Cinta.
Ada apa dengan sebuah cinta?
Ada apa dengan lafaz yang dituturkan dalam percintaan?
Cinta..
Dalam cinta pasti ada lafaz aku cinta padamu..
Pasti ada lafaz I LOVE YOU forever sedangkan forever yang dimaksudkan hanyalah sekadar kata-kata kosong
Dalam cinta juga dilafazkan segala janji2 seperti aku akan sentiasa berada disisi mu sehingga akhir hayatku..
Hanya ajal yang mampu memisahkan cinta kita ..lafaz seperti ini lah yang selalu membuatkan hati seorang wanita cair sehingga mampu membutakan mata hati demi cinta yang tidak pasti sampai bila mampu bertahan..
Cinta..
Semua orang mampu bercinta..
Tidak kira usia , tanpa mengira bangsa atau pun jarak..
Semua orang mampu bertahan demi cinta tapi adakah cinta itu sudah memang ditakdirkan untuk pasangan itu..
Cinta kadangkala mampu membuatkan seorang insan lemah dalam segalanya kerana terlampau taksub dengan cinta yang tidak pasti ke mana penghujungnya..
Cinta bukanlah suatu mainan dalam kehidupan seseorang insan..
Sekali cinta datang ia akan terus tersemat di hati untuk selamanya..
Namun sekali ia pergi, selama nya cinta itu hilang tanpa ada penggantinya..
Cinta..
Bercinta memang mudah..
Setiap insan mampu bercinta tetapi adakah setiap mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pencinta?
Mampukah seorang pencinta mengotakan segala janji yang ditaburkan kepada pasangan nya?
Mampukan sang pencinta menyerahkan segala jiwa raganya hanya untuk menjaga hati dan perasaan pasangannya?
Cinta..
Bercinta memang indah..
Ketika bercinta segalanya bagaikan berada di syurga..
Ketika bercinta segala cabaran dan dugaan sanggup dihadapi bersama..
Ketika bercinta segala rintangan dan halangan mampu diatasi dengan yakin..
Tetapi mampukan ketika bercinta untuk menepis segala godaan daripada sang ketiga?
Cinta..
Bagiku cinta itu memang indah..
Setiap saat berada disampingnya walau tidak bertentang mata masih berhubung melalui telefon..
Setiap saat terasa diri bagai diberi perhatian seumpama puteri..
Sentiasa mengambil tahu perihal masing-masing..
Terasa kehilangan bertahun walaupun hanya terpisah sehari..
Tetapi sekali terpisah untuk selamanya akan meranalah hati dan perasaan yang ditinggalkan..
Bagiku cinta hanyalah suatu mainan dunia yang melalaikan individu bernama hamba Allah swt..
Bagiku cinta yang telus adalah cinta kepadaNya bukan cinta sesama insan..
Bagiku cinta dariNya adalah lebih baik dan mulia dari cinta seorang insan yang tidak kita pasti akan kejujuran hatinya..
Bagiku cinta sekadar ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang hamba Allah SWT..
Sekadar coretan ketika menanti mata untuk pejam ...:)
No comments:
Post a Comment