Saturday, April 9, 2011

Kekasih idamanku..

Kekasih idamanku..

Kekasih yang ku idamkan mestilah memiliki ciri- ciri ini :

  •  Elok budi pekertinya
  • Menghormati orang tua
  •  Sentiasa menjaga solatnya
  • Sentiasa menghormatiku sebagai seorang gadis..
  •  Membimbingku ke arah yang benar
  •  Sentiasa menasihati diriku dikala aku alpa dengan duniawi
  •  Sentiasa murah dengan senyuman
  •  Tidak memandang rendah atas keupayaan orang lain
  •  Tabah mengharungi segala dugaan yang datang
  •  Jujur menyayangi diriku
  •  Memahami akan diriku
  • dan.....
yang paling penting..dia menempatkan aku di tempat yang keempat di dalam hatinya..
Mungkin ramai yang berasa pelik kenapa keempat?
Kenapa tidak yang pertama?
Awak ni sanggup ke bermadu?
Tapi perkara yang sebenarnya adalah...
Kerana aku mahu kekasih idamanku itu menempatkan Allah SWT di tangga yang teratas di dalam hatinya..
Nabi Muhammad SAW di tangga yang kedua..
dan Ibu bapanya yang ketiga..
Dan aku mahu berada di tangga ke empat yang paling dicintai olehnya..
Aku bersyukur kerana aku tahu kekasih idamanku ini lebih mengutamakan cinta kepada Pencipta nya melebihi aku... Sesungguhnya cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang paling suci sekali
dan aku mahu cinta aku dan kekasih idamanku itu dirahmati olehNya kerana kami 
 masing2 meletakkan Allah SWT sebagai cinta teratas , teragung di hati kami...

Alangkah indahnya jika semua ini menjadi kenyataan..
Amin....

No comments:

Post a Comment