Sunday, December 30, 2012

hahahaha

Keindahan hidup yang kurasakan kini makin pudar,
Keindahan dan kegembiraan yang ku nikmati kini bagaikan hilang menjauhkan diri dariku,
Kegembiraan yang kudambakan selama ini bagaikan tidak akan pernah untuk menjenguk diriku ini,
Bukan ini yang ku pinta dalam hidupku,
Bukan ini yang ku mahu lalui sepanjang hidupku,
Bukan aku tidak pernah berdoa tetapi..
Belum masa nya lagi untuk aku menikmati segala kegembiraan yang ada di muka bumi ini,
belum masanya lagi buat aku merasa selesa dengan segala yang ku miliki kini..
Kadangkala aku pernah terfikir..
Mengapa aku yang  sering ditinggalkan?
Mengapa aku yang sering merasa kesakitan itu?
Mengapa aku yang selalu merasakan perasaan dipinggirkan?
Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Aku tahu tiada siapa yang mampu memberikan jawapan kepada soalan yang ku utara kan..
Aku tahu tiada siapa yang berani untuk mengutarakan jawapan untuk memenuhi segala persoalan ku ini..
Ya..tiada siapa yang pernah merasa apa yang kurasakan ini..
Ya, tiada siapa yang pernah mengalami kesakitan yang sama yang pernah aku alami ini..
Ya,..tiada siapa yang mahu cuba memahami kesakitan, kepedihan dan kesunyian ku ini..

HAH...sungguh bukan ini kehidupan yang ku pinta ,
bukan ini, bukan ini yang ku mahu..bukan..sememangnya bukan !!!

Tolong! Tolonglah aku ..tolong..keluarkan aku dari kesunyian ini, tolong..keluarkan aku dari kepedihan ini, kegelapan ini..
Aku tidak mahu selamanya terperangkap dalam dunia gelapku ini..
aku mahu melihat sinar cahaya menembusi , menyinari dunia gelapku ini..
Melorongkan aku ke arah yang ku mahu..
Ke arah semua orang sedang tuju ...
Ke arah dunia yang tiada kegelapan, kesunyian,, kepedihan dan kelukaan..

Sekian..
( Saja mengarut ,tengah bosan duk sorg2 kt tempat praktikal nie.hehehe)

Friday, November 16, 2012

Rakyat Malaysia vs rakyat di bumi Gaza

Ketika ini,
Kita di sini sedang enak menikmati suasana aman sambil berehat bersama keluarga,
tetapi di bumi Gaza yang jauh di sana, mereka sedang menderita menangisi nasib mereka yang sentiasa dihujani hujan bom..

Kita dikala ini sedang asyik menonton cerita korea sampai menangis2 , melalak bagaikan orang gila,
tetapi di bumi Gaza yang jauh di sana sedang menangis meratapi pemergian ahli keluarga, sahabat dan para pejuang yang terkorban akibat kezaliman tentera Zionis..

Kita di sini, begitu seronok bergembira bersama rakan2, pergi melancong ke sana dan sini tanpa memikirkan apa-apa, tetapi di bumi Gaza yg jauh di sana sedang bergolak, rakyatnya hanya mampu untuk berlari, berselindung di sebalik timbunan runtuhan bangunan demi mengelak terkena bedilan bom tentera Zionis..

Kita sering terlupa, dalam kita bergembira masih ada saudara kita di sana yang sedang bergelut dengan maut, menangis meratapi kehilangan org tersayang setiap saat..

Kita sering lupa, dalam kita merintih ,mengeluh akibat tekanan dan bebanan kerja yang banyak, saudara kita di sana lebih menderita untuk meneruskan hidup di bawah awan yg dicurahi bom setiap masa..

Mereka di sana hanya mampu berdoa agar mereka dilindungi dari terkena serangan yg bertubi2 dari tentera Zionis yang kejam itu tetapi kita di sini tidak pernah berdoa untuk kesejahteraan mereka..

Kita di sini terlampau mengagungkan agama, bangsa lain sehingga membutakan hati kita akan kesusahan yg dihadapi oleh saudara seislam kita..

Dikala ini, remaja terlampau asyik mengagungkan Korea, apa2 pun Korea sedangakan adakah Korea itu mampu membantu saudara kita yang sedang dihimpit peperangan..

