Mimpi..
Setiap orang pasti pernah bermimpi di dalam hidupnya..
Mimpi yang dikatakan hanya mainan tidur..
Tapi bila difikirkan kembali, setengah perkara yang kita mimpi adakalanya seakan pernah berlaku di dunia nyata..
Ada mimpi yang mampu membuatkan kita tersenyum ketika mata terpejam..
Namun ada juga waktu di mana mimpi yang menyebabkan kita menangis tanpa sedar..
Malam tadi, sebuah mimpi telah menjelma dan bermain dalam tidurku.
Mimpi yang amat menyedihkan , sebolehnya aku tidak mahu mempunyai mimpi sebegitu seumur hidupku..
Mimpi yang menyebabkan aku terjaga di keheningan pagi..
Mimpikan adik yang paling rapat denganku pergi meninggalkan aku untuk selamanya..
Kenapa aku perlu bermimpi sesuatu yang pasti aku tidak pernah impikan untuk berlaku dalam hidupku..
Jika benar mimpi itu akan jadi kenyataan, biarlah aku yang menjadi galang gantinya..
Biarlah aku yang pergi dahulu sebelumnya kerana aku tidak sanggup untuk menghadapi perpisahan lagi..
Hanya terkenangkan kematian sahaja hati ini pasti merasa resah dan sedih apatah lagi untuk mengalaminya dikalangan adik beradikku sendiri..
Kalau benar dia akan diambil nyawanya..
Aku mohon biarlah nyawaku yang diambil sebagai ganti kerana aku tidak mampu untuk meratapi pemergiannya..
Sungguh, aku tidak sanggup berpisah dengan mereka semua..
Cukup lah hanya berpisah di dunia yang nyata jangan perpisahan untuk selamanya itu..
No comments:
Post a Comment