Tuesday, August 23, 2011

Emmmmmm

Sesi luahan perasaan bermula lagi pada malam ini..

Kenapa hati aku cepat terusik kalau orang tidak mahu mengendahkan aku?
Kenapa aku suka sangat naik darah atau hangin kalau ada saja orang yang membantah cakap aku?
Kenapa setiap kali aku mengucapkan sesuatu aku akan berfikir lama untuk meluahkannya?

Kenapa malam ini aku rasa hati aku terasa sayu dan sunyi walaupun aku dikelilingi ramai orang?
Kenapa semakin lama semakin aku rasa diri aku dipinggirkan ?
Kenapa semakin hampir untuk aku menikmati kegembiraan semuanya tiba-tiba hilang menjauh dariku?
Kenapa bila aku teringatkan kenangan aku sewaktu kecil tiada satu pun yang datang terimbas di fikiranku?

Kenapalah aku masih sabar untuk terus berada di sini walaupun di dalam hati aku sudah tiada di sini?
Kenapa aku terbayangkan sesuatu yang mustahil untuk aku miliki sepanjang hayatku ini?
Kenapa setiap kali aku pejam mata terlayar wajah2 insan yang aku rindu?

Kenapa aku perlu mengucapkan segala-galanya di sini?
Kenapa setiap ayatku bermula dengan kenapa?
Kenapa tiada sesiapa yang sudi memberikan jawapan kepada semua persoalan yang ku utarakan di atas ini?


Kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa..????

Kenapa kerana aku ingin berkongsi apa yang ku rasakan sekarang ini..
Kerana aku berasakan segala kepedihan dan kesedihan ini perlu ku kongsikan supaya aku tidak memikul beban menanggungnya seorang diri..
Kerana seperti orang kata sharing is caring..
Jadi gunakan lah sharing is caring ini dalam menyelesaikan segala masalah yang anda miliki..:)

Sekian.....

Thursday, August 18, 2011

Kelahiran ..


Pada pukul 9.30 malam sebentar tadi
Satu berita gembira telah sampai ke telinga ini.
Yong ku telah selamat melahirkan anak sulungnya pada ramadhan yang 18..
Alhamdulillah semua nya selamat..
Happy nya rasa nie dapat anak saudara..
Jadi tak sabar pulak nak balik...warrggghhhh..nak balik...
Tak sabar tengok muka baby , mesti comey kan..nama pun baby..hehehe
Kalau lah dia dilahirkan pada satu syawal boleh lah sambut harijadi sama-sama dengan emak saudara dia yang bongsu tu..mesti best suasananya nanti..

Itu sahaja celoteh saya pada malam nie..
Tak boleh tulis panjang2..happy nie..hihihi
 TATATATTA..

Monday, August 15, 2011

Victoria and her kimono

What are some themes that can be identified from the short story Victoria and Her Kimono? Do you think the themes have something to do with your personally.
The themes that can be identified from the short story ‘Victoria and Her Kimono’ is about culture. In the story Victoria love her culture and proud to be Indian people. She always protect her own culture when Ramanan always arguing about that. She also loves Tamil film. However, Ramanan also an Indian people but he always proud to be western. In addition, he also so obsessive with Queen Victoria and he called his wife Victoria even though people called Vickneswari as Vicki for short. Besides, Ramanan also eat using spoon and fork even though everyone eats using their hand. This shows that Ramanan is too proud of other culture rather than his own culture.
Love to family is also the theme in this short story. Loving to family can see in this short story towards Victoria because she loves her family. Victoria takes care of her children and also be a good mother. She also never disregard of her children. Victoria will bring her children to watch the movie together and do not let her children alone. Victoria also loves her husband even though her husband was not appreciating her. She was safe her husband from Japanese military when they are looking for her husband because her husband teach English. She told the Japanese military that her husband not at home. Even though her husband is hot tempered but she just be patient with her husband.
The other themes in this story are westernizing. In this story Ramanan choose to be westernization and also didn’t like Indian people even though he is also an Indian people. Ramanan didn’t like watch Tamil movie but his wife love to watch tamil movie. The way of his life is also more to westernization rather than Indian. He is teaching English and also can speak English fluently. The way he eat also different with his wife which is he eat using spoon and fork. He also too obsess with Queen of British who is Queen Victoria but didn’t proud of his own. Ramanan is different with her wife which is more to Indian.
I think these themes have something to do with my personally. Malaysian is a multi racial country and has different kind of people. Even though Malaysia has different races and culture but I’m so proud to be as a Malaysian and never be apart of others culture. We don’t have to be westernized but just be our own because we are the one who can develop our culture. I also love my family because are important people towards me. They are always be my side rather other people. We must love our family because they are apart of us and whose are close to us. 