Hanya Islam, Allah SWT yang mampu membantu menghulurkan bantuan kepada saudara2 kita di sana...
Hanya Allah SWT yang mampu memakbulkan doa setiap daripada kita yg hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di sana..

Ya Allah, lindungilah saudara2 ku di bumi Gaza, bebaskan lah mereka dari kezaliman tentera Zionis yang kejam..Kau lumpuhkan dan lenyapkanlah mereka dari muka bumi ini..
Sesungguhnya mereka tidak layak untuk menghuni bumi yang Engkau ciptakan untuk umatMu..

Ya Allah, aku tidak mahu lagi melihat saudara2 ku terpenjara di negara sendiri, aku tidak mahu melihat anak-anak kecil bergelimpangan di medan perang akibat kekejaman yahudi..aku tidak mahu melihat darah mengalir dari tubuh saudara2 ku akibat terkena bom yang dilontarkan oleh mereka yang kafir..

Ya Allah, aku hanya lah insan biasa yang hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka..
Ya Allah, bebaskan lah  mereka dari segala kekejaman dunia ini..dan Kau tempatkanlah mereka yang terkorban di sisiMu..hanya Syurga lah tempat bagi mereka yg terkorban dalam mempertahankan Islam..

Monday, September 17, 2012

I need home.

Mom,
please take me away with you,
please stay with me forever so that my tears will not falling down,
please bring me where ever do you want to go..
just please bring me with you.
I can't take it anymore living in this kind of atmosphere,
dull, killing me in silent...
Dad,
please hold my hand and never let it far from you,
please hold it tight so that you can always have me beside you,
Please, please, please,please,please,please...
I just want to be with you forever in my life,
even i have to die, I will accept it without any doubt...

Just please spend more time with me...

Sunday, September 16, 2012

Seindah senyumanmu

Pepatah pernah mengatakan,
senyuman itu penawar segala duka,
penawar segala kepiluan,
penawar segala keresahan hati,

Bagaikan mengia kan kebenaran itu,
senyuman yang terukir di wajahmu menghilangkan segala keresahan yang menghuni dihati ini,
senyuman yg kau pamerkan untukku menghadirkan perasaan damai yang tidak pernah ku rasakan sebelum ini,
senyuman yang kau hulurkan mampu mengusir segala kesunyian yg menghuni perasaanku bertahun lamanya,

Seindah senyumanmu,
andai diizinkan ingin ku simpan keindahan senyumanmu hanya untuk tatapan ku seorang,
andai diizinkan ingin ku tatap senyumanmu untuk selama2 nya di dalam hayatku,
andai diizinkan ingin aku memelihara senyumanmu itu agar sentiasa tersenyum memaparkan keindahannya..

Kerana senyumanmu yg indah,
aku terasa berada di awangan melihat betapa manisnya senyumanmu yg kau pamerkan untukku,
aku terasa mahu terus tenggelam dalam melayani senyuman yang kau ukirkan untuk tatapan ku,
aku mahu terus berada dalam khayalan bersama dengan senyumanmu..

Tetapi itu semua hanyalah angan-anganku untuk memilik keindahan senyumanmu yang mustahil untuk ku gapai,
angan-anganku yang hanya mampu untuk ku kecapi dalam tidur malamku kerana..
aku masih belum menemukan insan yang mampu untuk mengukirkan senyuman seindah anganku..

Dalam tawaku..

