Tuesday, January 31, 2012

Masalah



Setiap masalah yang datang kepada kita pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap masalah yang datang adalah untuk menguji sejauh mana kita dapat menghadapinya. Yakinlah bahawa anda adalah seorang insan yang sangat bertuah kerana menghadapi masalah dalam hidup anda. Tanpa masalah, hidup seseorang itu tidak menarik dan mencabar untuk dilalui. Tetapi pastikan setiap masalah itu anda dapat atasinya dengan cara yang betul dan berhemah tanpa menjejaskan diri anda.


Itu sahaja ungkapan pada hari ini. :)

Monday, January 30, 2012

Jauhkan lah..

Mimpi..
Setiap orang pasti pernah bermimpi di dalam hidupnya..
Mimpi yang dikatakan hanya mainan tidur..
Tapi bila difikirkan kembali, setengah perkara yang kita mimpi adakalanya seakan pernah berlaku di dunia nyata..
Ada mimpi yang mampu membuatkan kita tersenyum ketika mata terpejam..
Namun ada juga waktu di mana mimpi yang menyebabkan kita menangis tanpa sedar..

Malam tadi, sebuah mimpi telah menjelma dan bermain dalam tidurku.
Mimpi yang amat menyedihkan , sebolehnya aku tidak mahu mempunyai mimpi sebegitu seumur hidupku..
Mimpi yang menyebabkan aku terjaga di keheningan pagi..
Mimpikan adik yang paling rapat denganku pergi meninggalkan aku untuk selamanya..
Kenapa aku perlu bermimpi sesuatu yang pasti aku tidak pernah impikan untuk berlaku dalam hidupku..
Jika benar mimpi itu akan jadi kenyataan, biarlah aku yang menjadi galang gantinya..
Biarlah aku yang pergi dahulu sebelumnya kerana aku tidak sanggup untuk menghadapi perpisahan lagi..
Hanya terkenangkan kematian sahaja hati ini pasti merasa resah dan sedih apatah lagi untuk mengalaminya dikalangan adik beradikku sendiri..

Kalau benar dia akan diambil nyawanya..
Aku mohon biarlah nyawaku yang diambil sebagai ganti kerana aku tidak mampu untuk meratapi pemergiannya..
Sungguh, aku tidak sanggup berpisah dengan mereka semua..
Cukup lah hanya berpisah di dunia yang nyata jangan perpisahan untuk selamanya itu..

Saturday, January 28, 2012

NA NA NA


            PLEASE HATE ME IF THAT CAN SATISFY YOUR FEELING



Today I will explain about the reasons why people love to hate me..


First reason would be they jealous with my special ability which is I know how to make people hate me..
Hahaha..maybe some of you might think I'm crazy..how they can jealous with that weird special ability..I also don't know about it but I just wrote using my instinct. It is common for us to have a group of people who hate us..who will always not satisfy with you.. 



Second reason...Maybe they feel happy when they thought that they hate me.

This kind of people actually can be called as a crazy group and we can send them to Tanjung Rambutan for mental treatment..:P


Third reason? 
I think its better for you all to think about why some of you love to hate me.. It is hard for me to identify why people hate me because only person or individual that have the feeling knew it.


HAH...so boring ..

Friday, January 27, 2012

Emmm (2)

Assalamualaikum ..

Hari sudah masuk minggu ke3 aku dekat kolej nie..
Dan hari ini juga aku rasa class untuk subjek Workplace Communication amat membosankan.
Maybe ramai yang tertanya kenapa class nie bosan sangat.
Kalau hendak tahu marilah belajar sekali dalam class ini..

Entah kenapa aku rasa macam tak yakin je hendak belajar semester 4 ni..
Tapi rasa x yakin mcm mane pun prasaan aku nie, aku kena teruskan jugak sebab banyak duit dh dihabiskan semata-mata untuk aku belaja dkt sini..lagipun semua ini untuk kebaikan aku jgk..untuk masa depan aku yang tidak diketahui cerah atau pun gelap..

Aku juga tidak tahu sama ada sempat ke aku untuk menghabiskan segala apa yang telah aku mulakan ini..
Bukan disebabkan rasa tidak yakin tetapi takut umur tidak panjang untuk meneruskan perjuangan ini..
Tengok keadaan dunia sekarang yang penuh dosa, maksiat , homoseksual berlaku di mana-mana sahaja..
 Kejadian ribut, tanah runtuh and banjir sering berlaku kebelakangan nie malah semakin kerap..

 Adakah aku masih sempat untuk menamatkan pengajian aku kalau secara tiba2 Allah SWT menurunkan bala untuk mereka yang melakukan semua dosa ini....
aku just mampu berdoa semoga Allah masih memberikan aku peluang untuk mencapai apa yang telah dirancang tapi aku juga tahu tidak semua yang kita rancang akan berjaya kerana yang menentukan adalah Allah SWT..

eMMM, apa lah yang aku mengarut ni..mcm nak mati cepat je dr ayat yang aku tulis tp tak salah kut..
Semakin lama kita hidup dkt bumi nie semakin byk dosa yang kita kumpul..mungkin kita tidak berniat untuk melakukannya tetapi kita xkan sedar bila kita melakukan dosa itu..

Minta2 dijauhkan lah..amin..
That's all for tonight.. hope all of the readers live in peace and make sure don't fill your life with dosa...
Always remember that..:)

Thursday, January 19, 2012

Renungkan lah..

Sesekali aku merenung ke hadapan..
Memikirkan apa yang akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang ini..
Adakah kita masih berkesempatan untuk menghirup udara dalam tempoh tersebut..
Ramai manusia suka mengandaikan bahawa hidup mereka masih panjang dan tidak akan mati dalam masa terdekat tetapi adakah mereka ini tahu kita tidak boleh menjangkakan tempoh hidup kita di muka bumi ini..
Ramai juga manusia yang masih terlampau yakin dengan segala apa yang mereka sangka benar dan tidak pernah memikirkan perkara yang tersirat ..
Memang tidak salah untuk kita terus berangan akan hidup lama di muka bumi ini tetapi kuasa Allah SWT tiada siapa yang tahu..
Kadang-kadang manusia selalu lupa hakikat yang sebenarnya mengenai kehidupan..
Manusia sering alpa akan kemewahan dan keseronokan yang mereka nikmati ketika ini..
Mereka lupa untuk melihat keadaan di sekeliling mereka..
Fakta yang semakin jelas dan tidak dapat disangkal lagi ..
Hutan-hutan semakin kurang, udara semakin tercemar dengan bahan-bahan kimia, paras air laut yang semakin meningkat, suhu bumi yang semakin panas dan lambakkan manusia melakukan maksiat..
Memang bagi manusia yang terlalu leka dengan duniawi akan menidakkan kenyataan ini sedangkan nampak dengan mata sendiri..

Aku merenung lagi ke hadapan..
Merenung ke arah suatu perjalanan yang tidak pasti jika aku dapat mencapainya
Merenung lagi ke jalan itu sambil kepala tidak berhenti-henti mengakui bahawa kenyataan hidup ini sudah sampai ke penghujungnya...
Memang berat untuk mengatakannya tetapi itulah hakikat dan realiti yang harus setiap manusia terima..
Kerana kenyataannya kita hanyalah manusia yang diciptakan untuk mengjadi penghuni sementara di bumi yang luas ini..
Kerana kita hanyalah manusia umat yang terpilih untuk berada di saat-saat terakhir ketika usia bumi capai ke penghujungnya..
Usahlah diusahakan mencari planet lain untuk dijadikan tempat tinggal jika memang sudah pasti apabila hari itu tiba..lari lah ke mana pun kita semua tetap akan sampai di sana..
Sampai di tempat yang memang telah diaturkan semenjak awal kita di lahirkan..

