Saturday, December 31, 2011

Happy New Year Everyone

Hai semua ops..Assalamualaikum..:)

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2011..
Macam2 perkara yang berlaku dalam tempoh setahun nie..
Ada suka dan ada juga duka yang menghiasi hidup2 ini..
Buat aku ...

Tahun 2011  aku menerima seorang anak saudara...
Comey sangat...
Tahun nie jugak aku berjaya menempuh 2 semester yg penuh dengan pelbagai dugaan..
 Tahun nie jugak buat pertama kali aku mendapat result for sem3 yg terbaik yang membolehkan aku naik pentas for semester 4..
Tahun nie juga aku masih lagi seorang gadis single ..

Azam Tahun 2012?
Bagi aku tiada guna nya menanam azam setiap tahun kalau tiada niat di hati untuk melaksanakannya..
Bagi aku, azam itu cuma satu kata2 kosong yg setiap orang ucapkan untuk suka2 ikut trend semasa..
Bagi aku azam itu hanyalah angan-angan seorang manusia yg suka berkhayal..

So pada pendapat aku, aku tiada azam untuk dinyatakan disini untuk tahun 2012
cuma harapan aku untuk lebih berjaya dalam pelajaran dan semoga setiap insan dalam hidup aku hidup bahagia...

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..dengan tahun baru penuhi hari2 baru anda semua dengan niat hidup menuju kejayaan serta niat mencapai keredhaanNya..amin..

:))    Sekian..

Tuesday, October 18, 2011

Short story - Yess Boss

Arana look herself in front of the mirror, “Ah, why I have to work there.  I don’t want to work as secretary. I’m not qualified to work there but why that company still accept my interview?”
Although Arana is still doubt as to work as a secretary in the company, at the insistence of her aunt, she had to walk to start her first day as a career women after almost one years as unemployment person.
Upon arrival at the reception, Arana was taken by Halimah leading to a room where the Director of the company seat. She has been introduce to all the staff at the department but what she don’t know is she will not be a secretary for the director but her work there as a secretary of her Director’s son named Danniel Akif.
At the moment she was introduced as the new secretary for the young master in the company, Arana can felt her boss views are not pleased with her appearance wearing baju kurung. Arana don’t care about her boss that might be don’t like her way of dresses , what she know she was there to work and as long as she doing her work, her boss don’t have any right to critic about her.
On the second day of work, Arana has clashed with her boss in the elevator while arrive in the office at the morning. Danniel just stare at her without say anything. Arana can feel something weird about her boss reaction that still keep quiet from the first day they meet until now. Arana tried to ask the other staff about the boss, but they all just keep quiet cause her getting more curious with the situation.
She keeps asking herself what it is all about. Why all the people in this company like to hide something from her especially about her boss. Until this moment, her boss never gives her any instruction or order to do anything. Arana increasingly felt like there was something mysterious about the company where she worked but she did not know what the mystery.
Although she just had worked for two days, Arana felt too burden with the situation. When she came home that day, she related the matter to her aunt but the aunt only laughed at her and said perhaps she was just feeling alone because she still new there.

“Arana, you should give some space for yourself to adapt with your new job and make new friends there. I know maybe you still not used to work after almost one year you didn’t work but believe me, after few weeks or maybe months; it will be okay with you. Don’t think too much my dear”, said Arana’s aunt.
Arana just agreed with her aunt advice. Maybe she still shocked when suddenly she had to work after a long rest. “I should agree with aunt, maybe I should not think fishy about others, I have to think positive. I don’t want to just seat at home doing nothing, I must patience,” Arana talked to herself.
Third day, Arana arrive at the office as usual and just go to her room next her boss room. She starts doing her job even though she doesn’t have any work or task given by her boss. While Arana had focus with her work, without she realizes, there have a pair of eyes are watching all her acts. Yes, a pair of points that belongs to the boss, Danniel with the hatred view. 
Arana who doesn’t care about what happens surrounding her just keep doing her work and the boss still watching her with full attention. From Danniel’s face, there are like a hidden an agenda that he wants to do with Arana but what, only he knows.
Sharp at five o’clock that afternoon, while Arana is waiting for the bus to go home, suddenly his boss came by car and invited to send her home. Arana without any doubt just agree without considering the consequences of her acts. Maybe Arana felt that her boss wanted to apologize for his attitude over this time that does not care about Arana. On her way go home, Arana keep smiling because she knew that all this time she had made a wrong thought about her boss.
But in Danniel’s mind, he had other agenda why he invited Arana ride his car. Danniel drive to an area away from the public that totally opposite from the way to get to the Arana home. Arana still in her world and not realize where her boss wants to take her and........
 The next day, Harian Metro reported that a man aged twenty-eight years old have been found dead in the hills near the highway in a reign of terror. Victim named Danniel was found with stab wounds of twenty stabs and the police are still trying to find the weapon used as a tool for this horrific murder.

