir nafasnya..
 Bukan nya aku berdendam tetapi sanggup dia mempermainkan seorang gadis yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dengan pelbagai janji palsu..
 Insyaallah..andai suatu masa itu tiba..
Akan ku cuba untuk buka kan pintu kemaafanku kepadanya..
Jika tidak....fikir-fikirkan la akibatnya...
( hahaha..jahatnya aku nie..nie just ayat main2 ye..jgn salah anggap..:p)

SIAPA YANG CANTIK!!!!!!!!

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

- ARTICLE iluvislam
EMMM, bagi pendapat tuan punya blog ni pulak.. sebenarnya cantik nie kita tidak boleh hendak dinilaikan dari paras rupa..
Cantik yang sebenar-benarnya menurut Islam adalah dari segi tingkahlaku, akhlak, cintanya kepada Pencipta iaitu ALLAH SWT, dan budi bahasa...
Kalau semua pakej ni ada dekat seseorang wanita atau pun lelaki..baru la mereka boleh dikategorikan sebagai cantik dan hensem..
  Apa gunanya seseorang itu dipuji cantik hanya kerana paras rupa dia yang sememangnya di anugerahkan kelihatan indah sedangkan akhlaknya , sikap dan amalan nya bertentangan dengan paras rupanya..

 Apa guna seseorang itu merasa bangga dengan kecantikan dan kehenseman yang dimilikinya melebihi orang lain jika tidak mahu bersyukur atas nikmat yang telah dinikmatinya itu...

Fikir-fikirkan la...kecantikan paras rupa itu hanyalah sementara..jika terlalu bongkak sehingga merendahkan orang lain..insyaallah, kecantikan itu akan ditarik balik oleh Pencipta nya...

Dengan ikhlas dan penuh syukur..saya sememangnya berbangga dengan rupa yang telah diberikan kepada saya ini..sesungguhnya Allah S.W.T, mengurniakan sesuatu itu ada kebaikan disebaliknya..

Sekian...

Tanda-tanda hati kita keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

01.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah At-Taubah:54]
02.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

03.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

04.Kurang mengagungkan Allah.

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa.

- iluvislam

Apabila Diri Dihina | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apabila Diri Dihina | iluvislam.com + discover the beauty of islam