Penat.
Hari ini aku rasa sungguh penat untuk meneruskan kehidupan...
Hari ini aku rasa bagaikan mahu menamatkan nyawa ku sendiri walaupun aku tahu berdosa jika aku lakukannya..
Hari ini entah kenapa aku rasa perasaan benci yang teramat sangat lahir dalam hati ini..
Hari ini kenapa aku rasa macam hendak kuncikan diri aku dalam bilik kosong dan pulaukan semua orang yang ada di sekeliling aku..
Hari ini kenapa aku rasa semua orang seperti memandang aku bagaikan patung yang menjelikkan..
Hari ini aku rasa aku mahu mencekik setiap orang yang aku temui..
Hari ini aku rasa macam hendak menjerit sekuat yang boleh untuk melepaskan perasaan geram di hati ini..
Hari ini aku rasa seperti orang seperti mahu mencari gaduh dengan aku..
Hari ini aku rasa macam hendak menghilangkan diri dari tempat yang penuh dengan penyeksaan ini dan kembali semula setelah penyeksaan itu hilang..
Penat.
Aku penat melayan kerenah manusia yang pelbagai sehingga mendatangkan perasaan jelik dalam hati ini..
Aku penat melihat karenah manusia di sekeliling aku yang kadang-kadang membuatkan hati aku panas bila melihatnya..
Aku penat hendak menahan perasaan hati ini dari hendak melenting apabila orang cuba merendah2kan aku..
Aku penat hendak menghadapi ragam manusia yang seperti tiada rasional untuk berlagak macam itu..
Arghhh..memang aku penat dengan segala-galanya hari ini..
Tetapi aku sedar aku tidak sepatutnya berasa penat dengan segala yang berlaku dalam hidup ini..
Aku tahu setiap perkara yang datang itu adalah semata-mata untuk menguji ketahan mental dan kesabaran yang aku miliki..
Aku tahu bukan semua yang berlaku itu memenatkan tetapi bila hati sudah menetapkan ia membebankan maka hati aku pun akan berkata begitu..
Aku tahu tidak sepatutnya aku merungut dengan hidup aku ini tetap aku hanya lah manusia biasa
yang sentiasa rebah dalam menempuhi arus kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan ini..
Aku juga sedar sebagai hambaNya, aku tidak sepatutnya menyesali setiap apa yang datang dalam hidupku kerana ia bagai menunjukkan diri aku yang lemah dengan segala ujian yang diturunkan oleh Nya..
Sedih..
Ye..aku penat disebabkan akuu rasa sedih dengan apa yang aku alami hari ini..
Segala-galanya bagaikan ingin menguji kesabaran aku..
Ye..memang hari ini telahh berjaya menyaksikan aku menitiskan air mata kerana aku tidak mampu untuk menahannya daripada menitis..
Aku menangis sebab aku rasa segala2 agak membebankan buat aku hadapi nya keseorangan di tempat yang jauh dari keluarga ini..
Aku menangis kerana aku rasa amat terbeban dengan segala tekanan yang aku rasakan di saat ini..
Ya Allah, kadangkala aku sering berdoa jauh di sudut hatiku ini agar Kau menarik nyawaku secepat yang mungkin kerana aku rasa bagai tiada ertinya untuk aku meneruskan kehidupan ini..
Ya Allah, sering juga aku berdoa agar Kau mencabut nyawaku ketika aku sedang tidur malam tadi atau ketika aku sedang belajar..
Mungkin doa ku agak mengarut dan bagai meminta untuk membunuh diri ku sendiri tetapi aku sedar dengan apa yang aku lakukan..
Aku takut aku lemah untuk terus bernafas dalam kehidupan Mu ini..
Kadangkala aku merasakan mungkin sampai disini sahaja tahap kesabaran dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan yang Kau turunkan..
Kadangkala terlintas di hati ini yang aku seorang hamba yang tidak layak untuk terus berada di bumi penuh khayalan ini...
Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu lemah ketika ini..hanya padaMu aku memohon kekuatan untuk meneruskan hidup ini.DaripadaMu jua aku memohon bimbinganMu dalam menunjukkan arah yang patut aku lalui..
No comments:
Post a Comment