Arana’s aunt could just shake her head when reading the news on that morning. She was able to predict this would happen. She knew all the history of the Arana who’s too obsessed with every boss in her workplaces before this. Because of her illness, she did not let Arana to work and within one year ago, she was trying to cure Arana but there still no avail. “Oh Arana, where are you right now dear? Please come home...”
At the same time in other place, Arana was laughed showing her happiness of her success killed her boss. She has wait for the moment for a long time ago. “I love you so much Danniel. I have to kill you, if I can’t have you, no one else also can’t get you. You are the only man for me.” Arana talked to herself. She continued to laugh alone in the old hut................

This is my second final assignment for subject Understanding Short Stories where I have to create my own short story.. I hope you all enjoy read this story..
Peace.....:)

Thursday, September 22, 2011

Hari ini aku nak melepaskan perasaan tidak puas hati dan segala  macam perasaan yang aku pendam..
Rasa macam nak meletup hati nie , semua kerja aku buat sorang..
Dia boleh duduk dari pagi sampai petang, setiap masa yang ada duk hadap korea je..aku pun minat jugak korea tapi xde la sampai lupa semuanya..kerja satu pun tak buat..bila dah dekat sampai hari kena submit assigment pun aku jugak yang buat semuanya..ishhh.....geramnya..nak ditegur rasanya bakal meletus perang dunia ke 3 pulak nanti..
 Sudahla jenis susah nak ditegur,aku yang tua nie pun tak berani nak tegur..
aduh..susahnya hidup macam nie...kenapa la waktu semester yang susah macam nie aku kena hadapi semua nie..
 memang cubaan.. nasib baik la aku jenis diam..aku buat bodoh je..pasang headphone dekat telinga pasang volume kuat2..dengan cara nie saja aku dapat mengurangkan sedikit rasa sakit dekat hati nie..
Ya Allah, tolong lah hambamu yang teramat lemah nie..
 Kau berilah petunjuk dekat dia agar jangan terlalu leka melayan keseronokan yang sementara tu sampai mengabaikan kerja ..

Argghhhhh...aku runsing dan teramat sakit hati..

Kalau satu semester aku kena macam nie..insyaallah ziarahlah pusara aku nanti dekat kampung..
terlampau stress sampai boleh mengundang segala penyakit yang boleh membawa maut..
HAH...Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi semua nie..hanya tinggal sebulan lebih je untuk aku berada di dalam situasi yang amat menyedihkan nie..
Tolong...aku tak tahu dekat siapa lagi aku nak mengadu ...nak luah dekat rakan sebilik, nanti diorang bawa mulut pulak...so its better for me to luahkan dekat sini je...skurang2 nya tiada siapa pun dari rakan2 kolej kpm aku baca apa yang aku tulis nie...

Mak ayah..tolong....kakak menderita hidup dekat sini..penuh dengan orang yang suka berpura-pura..
Mak ayah..berikan kakak semangat bagi menghadapi semua nie..lagi lama kakak duduk dekat kolej nie
 semakin banyak penyakit jiwa yang datang.. sekarang ni je pun dah rasa sakit2 perut..bila tarik nafas dah terasa sakit dekat hati nie...mungkin dah tak lama kut aku hidup dekat dunia nie...

Ya Allah...berikan lah aku ketabahan dan kekuatan untuk terus bersabar hidup sebagai pelajar dekat kolej nie..amin......huhuhuhuhuhuhuhuhu...........................

