Monday, March 7, 2011

SYASHA ARIANNA

Bab 1

Pada suatu petang yang redup diiringi dengan angin yang berlalu sepoi-sepoi bahasa...
kelihatan kelibat seorang gadis sedang duduk bersendirian di bus stop ..
Tanpa berasa sebarang kerisauan si gadis terus menanti kehadiran bas yang telah ditunggu semenjak 2 jam yang lepas lagi....sambil menunggu, gadis yang bernama Syasha itu begitu leka mendengar lagu dari pemain mp3nya dan semestinya dia sedang mendengar lagu korea. Tanpa dia sedari, seseorang telah datang menghampirinya yang begitu khusyuk mendengar lagu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang semakin sunyi kerana sudah hampir memasuki pukul 7 petang. Tiba-tiba " Hai awak", lelaki itu menegur Syasha tetapi malangnya Syasha yang leka mendengar lagu tidak mendengar akan teguran itu..
 Sekali lagi lelaki itu cuba untuk menegur Syasha tetapi kali ini diiringi dengan tepukan perlahan di bahunya.
 " Hai awk", lelaki itu menegur sekali  lagi. Syasha yang sedang leka dengan mp3nya tersentak dan dengan perlahan-lahan dia memalingkan kepalanya untuk melihat siapa yang telah menepuk bahunya. " Eh, awak rupanya Aril, saya ingatkan siapalah tadi. Awak ni buat saya terkejut saja lah, kalau la saya ni lemah semangat dah lama saya pengsan tadi tau", Syasha berkata. Aril hanya ketawa mendengar kata-kata Syasha itu " Eh2, saya dah tegur awak elok2 tadi tapi awak yang tak dengar, leka sangat dengan mp3 awak tu sampai tak ingat dunia, bukan salah saya ye,". Syasha terdiam mendengar kata-kata Aril itu, " A'ah la, biasala saya ni  kalau dapat dengar lagu ni memang tak ingat apa-apa dah, tambahan lagi saya bosan la tunggu bas dari tadi tak sampai2, awak tau saya dah macam pak guard je duduk sini sejak dua jam lepas," Syasha membalas.

" La , ye ker ? Kesian awak, apa kata awak tumpang saya sahaja lah, lagipun awak nak balik kan, laluan kita dah searah la ni," Aril mempelawa Syasha. Syasha terdiam sebentar memikirkan tawaran Aril itu. " Ermmm, aku nak ikut Aril ke naik bas ye? Ikut Aril la, daripada aku duk termangu macam orang gila kat sini baik aku balik dengan dia ," syasha bermonolog di dalam hati. Aril yang masih menantikan jawapan dari Syasha mula bertanya " Awak nak ikut ke tak nie? Lagipun dah gelap ni, bahaya tau awak tunggu bas sorang2 dekat sini," dan " Emmm, okeyla, saya ikut awak. Jom."

Sesampainya Syasya di rumah...
" Ha, Syasha.kenapa lambat sangat balik ni. Risau mak dengan ayah tunggu kamu dari tadi", emaknya tiba-tiba menegur Syasya yang baru sahaja memasuki rumah.
Syasha lantas menghampiri emaknya yang sedang duduk di hadapan tv dan tunduk menyalami tangannya.  " Maaflah mama, Syasya bukan sengaja nak balik lewat tapi terpaksa lah mama, Syasha tunggu bas dekat dua jam tadi tak sampai2 . Ini pun nasib baiklah Aril tumpangkan Syasha balik rumah, kalau tak tak tau lah pukul berapa Syasha sampai ni. Maafkan Syasha ye mama."syasha memberi penjelasan kepada mamanya. " Oh, kenapa syasha tak telefon mama je tadi tak pun papa , kami kan boleh ambil tadi. Takpelah kalau macam tu, syasha pergilah mandi dulu, dah pukul berapa ni ..maghrib pun dah nak habis ni," mama syasha membalas.
" Baiklah mama, syasha masuk bilik dulu ye." Syasha terus berlalu menuju ke biliknya sesudah meminta izin dari mama nya.

 To be continue.....       :)

No comments:

Post a Comment