Keindahan hidup yang kurasakan kini makin pudar,
Keindahan dan kegembiraan yang ku nikmati kini bagaikan hilang menjauhkan diri dariku,
Kegembiraan yang kudambakan selama ini bagaikan tidak akan pernah untuk menjenguk diriku ini,
Bukan ini yang ku pinta dalam hidupku,
Bukan ini yang ku mahu lalui sepanjang hidupku,
Bukan aku tidak pernah berdoa tetapi..
Belum masa nya lagi untuk aku menikmati segala kegembiraan yang ada di muka bumi ini,
belum masanya lagi buat aku merasa selesa dengan segala yang ku miliki kini..
Kadangkala aku pernah terfikir..
Mengapa aku yang sering ditinggalkan?
Mengapa aku yang sering merasa kesakitan itu?
Mengapa aku yang selalu merasakan perasaan dipinggirkan?
Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Aku tahu tiada siapa yang mampu memberikan jawapan kepada soalan yang ku utara kan..
Aku tahu tiada siapa yang berani untuk mengutarakan jawapan untuk memenuhi segala persoalan ku ini..
Ya..tiada siapa yang pernah merasa apa yang kurasakan ini..
Ya, tiada siapa yang pernah mengalami kesakitan yang sama yang pernah aku alami ini..
Ya,..tiada siapa yang mahu cuba memahami kesakitan, kepedihan dan kesunyian ku ini..
HAH...sungguh bukan ini kehidupan yang ku pinta ,
bukan ini, bukan ini yang ku mahu..bukan..sememangnya bukan !!!
Tolong! Tolonglah aku ..tolong..keluarkan aku dari kesunyian ini, tolong..keluarkan aku dari kepedihan ini, kegelapan ini..
Aku tidak mahu selamanya terperangkap dalam dunia gelapku ini..
aku mahu melihat sinar cahaya menembusi , menyinari dunia gelapku ini..
Melorongkan aku ke arah yang ku mahu..
Ke arah semua orang sedang tuju ...
Ke arah dunia yang tiada kegelapan, kesunyian,, kepedihan dan kelukaan..
Sekian..
( Saja mengarut ,tengah bosan duk sorg2 kt tempat praktikal nie.hehehe)
No comments:
Post a Comment