Tuesday, March 8, 2011

                                                           Bab 3

Kring!Kring!Kring!Kring!
Syasha yang lena dibuai mimpi di atas katilnya bergerak perlahan apabila mendengar bunyi jam locengnya yang berdering kuat..
Dengan perasaan malas dia mula bangun dari pembaringannya dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah hampir 20 minit dia memanjakan dirinya di situ, dia keluar dan mula bersiap2 untuk pergi kerja setelah cukup 3 hari dia menghabiskan masa cutinya di rumah.
"Ah, malasnya aku nak pergi keje ari ni.Kenapalah cepat sangat masa berlalu," dia mengomel di dalam hati.
 Selepas selesai sarapan bersama papa dan mamanya, dia terus keluar dari rumah untuk pergi ke pejabatnya.

 Seperti biasa, untuk sampai ke pejabatnya, dia perlu menaiki bas selama hampir setengah jam dan dia perlu menunggu di bus stop seperti biasa. Tetapi pada hari ini, dia berasa masa amat perlahan sekali berlalu sebab hampir beberapa minit dia menunggu bas di situ masih juga tiada sebuah bas yang datang. Selalunya pada waktu macam ni dia sudah berada di dalam bas.
Dan tiba2..PIN,PIN,PIN...terdengar bunyi hon kereta dari arah yang bertentangan dengannya..
 Syasha yang berasa pelik dengan kereta itu cuba melihat sekiranya dia mengenali pemilik kereta tersebut tetapi puas dia cuba untuk menilik , Syasya tetap juga nampak siapakah gerangannya yang berada di dalam kereta itu kerana cerminnya terlampau gelap. Maklumla, habis semua cermin kereta itu di tinted segelap-gelap yang boleh.
Dari jauh kelihatan pintu di bahagian pemandu di buka dan seorang lelaki keluar sambil tersenyum memandang ke arahnya. " Eh, siapa pulak ni? Macam pernah tengok dia ni tapi dekat mana ye." hati Syasha bermonolog sendirian.
Lelaki itu semakin mendekati Syasha dan masih setia menghulurkan senyuman manis kepada syasha walaupun Syasha sebaliknya hanya mempamerkan wajah pelik. Apabila lelaki itu berdiri sampai di hadapannya, baru  lah Syasha dapat mengingati siapa dia. " Kalau tak silap saya, awak yang tolong saya minggu lepas kan?" Syasha bertanya. " Betulla tu, saya lah orangnya. Ingatkan awak dah tak cam kan saya tadi. Berkerut je dahi awak saya tengok awak pandang saya tadi. Awak nak ke pejabat ker?" lelaki itu pula bertanyakan soalan kepada Syasha.
" Maaflah kalau reaksi saya tadi macam apa je tapi saya x bpe nampak la. Lagipun saya kan tak berapa kenal awak sangat pun. Just jumpa pada hari tu je kan. A'ah, tapi xtaw la dari tadi takde pun bas. Pelik jugak saya .Kenapa awak tanya? Awak nak tumpangkan saya ker?" Syasha membalas.

 Bersambung lagi.....

No comments:

Post a Comment