Pada hari ini bersamaan 5 March 2011..
sESI kAunseling yang bertajuk HELP ME BE GOOD telah diadakan di Kpmim dan sesi ini hanya dikhususkan kepada student Decomers semester 1 dan 2 sahaja termasuklah aku..
Topik utama yang telah diketengahkan pada sesi kaunseling ini adalah communication skills yang disampaikan oleh para kaunselor jemputan dari Mrsm...
Terasa macam kembali ke zaman sekolah menengah pun ada hari ini sebab memang situasi atau suasana hari begitu menyerupai sekolah..
Majlis bermula pada pukul 9 pagi tetapi semua pelajar telah berkumpul daripada pukul 8 pagi lagi ..maklumlah student decomers kan baik...(hahahaha..baikla sgt, sbb trpaksa je lau tak mmg x dtg pun :P)...
Aktiviti yang dijalankan memang best walaupun pada mulanya ktorang rasa program ni memang telah mengganggu hari cuti kami yang amat berharga sekali untuk dihabiskan dengan pergi ke program seperti ini..
Tapi memang tidak sia-sia kami datang sebab secara tidak langsung kami semua telah mendapat ilmu secara percuma bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik dan cara untuk mengaplikasikan komunikasi tersebut...
Tepat pukul 10.23 pagi, kami diberikan rehat selama setengah jam dan sarapan nasi lemak dengan teh o suam... nasi lemak yang dihidangkan amatlah kaw sekali sampai ada yang mengalirkan air mata kerana sambalnya terlampau pedas..bukan nangis sebab sedih ye...jangan salah sangka..:P..
Selesai sahaja sarapan , aktiviti ktorang diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah yang bertajuk kemahiran berkomunikasi....baru sahaja penceramah hendak menyampaikan ceramah, berlaku pulak masalah teknikal yang memang tidak dapat dielakkan lagi apabila slideshow tidak dapat ditayangkan kerana lcd mengalami masalah..macam-macam kan kolej aku nie..ada sahaja masalahnya..
Walaupun begitu, sesi ceramah tetap diteruskan dan penceramah sempat menyelitkan adegan cter hantu kak limah balik rumah.....aduh..memang pening la diorg nie,tak habis- habis dengan kak limah dan usop yang suka duduk atas wheelcha kerajaan tu..jemu la...
Ceramah ini berakhir tepat pukul 1 setelah penceramah tidak habis-habis mengatakan lagi 2 slide je lagi nak habis...padahal ada lagi berpuluh-puluh slide nk ditayangkan lagi..
tapi tidak mengapa kerana sesudah selesai sahaja ceramah tadi, kami diberi makanan tengahari dan semstinya berserta ais anggur yang tersangatlah manis rasa nya ...
Aktiviti kami tidak berhenti setakat itu sahaja, tepat pukul 2 petang, sesi bersama lecturer pula di adakan dan
aku telah ditempatkan dengan ahli class lain yang tidak berapa aku kenali walaupun telah hampir 2 semester aku menuntut di sini..hahaha..tak perlu kut kenal dengan diorang...huhuhuhu
Aktiviti petang ini memang best sebab ktorang ada sesi ice breaking and game tentang komunikasi sahaja sampailah pukul 3.30...alhamdulillah...selesai jugak majlis Help Me Be Good pada hari ini...
Sampai je aku dekat bilik..apalagi..terus landing atas katil la..opsss..tapi sebelum itu buka tudung dulu, buka stoking n zzzzzzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
letihnya........................................itu lah sahaja kisah saya pada hari ini..nak sambung tidur balik ye..letih nie..:)..................tata
No comments:
Post a Comment