Hati selalu berpesan ..
Kalau berasa sepi janganla ikut perasaan sepi itu sangat..
Hati juga ada berkata..
Kalau nampak sesuatu yang menjelikkan sehingga menimbulkan niat untuk mengkritik
segera la alihkan pandangan mata dari arah itu agar hati tidak terjejas dengan keburukan..
Hati juga sering mengingatkan aku ..
Setiap kali aku berasa sunyi ,sedih , rindu..ingatlah sentiasa ada insan yang sedang mengingati diriku dan itu bermakna aku tidak keseorangan di sini..
Hati kata..
Janganlah engkau mudah terpengaruh dengan ajakan yg membawa kehancuran kerana hati aku tidak sanggup untuk berada di dalam kegelapan sehingga menutup segala cahaya untuk masuk ke dalamnya..
Hati juga sering memberi amaran kepada ku agar..
sentiasa membersihkan hatiku dari segala kekotoran kerana hati mahu bernafas tanpa sesak dan sakit ..
Akhirnya hati aku juga berpesan agar ..
aku tidak mudah lupa dengan asal usulku, tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu dan juga sentiasa mengingatkan diriku bahawa aku perlu sentiasa berada di bumi yang nyata , tidak terlalu lalai mengikut arus kemodenan dunia yang semakin membimbangkan..
Aku pun berkata kepada hatiku..
Insyaallah, akan ku cuba untuk melindungi mu dari segala perkara yang boleh merosakkan hatiku ini..
Aku akan berusaha sedaya upaya menjaga nya dari tercemar dari segala pencemaran dunia ini..
Hati ku..jangan kau risau kerana aku akan menjaga hati ini dengan kasih sayang sehingga engkau tidak mampu untuk menerimanya lagi..
ps: miss my family so much ..^-^
No comments:
Post a Comment