Dalam ketawa dan senyum yang terukir di wajahku,
Ada getar dan rintihan di dalam nya..
Dalam kemeriahan suasana di samping mereka yg sedang bergembira,
ada pilu yang hadir menyeliputi segenap hati..
Ketika orang di sekelilingku bergelak tawa, bergurau senda bagaikan hidup ini tiada masalah,
hatiku menangis mengenangkan segala kepedihan hatiku yg tidak mampu ku ucapkan dgn kata2
Di kala mereka saling bertukar senyuman sesama mereka,
aku di sini hanya mampu mengukirkan senyuman palsu bagi menutupi rasa gundah yang wujud dihatiku ini,
Dalam keriuhan fiesta yg diadakan, semua orang bergembira tetapi
aku di sebalik mereka itu hanya mampu merenung dengan pandangan kosong penuh sepi..
Aku hanya aku,
insan yang penuh dengan perasaan gundah dihatinya,
meskipun ku cuba untuk mengusir segala perasaan itu,
ia tetap kekal malahan tambah mekar tumbuh di hati ini,
Aku cuba untuk menutup perasaan itu dengan mengukir senyuman, bergelak tawa tetapi..
aku yg di dalam ini masih aku yg sama..senyum dlam kepedihan, ketawa dalam kesunyian..
Itu lah aku..mungkin mereka merasakan aku insan yg paling ceria , sentiasa tersenyum meski pun berada dalam keadaan susah namun..org lain hanya mampu menilai aku dari luaran..bukan menilai dari sudut hatiku,
Hanya aku yang mampu mengenali diriku..dan semestinya Allah SWT jua lebih mengenali diriku lebih dari diriku sendiri..
Aku cuba untuk terus tertawa tapi kemanisan tawa itu tiada umpama patung yg diisi bateri ..
Bereaksi hanya bila bateri penuh tetapi bila tiada, senyaplah ia..
Mungkin ini adalah diri aku yang sebenarnya ..
Masih mampu untuk mengukirkan senyuman, menghiburkan org lain dengan celotehku tetapi
aku sendiri tidak mampu untuk menghiburkan hatiku sendiri..
Bagaimana untukku mengubati perasaan kosongku ini..
Perasaan kosong yang membuatku ingin pergi berjumpa dengan ayah dan ibuku di sana..
Perasaan kosong yang menyebabkan aku ingin kembali ke pangkuan keluargaku yang berada jauh di Perak..
Perasaan kosong ini juga membuatkan aku untuk berfikir beribu kali adakah sudah sampai masa nya untuk aku meneruskan tanggungjawab ku sebagai manusia di muka bumi ini..
Adakah sudah sampai masanya untuk aku kembali kepada Penciptaku..
Kini dalam tangisku yang hanya kedengaran dalam hatiku,
apa yang mampu untuk ku lakukan hanya berserah kepadaNya..

Tuesday, September 11, 2012

Naaa

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Sekarang ni aku berada di dalam class Digital & Mobile Communication..
Memang bosan sikit la class kali ini..Madam Hawinda duk busy buat consultation dgn diorg nie.
aku pulak xtaw la nak buat apa so ak pun buat la post nie bagi mengisi masa yg terlampau banyak nie.
Aku nie bengong sikit, org lain ambik masa nie siapkan assigment mana yg patut, ak pulak duk layan blog nie..
Peduli apa aku, janji aku happy, assigment belakang kira..hehehe
Okay lah..no more word to say...gudbye :)

Wednesday, September 5, 2012

E5 ONLINE SHOP

E5 ONLINE SHOP? Apa tu? Itu lah tajuk tugasan ak untuk semester ini..
Memang agak mencabar semua assignment untuk semester 5 ini sebab hampir kesemuannya melibatkan pengiraan dan banyak kena ingat.. dahlah otak ak ni lemah dalam bab kira mengira..
Tapi pasal assignment online shop nie memang menarik sebab kena jual produk melalui internet dan group ktorg dh berjaya menarik ramai pelanggan untuk melawat ke page kitorang nie..
NAK tahu ker ktorg jual apa?
Ha..ktorg jual cd, mcm2 jenis citer ada tapi yang mendominasi mestilah korea kan...first time je ktorg publisshed our page ramai yang like kt album korea..maklumlah, sekarang kan musim korea..
mana2 pun korea..pernah dengar lagu GANGNAM STYLE? ha, ada member class ak waktu raya hari itu siap buat video rakam and upload kt youtube..memang gempak la jgk sebab semua family dia terlibat habis..tengoklah betapa hebatnya penangan korea ..tp nasib baik la kami semua berpakat nk jual cd, at least dapat jugak la terjual produk ktorg..dah la nak kena cukup 30 order bru dikia berjaya..
sekarang alhamdulillah, sudah berjaya jual sebanyak 24 unit..just tinggal 6 order ktorg nak tutup gerai.

Penat giler nak layan org nie walaupun secara online..mcm2 ragam..dhla tu, disebabkan terlampau taksub sgt dengan assignment nie, assignment yg lain pulak tak buat.
 Risau jgk bila difikirkan kembali, asyik ak je yg ingat, yg lain obses sgt n korea..haish..

