Thursday, February 9, 2012

Pelajar oh pelajar

Apakah tugas seorang pelajar?
emmm, apa dia ye agaknya tugas seorang pelajar, saya pun tak tahu
tapi ramai yang kata dah nama pun pelajar, mestilah kena belajar..

Tapi takkan la itu je tugasnya , lagi?
Emmm, pelajar kena hormat cikgu kut..
La, itu memang pasti la kan..semua orang kena hormat cikgu..
Kan cikgu tu tua dari kita so kita kena la sentiasa hormat orang yang lagi tua dari kita..betul tak?

Ala, mmg la mcm tu tapi ada je yang tak hormat cikgu kalau kalau kita muda sekalipun..
Emmm, kalau pasal tu, saya xde komen apa2 la..tunggu je akibatnya nanti di sana..
betul tak? huhhu

Lagi2? apa agaknya tugas seorang pelajar?
Ish2, budak nie asyik tanya je dari tadi, yang kamu sibuk sangat nak tahu tugas seorang pelajar tu kenapa?
Kamu kan umur pun dah tua , dah berpuluh tahun berhenti sekolah..

Ala, biarlah ..biarpun umur saya dah tua dan mungkin akan mati esok.. selagi saya masih hidup saya akan sentiasa teringat akan cikgu yang pernah mengajar saya dahulu meskipun cikgu itu mungkin dah lama xde dkt dunia nie..

wah.. awak mmg seorang yang sgt mengenang jasa tapi kalau awak pernah jadi pelajar, kamu mesti tahu kan apa tugas seorang pelajar?

Entahla..saya memang tahu tugas seorang pelajar tetapi saya tidak tahu sama ada saya telah menjalankan tugas tersebut dengan sebaiknya atau pun tidak kerana saya takut ..

Takut? apa yang kamu takutkan? Cuba kamu kongsikan bersama saya?
Emm, SAYA TAKUT SEAINDAINYA DISEPANJANG SAYA MENJADI SEORANG PELAJAR, ada cikgu yang berjauh hati dengan tingkahlaku atau percakapan saya.. saya takut ilmu yang saya dapat itu tidak berkat dan hanya menyebabkan saya berdosa sepanjang hayat ini.
Saya masih ingat lagi semasa menjadi pelajar, saya selalu melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan kepada cikgu tapi cikgu tetap tersenyum dan memaafkan saya..

Ha, kalau cikgu itu tersenyum dan maafkan kamu , itu bermakna dia x ambil hati la dgn kamu..apa yang kamu risaukan lagi?


Jujurnya, walaupun cikgu itu sudah memaafkan saya tapi saya tahu dalam hatinya mesti akan sentiasa menyimpan segala kenangan buruk mengenai saya dan dengan memikirkan perkara itu sahaja, saya berasa takut . Saya tkut untuk mengingati bahawa dahulu saya seorang murid yang sangat suka membuat cikgu nya menangis di dalam hati.

ERKKK...apakah yang aku tulis nie? hahaha..harap maaf, ..ini sekadar coretan untuk mengisi masa terbuang..hehehe..

No comments:

Post a Comment