Friday, November 16, 2012

Rakyat Malaysia vs rakyat di bumi Gaza

Ketika ini,
Kita di sini sedang enak menikmati suasana aman sambil berehat bersama keluarga,
tetapi di bumi Gaza yang jauh di sana, mereka sedang menderita menangisi nasib mereka yang sentiasa dihujani hujan bom..

Kita dikala ini sedang asyik menonton cerita korea sampai menangis2 , melalak bagaikan orang gila,
tetapi di bumi Gaza yang jauh di sana sedang menangis meratapi pemergian ahli keluarga, sahabat dan para pejuang yang terkorban akibat kezaliman tentera Zionis..

Kita di sini, begitu seronok bergembira bersama rakan2, pergi melancong ke sana dan sini tanpa memikirkan apa-apa, tetapi di bumi Gaza yg jauh di sana sedang bergolak, rakyatnya hanya mampu untuk berlari, berselindung di sebalik timbunan runtuhan bangunan demi mengelak terkena bedilan bom tentera Zionis..

Kita sering terlupa, dalam kita bergembira masih ada saudara kita di sana yang sedang bergelut dengan maut, menangis meratapi kehilangan org tersayang setiap saat..

Kita sering lupa, dalam kita merintih ,mengeluh akibat tekanan dan bebanan kerja yang banyak, saudara kita di sana lebih menderita untuk meneruskan hidup di bawah awan yg dicurahi bom setiap masa..

Mereka di sana hanya mampu berdoa agar mereka dilindungi dari terkena serangan yg bertubi2 dari tentera Zionis yang kejam itu tetapi kita di sini tidak pernah berdoa untuk kesejahteraan mereka..

Kita di sini terlampau mengagungkan agama, bangsa lain sehingga membutakan hati kita akan kesusahan yg dihadapi oleh saudara seislam kita..

Dikala ini, remaja terlampau asyik mengagungkan Korea, apa2 pun Korea sedangakan adakah Korea itu mampu membantu saudara kita yang sedang dihimpit peperangan..

Hanya Islam, Allah SWT yang mampu membantu menghulurkan bantuan kepada saudara2 kita di sana...
Hanya Allah SWT yang mampu memakbulkan doa setiap daripada kita yg hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di sana..

Ya Allah, lindungilah saudara2 ku di bumi Gaza, bebaskan lah mereka dari kezaliman tentera Zionis yang kejam..Kau lumpuhkan dan lenyapkanlah mereka dari muka bumi ini..
Sesungguhnya mereka tidak layak untuk menghuni bumi yang Engkau ciptakan untuk umatMu..

Ya Allah, aku tidak mahu lagi melihat saudara2 ku terpenjara di negara sendiri, aku tidak mahu melihat anak-anak kecil bergelimpangan di medan perang akibat kekejaman yahudi..aku tidak mahu melihat darah mengalir dari tubuh saudara2 ku akibat terkena bom yang dilontarkan oleh mereka yang kafir..

Ya Allah, aku hanya lah insan biasa yang hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka..
Ya Allah, bebaskan lah  mereka dari segala kekejaman dunia ini..dan Kau tempatkanlah mereka yang terkorban di sisiMu..hanya Syurga lah tempat bagi mereka yg terkorban dalam mempertahankan Islam..

No comments:

Post a Comment