Wednesday, February 15, 2012

Fikirkan kembali..

Fikirkan kembali bila saat terakhir kita mengingati masa lalu..
Mengingat tentang keluarga , sahabat kita yang jauh di mata tetapi sentiasa berada di hati.
MengingAti sekerap mana kita mengucapkan syukur kepadaNya kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke saat ini..
Mengingati kembali berapa kali kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW kekasih Allah..

Apa yang sering kita lakukan dikala kita tiada apa untuk dilakukan dalam satu hari ini atau sebelum ini..
Adakah kita sedar selama ini kita terlalu melebihkan dunia dari akhirat walaupun kita sedar akan hakikatnya itu..
Hakikat bahawa kita lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya dan leka dengan hiburan yang terdapat di dunia ini..
Aku sendiri sedar hakikat yang berlaku ini tetapi aku sendiri tetap melakukannya..
Sentiasa menyumbatkan telingaku dengan lagu2 yang lari jauh konsepnya dari Islam..

Tapi aku tidak lupa akan suruhanNya..mungkin sudah menjadi tabiat manusia untuk tetap melakukan sesuatu itu walaupun tahu perkara itu tidak berfaedah..emmm
Inilah dikatakan manusia yang tidak sempurna..sejauh mana pun kita cuba untuk menyempurnakan diri kita , kita masih berada di takuk yang sama kerana untuk menjadi manusia yang sempurna,.kita perlu ada segala2 sifat yang dimiliki oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Bila difikirkan kembali..adakah mampu untuk kita menjadi seorang manusia yang sempurna sepertiNya..
Adakah kita mampu untuk menangkis segala hinaan dan tomahan yang dilontarkan terhadap kita sebagaimana Nabi hanya membiarkan segala hinaan yg dilontarkan kepadaNya sewaktu baginda menjalankan dakwah baginda..
Adakah kita mampu untuk berdiam diri apabila melihat orang memperlekehkan diri kita hanya kerana kita tidak cantik atau pandai sedangkan Nabi mampu melakukannya..

Fikirkan lah..apabila kita mula untuk berfikir tentang segala-galanya mengenai amalan yang telah kita lakukan..Insyaallah, ia dapat membantu kita mengenalpastu kekurangan dan kelebihan diri kita..

:) Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment