Wasiat terakhir dariku ,
Seandainya aku ditakdirkan hidup untuk malam ini sahaja..
Sampaikanlah salamku kepada ahli keluargaku yang berada jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati..
Sampaikan salamku jua kepada sahabat handai ku yang berada di merata tempat di bumi ini..
Seandainya sudah sampai masa untuk aku berada di dunia ini,
Ampuni lah segala dosa, kesilapan dan kekhilafan yang telah ku lakukan kepada kamu semua..
Ampunilah jua segala keterlanjuran dan kelancangan mulutku bertutur terhadap kamu semua..
Halalkan lah segala makan minumku yang telah aku perolehi dari kamu semua..
Seandainya memang telah pasti waktuku hanya sampai di sini sahaja..
Sedekahkan lah segala barang milikku kepada mereka yang berhak memilikinya..
Kembalikanlah segala benda yang ada pada ku selama ini kepada pemilik yang selayaknya...
Seandainya malam ini malam terakhirku..
Bawa lah jasadku yang sudah kaku ini ke rumah ku di sana..
Kebumikanlah jasadku ini di samping pusara kedua ibu bapa ku ditempatkan..
Siramilah jasadku dengan ayat-ayat suci al- Quran buat penenang roh ku di bawah sana..
Ziarahilah pusaraku di waktu kamu semua memiliki kelapangan waktu..
Seandainya saat ini saat terakhir buatku untuk melihat cahaya,
Selimutkanlah aku dengan sehelai kain putih suci menutupi seluruh tubuhku..
Perdengarkanlah aku dengan bacaan suci al-Quran sebelum aku diturunkan di liang lahad...
Seandainya nafas yang ku tarik ini nafasku yang terakhir,
Bagilah kesempatan kepadaku untuk menatap wajah-wajah ahli keluargaku buat kali terakhir,
Berikanlah kesempatan kepadaku untuk memohon maaf menyusun sepuluh jari mengucapkan terima kasih kepada nenek dan keluarga kerana telah bersusah payah memeliharaku sehingga ke saat ini..
Tiada apa yang dapat menenangkan hatiku ini sekiranya aku sempat untuk memohon maaf dari mereka..
Seandainya aku memang tiada waktu lagi untuk mencelikkan mataku ini,
Bantulah aku untuk memohon kepada yang Maha Esa supaya aku dijauhkan dari pintu api neraka..
Bantulah aku untuk memohon kesejahteraan buat ahli keluargaku, rakan-rakanku serta semua sedara seagama denganku ..
Biarlah pemergianku disusuli dengan kebahagiaan insan lain..
Seandainya aku terpaksa menghembuskan nafas terakhirku di saat ini,
Berilah peluang kepadaku untuk mengucapkan syukur kepadaNya kerana telah memberikan aku peluang untuk hidup selama ini di samping insan-insan yang menyayangi diriku..
Sesungguhnya tiada apa lagi yang akan ku kesali untuk meninggalkan dunia ini sekiranya segala impianku di atas dilaksanakan..
Selamat Tinggal Dunia, Sesungguhnya dariNya aku datang kepadaNya jugalah aku kembali..
Assalamualaikum..............................................................................................
No comments:
Post a Comment