Ketika ini

Penat.
Hari ini aku rasa sungguh penat untuk meneruskan kehidupan...
Hari ini aku rasa bagaikan mahu menamatkan nyawa ku sendiri walaupun aku tahu berdosa jika aku lakukannya..
Hari ini entah kenapa aku rasa perasaan benci yang teramat sangat lahir dalam hati ini..
Hari ini kenapa aku rasa macam hendak kuncikan diri aku dalam bilik kosong dan pulaukan semua orang yang ada di sekeliling aku..
Hari ini kenapa aku rasa semua orang seperti memandang aku bagaikan patung yang menjelikkan..
Hari ini aku rasa aku mahu mencekik setiap orang yang aku temui..
Hari ini aku rasa macam hendak menjerit sekuat yang boleh untuk melepaskan perasaan geram di hati ini..
Hari ini aku rasa seperti orang seperti mahu mencari gaduh dengan aku..
Hari ini aku rasa macam hendak menghilangkan diri dari tempat yang penuh dengan penyeksaan ini dan kembali semula setelah penyeksaan itu hilang..

Penat.
Aku penat melayan kerenah manusia yang pelbagai sehingga mendatangkan perasaan jelik dalam hati ini..
Aku penat melihat karenah manusia di sekeliling aku yang kadang-kadang membuatkan hati aku panas bila melihatnya..
Aku penat hendak menahan perasaan hati ini dari hendak melenting apabila orang cuba merendah2kan aku..
Aku penat hendak menghadapi ragam manusia yang seperti tiada rasional untuk berlagak macam itu..
Arghhh..memang aku penat dengan segala-galanya hari ini..
Tetapi aku sedar aku tidak sepatutnya berasa penat dengan segala yang berlaku dalam hidup ini..
Aku tahu setiap perkara yang datang itu adalah semata-mata untuk menguji ketahan mental dan kesabaran yang aku miliki..
Aku tahu bukan semua yang berlaku itu memenatkan tetapi bila hati sudah menetapkan ia membebankan maka hati aku pun akan berkata begitu..
Aku tahu tidak sepatutnya aku merungut dengan hidup aku ini tetap aku hanya lah manusia biasa
yang sentiasa rebah dalam menempuhi arus kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan ini..
Aku juga sedar sebagai hambaNya, aku tidak sepatutnya menyesali setiap apa yang datang dalam hidupku kerana ia bagai menunjukkan diri aku yang lemah dengan segala ujian yang diturunkan oleh Nya..

Sedih..
Ye..aku penat disebabkan akuu rasa sedih dengan apa yang aku alami hari ini..
Segala-galanya bagaikan ingin menguji kesabaran aku..
Ye..memang hari ini telahh berjaya menyaksikan aku menitiskan air mata kerana aku tidak mampu untuk menahannya daripada menitis..
Aku menangis sebab aku rasa segala2 agak membebankan buat aku hadapi nya keseorangan di tempat yang jauh dari keluarga ini..
Aku menangis kerana aku rasa amat terbeban dengan segala tekanan yang aku rasakan di saat ini..
Ya Allah, kadangkala aku sering berdoa jauh di sudut hatiku ini agar Kau menarik nyawaku secepat yang mungkin kerana aku rasa bagai tiada ertinya untuk aku  meneruskan kehidupan ini..
Ya Allah, sering juga aku berdoa agar Kau mencabut nyawaku ketika aku sedang tidur malam tadi atau ketika aku sedang belajar..
Mungkin doa ku agak mengarut dan bagai meminta untuk membunuh diri ku sendiri tetapi aku sedar dengan apa yang aku lakukan..
Aku takut aku lemah untuk terus bernafas dalam kehidupan Mu ini..
Kadangkala aku merasakan mungkin sampai disini sahaja tahap kesabaran dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan yang Kau turunkan..
Kadangkala terlintas di hati ini yang aku seorang hamba yang tidak layak untuk terus berada di bumi penuh khayalan ini...

Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu lemah ketika ini..hanya padaMu aku memohon kekuatan untuk meneruskan hidup ini.DaripadaMu jua aku memohon bimbinganMu dalam menunjukkan arah yang patut aku lalui..