by eidaspace.blogspot.com
( hak milik orang lain...baru senang nak paham jalan cerita short story nie..panjang bebenor)

Road Home (movie)

Pada pukul 8 pagi tadi bertempat di perpustakaan KPMIM,
Class 3B telah menonton sebuah movie yang sangat menyentuh perasaan..
Antara pelajar yang berada di dalam class 3B itu adalah aku..hihhii

Road Home..
Sebuah cerita berkisarkan tentang harapan seorang gadis menanti kepulangan kepulangan pujaan hatinya..
Mula-mula tengok macam rasa bosan je sebab cerita nya terlalu slow and dimulakan dengn kisah seorang emak yang meratapi kematian suaminya,,

Tapi bila si emak mula flashback detik pertemuan pertama dan perjalanan cinta mereka..cerita dah nampak semakin menarik..
Mungkin kawan-kawan yang lain cerita Road Home nie boring tetapi disebalik jalan cerita yang dipaparkan..
Ada maksud tersirat yang disampaikan kepada penonton..

Melihat bagaimana seorang gadis yang naif begitu tekad untuk memikat hati seorang lelaki yang menjadi pujaannya ...
Melihat bagaimana tingginya harapannya untuk menanti kepulangan lelaki itu kembali mengajar di kampung..
Sanggup berdiri di dalam ribut salji tanpa menghiraukan kesihatan diri..
Akhirnya mereka tetap bersama setelah berbagai halangan yang datang menguji hubungan mereka..

Cerita ini juga memaparkan budaya masyarakat Cina mengenai adat dalam menguruskan kematian..
Mengusung keranda dari bandar sehingga ke kampung dengan hanya berjalan kaki..
Bila difikirkan kembali betapa uniknya setiap budaya dan adat yang ada di dunia nie mengikut kaum..

Kesimpulannya cerita ni best la walaupun ramai yang tido waktu menonton nya tadi..
Next Monday tengok movie lagi..
Kan best kalau setiap class tayang movie je..baru hilang stress ..huhuhu

 Itu sahaja diari pada hari ini...OPS, sebelum mengundurkan diri..


Menu untuk berbuka puasa pada hari ini ialah nasi lemak n spageti...sedap tak?

Nak taw sedap ke tak kena tunggu pukul 7.20 nantilah.. :)

 Ok lah....ASsalamualaikum and selamat berbuka puasa semua muslimin dan muslimat di dunia..:)

Sunday, August 14, 2011

Aku...

Aku masih dalam dilema memikirkan apa yang akan berlaku pada pagi nanti di class..
Hopely I can through it dengan penuh semangat dan kental menghadapi segala perkara nanti..
Mintak2 la class batal esok sebab lecturer kena teman family pergi shopping tuk raya..hihihii

Ok lah..tata..mata nie tak boleh nak pejam pulak sebab banyak sangat fikir..
Selamat malam buat kali kedua ku ucapkan kepada sapa2 je yang baca blog nie ..
Mungkin korang terbaca blog nie pada waktu siang nanti tapi tetap masih belum terlambat tuk aku mengucapkan selamat malam kan....hehehehe
 

 Bubye.....Assalamualaikum...live in peace no war..keep smiling for your healthy..:) :) :) ;) :)

Pening kepala..

Hai...

Topik pada hari ini ialah saya tengah pening kepala nak cari tajuk yang sesuai untuk public speaking..
Dah berhari-hari memikirkan tajuk yang sesuai, sudah segala ceruk inci celah dh diselongkar kt google nie tapi aku tetap tak tahu nak buat tajuk apa...

