Monday, August 15, 2011

Road Home (movie)

Pada pukul 8 pagi tadi bertempat di perpustakaan KPMIM,
Class 3B telah menonton sebuah movie yang sangat menyentuh perasaan..
Antara pelajar yang berada di dalam class 3B itu adalah aku..hihhii

Road Home..
Sebuah cerita berkisarkan tentang harapan seorang gadis menanti kepulangan kepulangan pujaan hatinya..
Mula-mula tengok macam rasa bosan je sebab cerita nya terlalu slow and dimulakan dengn kisah seorang emak yang meratapi kematian suaminya,,

Tapi bila si emak mula flashback detik pertemuan pertama dan perjalanan cinta mereka..cerita dah nampak semakin menarik..
Mungkin kawan-kawan yang lain cerita Road Home nie boring tetapi disebalik jalan cerita yang dipaparkan..
Ada maksud tersirat yang disampaikan kepada penonton..

Melihat bagaimana seorang gadis yang naif begitu tekad untuk memikat hati seorang lelaki yang menjadi pujaannya ...
Melihat bagaimana tingginya harapannya untuk menanti kepulangan lelaki itu kembali mengajar di kampung..
Sanggup berdiri di dalam ribut salji tanpa menghiraukan kesihatan diri..
Akhirnya mereka tetap bersama setelah berbagai halangan yang datang menguji hubungan mereka..

Cerita ini juga memaparkan budaya masyarakat Cina mengenai adat dalam menguruskan kematian..
Mengusung keranda dari bandar sehingga ke kampung dengan hanya berjalan kaki..
Bila difikirkan kembali betapa uniknya setiap budaya dan adat yang ada di dunia nie mengikut kaum..

Kesimpulannya cerita ni best la walaupun ramai yang tido waktu menonton nya tadi..
Next Monday tengok movie lagi..
Kan best kalau setiap class tayang movie je..baru hilang stress ..huhuhu

 Itu sahaja diari pada hari ini...OPS, sebelum mengundurkan diri..


Menu untuk berbuka puasa pada hari ini ialah nasi lemak n spageti...sedap tak?

Nak taw sedap ke tak kena tunggu pukul 7.20 nantilah.. :)

 Ok lah....ASsalamualaikum and selamat berbuka puasa semua muslimin dan muslimat di dunia..:)

No comments:

Post a Comment