Sick with this life

Sometime I feel that this live is not fair for me and not the suitable place to me..
Sometime I feel that I'm tired with all problems coming without stop to me
Sometime I feel like to kill myself and throw my body deep into the sea..
Sometime I feel like there's nothing that I can do in my life..
Sometime facing other people make me feel like to hit them with my fist because of their stupid faces..
Sometime I need to tell someone that how much I hate to live together with them even though they can see my smiling face everyday like I do not have any problem..
Sometime I need to hit myself with stick or thing that can release all my stress in this heart..
Sometime I wonder why people easy to trust other people just because they like them..
Argh..this live is so confusing , I'm sicks with it..live that full with pretending people..
Life that sometime give me big shock where I can't predict it to happen..

Just living in this kind of life sometime give me arghhhh........

Tuesday, January 17, 2012

Cinta lagi..

Cinta.
Ada apa dengan sebuah cinta?
Ada apa dengan lafaz yang dituturkan dalam percintaan?

Cinta..
Dalam cinta pasti ada lafaz aku cinta padamu..
Pasti ada lafaz I LOVE YOU forever sedangkan forever yang dimaksudkan hanyalah sekadar kata-kata kosong
Dalam cinta juga dilafazkan segala janji2 seperti aku akan sentiasa berada disisi mu sehingga akhir hayatku..
Hanya ajal yang mampu memisahkan cinta kita ..lafaz seperti ini lah yang selalu membuatkan hati seorang wanita cair sehingga mampu membutakan mata hati demi cinta yang tidak pasti sampai bila mampu bertahan..

Cinta..
Semua orang mampu bercinta..
Tidak kira usia , tanpa mengira bangsa atau pun jarak..
Semua orang mampu bertahan demi cinta tapi adakah cinta itu sudah memang ditakdirkan untuk pasangan itu..
Cinta kadangkala mampu membuatkan seorang insan lemah dalam segalanya kerana terlampau taksub dengan cinta yang tidak pasti ke mana penghujungnya..
Cinta bukanlah suatu mainan dalam kehidupan seseorang insan..
Sekali cinta datang ia akan terus tersemat di hati untuk selamanya..
Namun sekali ia pergi, selama nya cinta itu hilang tanpa ada penggantinya..

Cinta..
Bercinta memang mudah..
Setiap insan mampu bercinta tetapi adakah setiap mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pencinta?
Mampukah seorang pencinta mengotakan segala janji yang ditaburkan kepada pasangan nya?
Mampukan sang pencinta menyerahkan segala jiwa raganya hanya untuk menjaga hati dan perasaan pasangannya?

Cinta..
Bercinta memang indah..
Ketika bercinta segalanya bagaikan berada di syurga..
Ketika bercinta segala cabaran dan dugaan sanggup dihadapi bersama..
Ketika bercinta segala rintangan dan halangan mampu diatasi dengan yakin..
Tetapi mampukan ketika bercinta untuk menepis segala godaan daripada sang ketiga?

Cinta..
Bagiku cinta itu memang indah..
Setiap saat berada disampingnya walau tidak bertentang mata masih berhubung melalui telefon..
Setiap saat terasa diri bagai diberi perhatian seumpama puteri..
Sentiasa mengambil tahu perihal masing-masing..
Terasa kehilangan bertahun walaupun hanya terpisah sehari..

Tetapi sekali terpisah untuk selamanya akan meranalah hati dan perasaan yang ditinggalkan..
Bagiku cinta hanyalah suatu mainan dunia yang melalaikan individu bernama hamba Allah swt..
Bagiku cinta yang telus adalah cinta kepadaNya bukan cinta sesama insan..
Bagiku cinta dariNya adalah lebih baik dan mulia dari cinta seorang insan yang tidak kita pasti akan kejujuran hatinya..
Bagiku cinta sekadar ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang hamba Allah SWT..

Sekadar coretan ketika menanti mata untuk pejam ...:)

What is society means?

Society can be defined as a group of people living together in one place and they interacting each other.
They also share a same norm and value.

Why sociology cannot be consider as social science?
It is because sociology related to human being that involves changing of behavior but social science is something that we can make experiment and got the same result even we repeat doing the same experiment.


What is functionalist theory?
Functionalist theory is a group of people or society that share a same norms and value. They must follow the rule.