Kenapalah wujud subject nie dekat kolej?
Aku ni sudahlah jenis tak berapa nak bercakap banyak , apatah lagi nak kena bagi speech pulak~~
Aduh..anyone please give me ideas what topic i should use for my speech?
I really lack of idea right now because my minds is not in this college anymore..

Dalam kepala nie dah terbayang tarikh 26 haribulan 8 hari kepulangan aku ke kampung..
Sudah terbayang dekat fikiran nie menu utama untuk hari pertama aku berbuka puasa dekat rumah..
Tak terkeluar langsung tajuk tuk public speaking nie...waaaargghhhhhhhhhh

 Otokee...what should I do?
 Sekarang ada topic tapi mcm mane pulak nak dikembangkan isinya...
 Dahla kena sediakan setiap topic tiga reason yang concrete giler..

 Kalaulah dia suruh aku bagi speech pasal tiga sebab utama anda mahu balik rumah..konfem dengan jayanya aku mampu melakukannya...

 Huhuhuhu..sesungguhnya inilah dugaan yang perlu aku hadapi sebagai pelajar Decom..
 Tu la pasal pilih lagi course nie sapa suruh..
 Tapi takpe lah..semua nie untuk kebaikan diri aku juga...
 Ok lah..cukuplah kut tuk malam nie aku merapu..
 Memang tengah blur yang amat sangat nie..
 Nak tido la...release tension sambil layan Beast..hihihihihihi

 Goodnite semua...wish you all have a nice sleep and dreams tonight..
 Assalamualaikum..

Saturday, August 13, 2011

Wasiat terakhir

Wasiat terakhir dariku ,

Seandainya aku ditakdirkan hidup untuk malam ini sahaja..
Sampaikanlah salamku kepada ahli keluargaku yang berada jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati..
Sampaikan salamku jua kepada sahabat handai ku yang berada di merata tempat di bumi ini..

Seandainya sudah sampai masa untuk aku berada di dunia ini,
Ampuni lah segala dosa, kesilapan dan kekhilafan yang telah ku lakukan kepada kamu semua..
Ampunilah jua segala keterlanjuran dan kelancangan mulutku bertutur terhadap kamu semua..
Halalkan lah segala makan minumku yang telah aku perolehi dari kamu semua..

Seandainya memang telah pasti waktuku hanya sampai di sini sahaja..
Sedekahkan lah segala barang milikku kepada mereka yang berhak memilikinya..
Kembalikanlah segala benda yang ada pada ku selama ini kepada pemilik yang selayaknya...

Seandainya malam ini malam terakhirku..
Bawa lah jasadku yang sudah kaku ini ke rumah ku di sana..
Kebumikanlah jasadku ini di samping pusara kedua ibu bapa ku ditempatkan..
Siramilah jasadku dengan ayat-ayat suci al- Quran buat penenang roh ku di bawah sana..
Ziarahilah pusaraku di waktu kamu semua memiliki kelapangan waktu..

Seandainya saat ini saat terakhir buatku untuk melihat cahaya,
Selimutkanlah aku dengan sehelai kain putih suci menutupi seluruh tubuhku..
Perdengarkanlah aku dengan bacaan suci al-Quran sebelum aku diturunkan di liang lahad...

Seandainya nafas yang ku tarik ini nafasku yang terakhir,
Bagilah kesempatan kepadaku untuk menatap wajah-wajah ahli keluargaku buat kali terakhir,
Berikanlah kesempatan kepadaku untuk memohon maaf menyusun sepuluh jari mengucapkan terima kasih kepada nenek dan keluarga kerana telah bersusah payah memeliharaku sehingga ke saat ini..
Tiada apa yang dapat menenangkan hatiku ini sekiranya aku sempat untuk memohon maaf dari mereka..

Seandainya aku memang tiada waktu lagi untuk mencelikkan mataku ini,
Bantulah aku untuk memohon kepada yang Maha Esa supaya aku dijauhkan dari pintu api neraka..
Bantulah aku untuk memohon kesejahteraan buat ahli keluargaku, rakan-rakanku serta semua sedara seagama denganku ..
Biarlah pemergianku disusuli dengan kebahagiaan insan lain..

