Monday, April 11, 2011

Hari ini...

ASsalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Hari ini..
 Ada apa agaknya dengan hari ini ye..
 Aku pun tak tahu ..
 Tapi aku tahu hari ini mesti ada sesuatu yang sedang berlaku..
 Cuma aku tak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku..
 Mungkinkah ada sesiapa yang sedang mengata aku di suatu tempat yang jauh..
 Mungkinkah ada seseorang yang merindui aku tanpa aku ketahui siapakah gerangannya..
 Tetapi apa yang sepatutnya aku lakukan pada hari ini?
 EMMM..Mungkin aku patut siapkan assignment aku yang berlambak ni..
 Tapi kenapa aku rasa macam malas saja nak buat..
 Mungkin sebab tarikh akhirnya lambat lagi...maybe..
 Atau mungkin aku terlampau asyik sangat mendengar lagu CN BLUE nie sampai buat apa pun tak jalan..
 Tapi bukannya salah lagu ni..masalah nya semua nya dari aku.
 Terlampau leka kalau dah dapat buat sesuatu..
 Tapi sebenarnya apa perkara yang sepatutnya aku buat sekarang ni?
 Aduh...memang buntu akal fikiran ini kalau ditanya nak buat apa sekarang tapi yang pasti...
 Aku akan sentiasa buat satu perkara yang amat penting dalam hidup aku ini..

 aKU akan mendoakan kesejahteraan Kedua ibu bapa ku yang berada di sana..
 Aku juga akan mendoakan kesejahteraan semua ahli keluarga ku semoga kami semua dijauhkan dari azabNya..
 Aku juga tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraan rakan-rakanku yang berada di merata tempat di seluruh dunia nie..
 Semoga Allah SWT memberkati kehidupan sahabat2 ku dan di permudahkan segala urusan hidup mereka..
 Dan tidak lupa juga..ku doakan juga kesejahteraan semua saudara seislam ku yang berada di seluruh dunia..
 Sesungguhnya aku memohon kepadaNya agar lindungilah saudara-saudara ku daripada segala bencana serta perasaan hasad dengki manusia yang berjiwa hitam...
  
Sesungguhnya sejauh mana jua hamba Mu ini berada, kepada Mu jua kami kembali.
Ya Allah , Engkau ampunilah segala doa yang telah aku lakukan pada hari ini..
 Sebelum aku menutup mata pada malam nie..aku mahu aku tidur dengan hati yang tenang..

Tiada yang lain mampu menenangkan hati ku selain dari mengingatiMu Ya Allah ..
Dan sesungguhnya aku juga amat menyanjungi KekasihMu Nabi Muhammad SAW...

I love ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW, mY FAMily..my friends and

                 I MISS MY PARENT SO Much...SO much..no words can describe how much i miss them..

 May Allah SWT bless them ..AMIN...

 :)

No comments:

Post a Comment