Penat2,..apa2 pun jangan lupa lawat page E5 ONLINE SHOP, mcm-mcm ada.. :)

Daaa... assalamualaikum

Sunday, August 12, 2012

Sayu di hari Ramadhan..

Ramadhan datang lagi untuk kali ke-23 dalam hidupku,
Ramadhan yang datang kali ini menggamit lagi perasaan rinduku kepada kedua ibu bapa ku..
saat-saat berpuasa bersama semasa mereka masih hidup..
Ramadhan kali ini membuakkan lagi perasaan rinduku kepada mereka walaupun hampir belasan tahun mereka pergi meninggalkan aku dan adik beradikku yang lain..
Ramadhan ini ku rasa sayu kerana ku tahu Ramadhan ini akan sama seperti biasa tanpa kehadiran mereka..
Ramadhan ini aku lalui bersama opahku yang telah banyak mengorbankan kudratnya dalam memelihara kami adik beradik..berpuasa bersama emak saudara, rakan-rakan dan ramai lagi..
Ramadhan ini bagaikan suatu platform untuk cuba mengisi jiwaku yang kosong menagih kasih sayang daripada ibu bapaku yang tiada..

Ramadhan yang hampir ke penghujungnya ini semakin membuatkan hati ku sayu pabila memikirkan betapa aku rindukan kehadiran mereka, bersalaman dan mencium tangan mereka seperti anak-anak yang memilik ibu bapa..

Ramadhan ini aku lalui dengan penuh kesayuan, kerinduan dan ketabahan yang tinggi kerana ku tahu walau sedalam mana pun ku dambakan kehadiran mereka, mereka takkan mampu untuk menghadirkan diri untukku..
Hanya ingatan, kenangan bersama mereka sahaja yang mampu untuk menggembirakan aku..
Hanya dalam tidurku yang tidak seberapa lena ini mampu untukku menatap wajah mereka yang aku rindui selama ini..

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi Ramadhan ini tanpa kehadiran mereka...berikan aku kekuatan untuk tersenyum di samping adik beradikku, opahku, rakan-rakanku meskipun tanpa kehadiran mereka..

Ya Allah, berikan la aku kekuatan dan panduan untuk sentiasa menjadi anak yang solehah buat mereka, anak yang mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana.

Ya Allah, Berikanlah aku semangat untuk meneruskan hidup ini dengan diiringi kenangan bersama mereka..
Hanya dengan kenangan itu aku mampu untuk sentiasa tersenyum apabila berhadapan dengan ahli keluargaku yang lain..

Friday, August 10, 2012

Assalamualaikum semua..

Rasanya lama juga aku tak bukak blog nie n x post apa..
Maklumlah semenjak start cuti masa aku byk dihabiskan dihadapan televisyen menonton korea..
Oppssss..sorry, aku nie bukan lah hantu korea sgt tapi dh ditayangkan dekat tv tu, aku kena la tonton kan
Tapi nampak nya musim untuk berhibur sudah semakin tamat, tggal beberapa hari sahaja lagi aku memulakan  sekali lagi semester baru di kolej iaitu semester yg terakhir.SEMESTER 5...

Sebut pasal semester 5, aigooo, pening kepala memikirkan jumlah duit untuk membayar yuran nanti, mmg byk..lagi menambahkan pening kepala apabila mendapat berita bahawa si tut akan pulang membawa ibu tercintanye...aish.,,mcm sakit hati je , aku taw msti si tut tu ada tujuan nya bawak mak dia sekali nanti..

Apakah sebabnya?Mari aku senaraikan di sini segala kemungkinan yang akan berlaku..:

1. Emak dia mungkin mahu melihat sendiri situasi atau layanan ktorg terhadapnya anaknya selepas kemungkinan besar anaknya itu mengadu tentang layanan "BAIK" kami kepadanya..

2. Emaknya mungkin mahu mencari peluang untuk mencari transport untuk kegunaan anaknya berulang alik ke kolej dr Hazirah.

3. Emaknya mahu kami semua melayan anaknya bagaikan anak emas sedangkan dirinya memang tidak layak utk menerima kelayakan tersebut..

4. Mengambil kesempatan untuk mengangkut barang anaknya dr kolej tanpa bayaran apa2 kerana memikirkan dia org tua dan kami perlu hormat kepadanya..

