Tuesday, August 23, 2011

Emmmmmm

Sesi luahan perasaan bermula lagi pada malam ini..

Kenapa hati aku cepat terusik kalau orang tidak mahu mengendahkan aku?
Kenapa aku suka sangat naik darah atau hangin kalau ada saja orang yang membantah cakap aku?
Kenapa setiap kali aku mengucapkan sesuatu aku akan berfikir lama untuk meluahkannya?

Kenapa malam ini aku rasa hati aku terasa sayu dan sunyi walaupun aku dikelilingi ramai orang?
Kenapa semakin lama semakin aku rasa diri aku dipinggirkan ?
Kenapa semakin hampir untuk aku menikmati kegembiraan semuanya tiba-tiba hilang menjauh dariku?
Kenapa bila aku teringatkan kenangan aku sewaktu kecil tiada satu pun yang datang terimbas di fikiranku?

Kenapalah aku masih sabar untuk terus berada di sini walaupun di dalam hati aku sudah tiada di sini?
Kenapa aku terbayangkan sesuatu yang mustahil untuk aku miliki sepanjang hayatku ini?
Kenapa setiap kali aku pejam mata terlayar wajah2 insan yang aku rindu?

Kenapa aku perlu mengucapkan segala-galanya di sini?
Kenapa setiap ayatku bermula dengan kenapa?
Kenapa tiada sesiapa yang sudi memberikan jawapan kepada semua persoalan yang ku utarakan di atas ini?


Kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa..????

Kenapa kerana aku ingin berkongsi apa yang ku rasakan sekarang ini..
Kerana aku berasakan segala kepedihan dan kesedihan ini perlu ku kongsikan supaya aku tidak memikul beban menanggungnya seorang diri..
Kerana seperti orang kata sharing is caring..
Jadi gunakan lah sharing is caring ini dalam menyelesaikan segala masalah yang anda miliki..:)

Sekian.....

No comments:

Post a Comment