Bab 2
Dari jauh kelihatan Syasha sedang berjalan dengan tergesa-gesa dan muka nya kelihatan risau. " Aduh, macam mana lah aku boleh tak sedar pagi tadi. Bukan aku dah kunci jam ke sebelum aku tidur malam tadi tapi apsal aku tak dengar, mama pun bukannya nak kejut kan aku. Sudahnya aku lambat pagi ni, habis lah aku kena sembur dengan bos kejap lagi," Syasha mengomel di dalam hati sambil terus melangkah laju tanpa memandang kiri dan kanan dan " Aduh, sakitnya." Syasha terjatuh di hadapan pintu pejabatnya. Dia cuba untuk bangun kembali tetapi tidak boleh kerana kakinya berasa sangat sakit. Dan " Cik , awak okey ke ?" terdengar suara garau bertanya. Syasha memalingkan kepala nya menghala ke arah empunya suara dan dia terpana. " Wah, handsome nya mamat ni," Syasha berbisik di dalam hati. Lelaki itu yang masih menantikan balasan dari Syasha merasa pelik dengan reaksi Syasha dan dia mengulangi kembali pertanyaannya tadi. Syasha kembali tersedar " Errr..saya tak apa-apa, saya okey. " Syasha cuba untuk bangun tetapi dia kembali terduduk di atas lantai di hadapan pejabatnya. Lelaki itu yang masih lagi dengannya bertanya lagi
" Eh, awak ni betul ke okey? Saya tengok macam tak okey je ni."
Syasha menjawab " Urmmmmm, saya rasa memang saya tak okey la, kaki saya rasa sakit sangat ni. Susah nak bergerakla,"
" Kalau macam tu apa kata saya bawak awak pergi klinik? Kaki awak ni kalau dibiarkan boleh bengkak . Mari saya tolong awak,"..lelaki itu mengusulkan ideanya. Syasha yang sememangnya amat memerlukan bantuan ketika itu tanpa berfikir panjang hanya menganggukkan kepala nya tanda setuju dengan cadangan lelaki itu.
Sampai sahaja Syasha di rumah, mama nya yang menyambut kepulangannya di hadapan pintu terkejut melihat keadaan kaki Syasha yang berbalut dan cara syasha berjalan terhencut2. Mama nya terus menerpa ke arah Syasha sambil bertanya " Ya Allah Syasha, kenapa dengan kaki kamu ni sayang? Sampai berbalut macam ni, cuba cerita kat mama." Syasha hanya memandang mama nya seketika sebelum mula bercerita kejadian sebenarnya yang berlaku " Syasha terjatuh la mama pagi tadi dekat depan pejabat, Syasha kelam kabut sangat nak sampai pejabat sebab takut bos marah." Syasha hanya tersenyum memandang wajah mamanya yang begitu risau melihat keadaan kakinya itu. Di luar rumah, terdengar bunyi deruman kereta masuk dan tidak lama kemudian kelihatan wajah papanya di muka pintu sambil membawa masuk beg kerja.
Sebaik sahaja terpandangkan kaki Syasha, papa nya juga bertanyakan soalan yang sama seperti mamanya tadi dan Syasha hanya mengulangi jawapan yang sama kepada papanya. Papanya hanya mampu mengelengkan kepala mendengar akan cerita anaknua itu. Dia sudah arif sangat dengan sikap anaknya yang memang suka kelam kabut apabila ada masalah. Bukannya pertama kali anaknya itu terjatuh, sudah banyak kali sampaikan kena tahan dekat hospital pun ada disebabkan sikap gelabah terlampau anaknya itu.
Syasha hanya diam mendengar bebelan papanya kerana bukannya sekali dia terjatuh padahal hampir setiap bulan pasti ada sahaja yang berbalut di anggota badannya. Kalau bukan kaki, mesti tangannya ataupun jarinya. Semuanya berpunca dari sikap cuai yang wujud dalam dirinya. Dia pun tidak tahu kenapa dia mudah sangat terjatuh sedangkan berjalan di kawasan yang rata pun dia boleh terjatuh. Agaknya sudah menjadi satu kebiasaan buat dirinya untuk jatuh.
Setelah habis papanya memberi nasihat percuma kepada Syasha, Syasha terus meminta izin untuk masuk ke biliknya untuk berehat. Dia telah diberi cuti sakit untuk 3 hari kerana kakinya berasa sakit ketika berjalan.
" Bestnya aku dapat cuti, bolehla aku rehat puas2 dekat rumah..yea2!!!" Syasya menjerit keriangan di dalam hati. Tapi tiba-tiba dia terdiam apabila dia teringatkan lelaki yang telah membantunya pagi tadi. " Alamak, aku lupa la nak ucap terima kasih dekat dia, ish, memang tak kenang budi betulla aku ni. Tapi siapa nama dia ye, aku lupa pulak nak tanya. Aduh, kenapa lah aku ni pelupa sangat," Syasha bermonolog dengan dirinya.
Syasha terlelap setelah hampir setengah jam melayan perasaannya memikirkan lelaki yang telah membantu menghantarnya ke klinik pada pagi tadi..
To be continue.. Selamat Membaca
No comments:
Post a Comment