5. Aduhh..terlalu banyak kemungkinan utk ditulis di sini tapi aku hanya mampu untuk memikirkan 4 kemungkinan besar di atas..

so, kesimpulannya...wahai si tut ku yg tersayang, I think you need to think twice when you decided to use your mom as your weapon to against us.. sorry, maybe when your mom is there, we will show our plastic faces to face your mom but when she is back..We will fight with you until the end if we found that you trying to make stupid act and liar to us...you don't know about us yet, 4 sem doesn't means anything ..so please be careful my dear tut...everyone have a mother but please dont make your mother feel ashamed with your attitude if we tell your true face to her..

Ahhh..I don't know why suddenly I feel something burning in my heart...like a arrhghh...as for warning, please think deeply before you move on with yr act. We all know all yr liars...

okay...that's all for today or nite...goodbye everybody..Assalamualaikum...:)

Yeah!!

Hari ini hari terakhir perniagaan menjual soto setelah 4 hari kami terpaksa berhempas pulas untuk menghabiskan soto yang tidak menjadi kegemaran org ramai di kuantan ini..

Bersyukur sangat bila dah habis meniaga nie, rasa terlepas segala beban, rupanya susah jgk nak meniaga ni walaupun hanya untuk assignment.

x Sabar nya nak balik kg next week..sja tulis blog nie utk hdupkan dia punya hanya..dkt citer kalau lama x post something dia akan terminate this blog...so, sampai sini sahaja lah celoteh kosong saya..tatatata

Sunday, April 1, 2012

Dia..

Dia..
Insan yang berjaya membuka hati dan perasaan ku ke arah kehancuran,dendam dan benci..
Insan yang telah berjaya membantu aku dalam mengenali bahawa manusia mempunyai kepelbagaian personaliti.
Insan yang mengundang segala kata pujian( euphismistic language,hehehe) khusus untuk nya..
Insan yang menghadirkan seguni dosa dlm diriku atas kelancangan tgan dan mulutku memujinya..
Insan yang selalu bersama ku menghadiri class tapi kewujudannya bagaikan tiada erti apa-apa pun..
Dia..
Sikapnya membuatkan hati dan mulutku membisu dengan mata yang terjegil menahan bara api yang membakar di hati,.
Sikapnya yang penuh kepuraan membuatkan ku hanya mampu meng iya kan segala2 katanya walaupun hatiku hampir meletup menahan prsaan geli hati ..
Sikapnya yang umpama pelakon profesional dalam menjayakan segala lakonannya kadang-kadang memperlihatkan kebodohan yang tersembunyi jauh dalam diri nya..
Sikapnya yg pandai menagih simpati org lain membuatkan aku ketawa dalam kesian dengan nasib org yang mempercayai segala2 kata dusta yg yang diucapkan olehnya..

Dia..
Kewujudannya dalam hidupku hanya sebagai satu bebanan yang mahu aku lupuskan terus dari pandangan mataku..
Kewujudannya hanya menghadirkan dosa buatku yang sudah tidak mampu lagi untuk bertahan menghadapi segala karenahnya..
Kewujudannya aku akui kadangkala hanya sebagai penghibur hati yang lara kerana dia mampu dijadikan bahan lawak..
Kewujudannya sering menyebabkan aku beristifar di dalam hati kerana ada sahaja tingkah nya yang membuatkan mulut ku lancang untuk mengkritik segala2 nya mengenai dia..

Dia...
Dia lah puteri segala puteri dalam lakonan di dunia nie
Mampu memudaratkan, memanipulasi dan sebagainya..

Dia..
Yang Allah, ampunilah dosa ku kerana aku terlalu banyak mengutuknya ..
Ya Allah, bantulah aku hambuMu yang kerdil ini untuk tidak terus membinasa kan diriku hanya kerananya..
Ya Allah, Kau bukakan lah pintu hatinya agar dia memahami segala apa yang berlaku di sekeliling nya..
Bantula dia untuk kembali ke jalan yang benar iaitu sedar di mana dia berada dan lakukan tugasnya seiring dengan statusnya sebagai seorang pelajar..
Ya Allah, hanya padaMu tempatku memohon pertolongan dan hanya kepadaMu jualah tempat aku mengadu segala masalahku.