Matahari...
Engkau bersinar menerangi segenap alam.
Dalam gelap atau terang engkau tetap setia menemaniku melalui hidup di dunia ini..
Tanpa jemu, engkau menunjukkan arah kepadaku yang tergapai2 dalam kegelapan mencari hala tuju ku
Setiap hari engkau begitu bahagia melihat aku berjalan di bawah cahayamu..
Melihat setiap langkah ku dan rakan-rakanku yang begitu semangat berjalan menuju ke kelas..
Matahari...
Hidupku umpama kosong dan gelap gelita bila engkau tiada..
Tiada satu hari pun yang berlalu tanpa aku memandang ke arah mu..
Walaupun agak perit mataku untuk melihat wajahmu..
Tapi ku gagahkan jua diriku kerana aku tahu tanpa cahayamu..
Aku mungkin tidak akan berjaya untuk melangkah ke hadapan walau untuk setapak..
Matahari..
Kehadiranmu memberi cahaya baru di dalam hatiku..
Kewujudanmu memberi seribu ilham dan semangat kepada ku..
Bila aku kebosanan.. melihatkan engkau yang tidak putus asa memancar kan sinarmu..
Aku menjadi teruja kerana engkau tidak pernah jemu untuk berbakti kepada ku..
Matahariku..
Namaku jua seperti namamu..
Membawa maksud matahari..
Tetapi adakah aku mampu untuk menjadi sepertimu..
Menjadi cahaya untuk menerangi kehidupan insan lain...
Aku ingin untuk menjadi seperti mu
Yang tidak pernah jemu dan letih bersinar menyuluhi alam ini..
No comments:
Post a Comment