What is conflict theory?
Conflict theory is conflict that occurred in society. Not all people in a society will agree with the rule or the goal of the society. There must be some one that will not agree with the rule. That is what we call conflict theory.

Cuti Raya Cina

Cuti datang lagi setelah hampir dua minggu aku meneruskan pengajian di sini..
Dapat cuti memang seronok tetapi malangnya keseronokan itu hilang setelah aku tidak dapat membeli tiket untuk balik perak.. semuanya disebabkan terlambat beli tiket..
Cuti memang saat yang amat menyeronokkan jika berada di samping keluarga tetapi kali ini aku tidak tahu sama ada dapat balik rumah atau tidak..
Niat dihati hendak pulang tetapi apa kan daya tiket hendak pulang ke Kuantan pula tiada dah kehabisan stok..
Semakin hari semakin dekat cuti tapi kenapa hati ini rasa berat je
Mungkin ada sesuatu yang bakal menimpa diri aku ?
Mungkin ini merupakan perjalanan terakhirku di sini?
Fuh, aku memang suka mengarut yang bukan2 tetapi tak salah kan kalau aku hendak fikirkan segala kemungkinan yang pasti akan berlaku kepada diri aku cuma masa yang menentukan bila waktu itu akan datang..
Ini mungkin disebabkan perasaan aku yang sedih sebab tidak dapat balik rumah tuk raya cina nie..
Hahaha..layan sahaja la ..

Sunday, January 8, 2012

Andai nya aku seperti ........

Setiap hari aku mendongak ke langit
Menikmati keindahan alam ciptaanMu
Melihat awan putih berlalu sepi menuju ke mana angin menolaknya
Awan putih yang pergi memperlihatkan kebiruan langit luas
Warna biru langit yang hanya boleh di pandang dari jauh sedangkan tangan sesiapa pun tidak akan pernah sampai untuk mencapainya
Langit yg kosong itu aku lihat dengan penuh rasa takjub
Namun dalam melayan perasaan takjub ku,..
Tiba2 ku lihat sekumpulan burung terbang bebas di udara bagaikan menggamit aku mengikutinya
Ku bayangkan diriku sebagai burung yang terbang itu..
Pasti aku akn terbang melintasi lautan biru kehijauan di bawah sana..
Pasti aku juga akan terbang melintasi gunung2 serta bukit2 tinggi yang selama ini hanya mampu dipandang melalui gambar..

Fuh..penatla pulak rasanya terbang jauh sangat nie...hihihihi

Tata..:)

;(

Hari ini memang hari yang paling panjang sekali aku rasakan sekarang..
Hanya duduk di bilik sepanjang hari tanpa membuat apa-apa..
Entah kenapa untuk semster empat ni aku rasa macam taknak belajar dh..
Semuanya disebabkan pertukaran ahli class yang baru..
Aku tak tahu sama ada aku mampu untuk berkawan dengan mereka seperti budak class lama aku atau pun tidak..
Aku tak tahu sama ada aku dan yang lain dapat menerima satu sama lain atau pun tidak..
Semuanya salah fasi2 yang duk rebut class yang sama..
Korang kan dah pandai kenapa nak pilih class yang ktorg pilih jugak?
Selalu nya stiap sem korang pandai je duk pilih class depan2 tapi kenapa skrang nak undur ke belakang..

Aku pasti class semester ini takkan sama lagi dengan dulu..
Aku takkan dapat lagi mendengar suara -suara yang mendatangkan keceriaan dlam class aku lagi seperti sebelum nie..
Aku pasti aku akan berhadapan dengan keadaan yang sangat mencabar semester nie..
Aku tidak yakin sama ada aku mampu untuk mengekalkan result yang sama tuk semester nie tanpa diorang..

Tapi kalau aku mengeluh sekalipun keadaan tetap tidak akan berubah jugak.
So I just have to accept everything with my heart cause I know if I keep regret it, its mean I'm not grateful with what Allah Swt have planned for me..

Ya, Allah.. Hanya kepada Mu tempat aku memohon segala pertolongan..
Kau berikan lah kekuatan kepada ku serta rakan2 ku yang lain agar dapat menghabiskan semster ini dengan lancar.. amin..