Seandainya aku terpaksa menghembuskan nafas terakhirku di saat ini,
Berilah peluang kepadaku untuk mengucapkan syukur kepadaNya kerana telah memberikan aku peluang untuk hidup selama ini di samping insan-insan yang menyayangi diriku..
Sesungguhnya tiada apa lagi yang akan ku kesali untuk meninggalkan dunia ini sekiranya segala impianku di atas dilaksanakan..

Selamat Tinggal Dunia, Sesungguhnya dariNya aku datang kepadaNya jugalah aku kembali..
Assalamualaikum..............................................................................................

Puisi buatmu ayah dan ibu.....

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

puisi di ambil dari islamdigest.blogspot.com

Rindu..

Perasaan rindu yang teramat sangat hadir dalam hati ini bila secara tidak sengaja terbaca sebuah article mengenai kasih sayang seorang ibu dan bapa terhadap anaknya yang sedang menunggu waktu untuk pergi ke alam lain..


Perasaan rindu ini semakin ketara apabila tanpa aku sedari setitik demi sedetik air mata ku mengalir kerana tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan.. 

Alangkah indahnya kalau aku masih mempunyai seorang ayah dan ibu ketika ini, pasti mereka juga akan melayan dan mencurahkan sepenuh perhatian serta kasih sayang mereka kepada aku ketika menghadapi masalah di dalam kehidupan ini..


Hanya tinggal beberapa minggu sahaja untuk aku menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping keluargaku tetapi meskipun mereka sentiasa ada di samping aku, aku tetap akan merasakan kesunyian itu kekosongan di hati menantikan kehadiran kedua ibu bapa ku untuk datang memeluk aku di pagi raya..


Aku juga mahu menyalami , mencium tangan mereka seperti mana sebuah keluarga yang lengkap biasa lakukan di pagi raya..saling bermaafan atas kesalahan yang dilakukan...aku mahu dahiku dikucup penuh kasih oleh ibu bapaku sebagai tanda mereka memaafkan segala kesilapan yang aku telah lakukan kepada mereka..

Ayah Emak..


Sekali lagi pada pagi raya yang akan datang ini kami tidak dapat menyalami tanganmu...
Sekali lagi kami akan merasa kehilangan apabila melihat anak-anak orang lain menyalami tangan kedua ibu bapa mereka sedangkan kami hanya mampu melihat semua itu..
Sudah 12 tahun pemergianmu , sudah 12 tahun di pagi raya kami mengingati diri mu..
Sekalipun kami tidak akan pernah menyesal akan kepemergianmu yang terlalu cepat bagi kami..
Kami tahu sudah sampai masanya untuk kami belajar hidup tanpa kasih sayangmu, tanpa pengawasan darimu..


Ayah Emak..
Pada raya Aidilfitri tahun ini, ayah dan emak akan mendapat seorang cucu..
Alangkah indahnya jika ayah dan emak masih ada untuk sama-sama meraikan kehadiran orang baru di dalam keluarga kita..kehadiran cucu tunggal mu..

Ayah Emak..
Doakan kami supaya hidup kami sentiasa berada di landasan yang betul...Bantulah kami untuk menjadi anak-anak yang soleh untuk kesejahteraanmu di sana.
Walaupun ayah dan emak sudah tiada lagi di sisi kami tapi kami tahu bahawa ayah dan emak sentiasa memerhatikan kami ..


Ayah Emak..
Ampunilah dosa kami adik beradik sekiranya kami masih menyusahkan kehidupanmu di alam sana..
Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang anak yang soleh untukmu..


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ayah , emak..
Kalian akan sentiasa berada di dalam hati ini terutamanya di hati kakak..
Kakak rindu yang teramat sangat dekat ayah dengan emak...
Sampai bila-bila pun kakak tidak akan pernah melupakan ayah emak..


EMMMm, baru tulis macam ni je dh nak mengalir air mata..kakak nie memang suka menangis kan mak ? ayah?
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kakak waktu tulis blog nie....
Semoga emak dan ayah bahagia di sana..
Kakak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan emak dan ayah...:)