Thursday, January 19, 2012

Renungkan lah..

Sesekali aku merenung ke hadapan..
Memikirkan apa yang akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang ini..
Adakah kita masih berkesempatan untuk menghirup udara dalam tempoh tersebut..
Ramai manusia suka mengandaikan bahawa hidup mereka masih panjang dan tidak akan mati dalam masa terdekat tetapi adakah mereka ini tahu kita tidak boleh menjangkakan tempoh hidup kita di muka bumi ini..
Ramai juga manusia yang masih terlampau yakin dengan segala apa yang mereka sangka benar dan tidak pernah memikirkan perkara yang tersirat ..
Memang tidak salah untuk kita terus berangan akan hidup lama di muka bumi ini tetapi kuasa Allah SWT tiada siapa yang tahu..
Kadang-kadang manusia selalu lupa hakikat yang sebenarnya mengenai kehidupan..
Manusia sering alpa akan kemewahan dan keseronokan yang mereka nikmati ketika ini..
Mereka lupa untuk melihat keadaan di sekeliling mereka..
Fakta yang semakin jelas dan tidak dapat disangkal lagi ..
Hutan-hutan semakin kurang, udara semakin tercemar dengan bahan-bahan kimia, paras air laut yang semakin meningkat, suhu bumi yang semakin panas dan lambakkan manusia melakukan maksiat..
Memang bagi manusia yang terlalu leka dengan duniawi akan menidakkan kenyataan ini sedangkan nampak dengan mata sendiri..

Aku merenung lagi ke hadapan..
Merenung ke arah suatu perjalanan yang tidak pasti jika aku dapat mencapainya
Merenung lagi ke jalan itu sambil kepala tidak berhenti-henti mengakui bahawa kenyataan hidup ini sudah sampai ke penghujungnya...
Memang berat untuk mengatakannya tetapi itulah hakikat dan realiti yang harus setiap manusia terima..
Kerana kenyataannya kita hanyalah manusia yang diciptakan untuk mengjadi penghuni sementara di bumi yang luas ini..
Kerana kita hanyalah manusia umat yang terpilih untuk berada di saat-saat terakhir ketika usia bumi capai ke penghujungnya..
Usahlah diusahakan mencari planet lain untuk dijadikan tempat tinggal jika memang sudah pasti apabila hari itu tiba..lari lah ke mana pun kita semua tetap akan sampai di sana..
Sampai di tempat yang memang telah diaturkan semenjak awal kita di lahirkan..

No comments:

Post a Comment