Cuti datang lagi setelah hampir dua minggu aku meneruskan pengajian di sini..
Dapat cuti memang seronok tetapi malangnya keseronokan itu hilang setelah aku tidak dapat membeli tiket untuk balik perak.. semuanya disebabkan terlambat beli tiket..
Cuti memang saat yang amat menyeronokkan jika berada di samping keluarga tetapi kali ini aku tidak tahu sama ada dapat balik rumah atau tidak..
Niat dihati hendak pulang tetapi apa kan daya tiket hendak pulang ke Kuantan pula tiada dah kehabisan stok..
Semakin hari semakin dekat cuti tapi kenapa hati ini rasa berat je
Mungkin ada sesuatu yang bakal menimpa diri aku ?
Mungkin ini merupakan perjalanan terakhirku di sini?
Fuh, aku memang suka mengarut yang bukan2 tetapi tak salah kan kalau aku hendak fikirkan segala kemungkinan yang pasti akan berlaku kepada diri aku cuma masa yang menentukan bila waktu itu akan datang..
Ini mungkin disebabkan perasaan aku yang sedih sebab tidak dapat balik rumah tuk raya cina nie..
Hahaha..layan sahaja la ..
No comments:
Post a Comment