Stress lagi hari ini..
Entah kenapa sepanjang aku berada di kolej ni..aku selalu rasa stress..
Nak kata aku nie jenis yang suka cari masalah pun tidak juga sampai nak datangkan stress
Tapi masalahnya sekarang nie orang lain yang mendatangkan stress kepada aku..
Arghhh..kenapa la semua ini harus berlaku dalam hidup aku..
Kalau boleh aku taknak mengeluh atau meng'komen sesuatu yang aku xnak komen tapi keadaan telah memaksa aku untuk meluahkan dkt blog nie..
Kalau disimpan sorang2 dalam hati menimbun mcm timbunan kain baju yang tak dilipat setahun memang meletup nanti..
Aku bukannya seorang yang suka marah2 tapi kalau dah orang tu start mendatangkan kejelikan dalam hati aku memang nak tunggu letusan gunung berapi la dari aku..
Nama pun keje berkumpulan so apa masalahnya..bincang la..bukan setakat bukak buku and then act like buat keje padahal satu ayat apa pun tak keluar dari mulut tu..
Ya..Allah..aku rasa fedup sangat dh sekarang nie..kalau aku berterus terang tegur ada pulak yang tarik muka masam ngan aku ..tapi kalau dibiarkan dh jadi kudis dalam darah pulak..
Arghhhh..kenapa lah ada jugak manusia macam nie..tolonglah, kamu tu dh besar walaupun memang saiz badan tu nampak je kecik tapi jd matang la sikit..sampai bila nk bergantung dengan orang lain..
Kalau macam tu la sikap x penah nak berubah, jangan mimpi and berangan lahnak capai kejayaan dalam hidup..
Aku bukannya nak memperlekehkan dia tapi please..aku rasa dah tak tahan sangat..kalau pasal korea bukan main laju lagi, semua tahu dan tak terlepas satu apa pun pasal perkembangan dunia korea nie tapi berpada-pada la... x salah nak suka n layan korea tapi tolong imbangan dunia hiburan dengan belajar..
Jangan sampai taksub sangat hingga menyusahkan orang lain..
Ikutkan aku yang memang suka cakap lepas nie nak je bagi sedas bagi hati itu panas..nak menangis ke nak maki aku pun maki la kalau dah memang kau nak sangat tahap sampai macam tu kan..
Aku diam2 tu bukannya tanda aku setuju atau suka dengan cara hang tapi perhatikan je..
Sekarang baru aku paham betapa seksanya group member ko yang lain dapat member macam ko..
Erkkkkkk...menyampahnya..
Aku tahu ayat2 aku nie mybe mengundang dosa je duk mengata pasal hg tapi hais..entahla..
Ko sendiri yang meng'order nya..
Sekarang maybe aku boleh diam lagi, aku nak tengok setakat mana ko nak buat..lau still sama sampai menyusahkan ahli member yang lain..jangan terkejut kalau aku tiba2 straight forward bagi sesi kaunseling tak bertauliah dkt kau....
Hah...
Ya Allah..ampunilah dosa hamba Mu yang tersangatlah lemah untuk menghadapi situasi ini..
Aku tahu semester ini result aku akan merundum sebanyak yang mungkin..
Aku akan menyiapkan segala persiapan diriku dari segi mental dan fizikal..
Hahahahhahaha..rasa dah nak giler nie..apasalla manusia macam nie boleh wujud dalam hidup aku..
Bawak lah dia jauh dari ku..
SEmakin hari aku rasa semakin panas macam ade minyak yang menyirami api dalam hati ini..
Gerhhhhhh..Ya Allah, berikanlah hambaMu ini tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi semua dugaan yang terlampau sukar untuk aku lalui ...
Pimpinlah aku dan tunjukkan lah aku jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini..
Aku boleh nak marah2 tapi itu bukan style aku walaupun aku rasa lembut2 aku nie , aku seorang yang panas baran jugak...
Hope dia cepatla sedar betapa kawan2 dia yang lain ini menderita dengan sikapnya yang tersangat la bagus itu..
Fuh..itu sahaja untuk hari ini..esok kalau rajin aku akan tambah lagi untuk melepaskan segala perasaan geram, benci, sakit hati dan segala-galanya lah..
Tapi jangan risau, aku tak la benci sangat pun cuma tak suka je..hahhaa
waktu untuk tido...tido yang semetara je ye bukan tuk selama-lamanya.. tapi lau tuk selama-lamanya pun apa salahnya kalau dah sampai masa kan..
Huhuhu..emak, ayah...kakak doakan emak n ayah bahagia di sana and kakak sentiasa doakan kesejahteraan emak n ayah..kakak rindu !!!kakak rindu dekat semua..rindu sgt ..rindu dgn emak, ayah, opah, atuk, ma, apik, yong, abang, tiah, firas, maksu, maktam, pa'ang, ..semuanya..
Kakak xtaw berapa lama lagi dapat bertahan duduk dekat kolej nie..hanya ingatkan korang semua je kakak mampu untuk teruskan belaja dkt sini...aku letih..letih..letih..
No comments:
Post a Comment