Friday, January 27, 2012

Emmm (2)

Assalamualaikum ..

Hari sudah masuk minggu ke3 aku dekat kolej nie..
Dan hari ini juga aku rasa class untuk subjek Workplace Communication amat membosankan.
Maybe ramai yang tertanya kenapa class nie bosan sangat.
Kalau hendak tahu marilah belajar sekali dalam class ini..

Entah kenapa aku rasa macam tak yakin je hendak belajar semester 4 ni..
Tapi rasa x yakin mcm mane pun prasaan aku nie, aku kena teruskan jugak sebab banyak duit dh dihabiskan semata-mata untuk aku belaja dkt sini..lagipun semua ini untuk kebaikan aku jgk..untuk masa depan aku yang tidak diketahui cerah atau pun gelap..

Aku juga tidak tahu sama ada sempat ke aku untuk menghabiskan segala apa yang telah aku mulakan ini..
Bukan disebabkan rasa tidak yakin tetapi takut umur tidak panjang untuk meneruskan perjuangan ini..
Tengok keadaan dunia sekarang yang penuh dosa, maksiat , homoseksual berlaku di mana-mana sahaja..
 Kejadian ribut, tanah runtuh and banjir sering berlaku kebelakangan nie malah semakin kerap..

 Adakah aku masih sempat untuk menamatkan pengajian aku kalau secara tiba2 Allah SWT menurunkan bala untuk mereka yang melakukan semua dosa ini....
aku just mampu berdoa semoga Allah masih memberikan aku peluang untuk mencapai apa yang telah dirancang tapi aku juga tahu tidak semua yang kita rancang akan berjaya kerana yang menentukan adalah Allah SWT..

eMMM, apa lah yang aku mengarut ni..mcm nak mati cepat je dr ayat yang aku tulis tp tak salah kut..
Semakin lama kita hidup dkt bumi nie semakin byk dosa yang kita kumpul..mungkin kita tidak berniat untuk melakukannya tetapi kita xkan sedar bila kita melakukan dosa itu..

Minta2 dijauhkan lah..amin..
That's all for tonight.. hope all of the readers live in peace and make sure don't fill your life with dosa...
Always remember that..:)

No comments:

Post a Comment