Tuesday, September 20, 2011

Life i s so complicated

Life is not easy for me to live in it..
Life is always leave me without any guidence
Life sometime is so complicated to be understand by person like me that live in her own world..
Life..
What is all about life?
What is the importance of life that we need to care?
But one thing for sure about my life is...
There are full with people that like to pretend when they with me..
There will always full with lies..
 Everywhere and every second in my life, there will not complete without these two characters ..

Tuesday, August 23, 2011

Emmmmmm

Sesi luahan perasaan bermula lagi pada malam ini..

Kenapa hati aku cepat terusik kalau orang tidak mahu mengendahkan aku?
Kenapa aku suka sangat naik darah atau hangin kalau ada saja orang yang membantah cakap aku?
Kenapa setiap kali aku mengucapkan sesuatu aku akan berfikir lama untuk meluahkannya?

Kenapa malam ini aku rasa hati aku terasa sayu dan sunyi walaupun aku dikelilingi ramai orang?
Kenapa semakin lama semakin aku rasa diri aku dipinggirkan ?
Kenapa semakin hampir untuk aku menikmati kegembiraan semuanya tiba-tiba hilang menjauh dariku?
Kenapa bila aku teringatkan kenangan aku sewaktu kecil tiada satu pun yang datang terimbas di fikiranku?

Kenapalah aku masih sabar untuk terus berada di sini walaupun di dalam hati aku sudah tiada di sini?
Kenapa aku terbayangkan sesuatu yang mustahil untuk aku miliki sepanjang hayatku ini?
Kenapa setiap kali aku pejam mata terlayar wajah2 insan yang aku rindu?

Kenapa aku perlu mengucapkan segala-galanya di sini?
Kenapa setiap ayatku bermula dengan kenapa?
Kenapa tiada sesiapa yang sudi memberikan jawapan kepada semua persoalan yang ku utarakan di atas ini?


Kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa...kenapa..????

Kenapa kerana aku ingin berkongsi apa yang ku rasakan sekarang ini..
Kerana aku berasakan segala kepedihan dan kesedihan ini perlu ku kongsikan supaya aku tidak memikul beban menanggungnya seorang diri..
Kerana seperti orang kata sharing is caring..
Jadi gunakan lah sharing is caring ini dalam menyelesaikan segala masalah yang anda miliki..:)

Sekian.....

Thursday, August 18, 2011

Kelahiran ..


Pada pukul 9.30 malam sebentar tadi
Satu berita gembira telah sampai ke telinga ini.
Yong ku telah selamat melahirkan anak sulungnya pada ramadhan yang 18..
Alhamdulillah semua nya selamat..
Happy nya rasa nie dapat anak saudara..
Jadi tak sabar pulak nak balik...warrggghhhh..nak balik...
Tak sabar tengok muka baby , mesti comey kan..nama pun baby..hehehe
Kalau lah dia dilahirkan pada satu syawal boleh lah sambut harijadi sama-sama dengan emak saudara dia yang bongsu tu..mesti best suasananya nanti..

Itu sahaja celoteh saya pada malam nie..
Tak boleh tulis panjang2..happy nie..hihihi
 TATATATTA..

Monday, August 15, 2011

Victoria and her kimono

What are some themes that can be identified from the short story Victoria and Her Kimono? Do you think the themes have something to do with your personally.
The themes that can be identified from the short story ‘Victoria and Her Kimono’ is about culture. In the story Victoria love her culture and proud to be Indian people. She always protect her own culture when Ramanan always arguing about that. She also loves Tamil film. However, Ramanan also an Indian people but he always proud to be western. In addition, he also so obsessive with Queen Victoria and he called his wife Victoria even though people called Vickneswari as Vicki for short. Besides, Ramanan also eat using spoon and fork even though everyone eats using their hand. This shows that Ramanan is too proud of other culture rather than his own culture.
Love to family is also the theme in this short story. Loving to family can see in this short story towards Victoria because she loves her family. Victoria takes care of her children and also be a good mother. She also never disregard of her children. Victoria will bring her children to watch the movie together and do not let her children alone. Victoria also loves her husband even though her husband was not appreciating her. She was safe her husband from Japanese military when they are looking for her husband because her husband teach English. She told the Japanese military that her husband not at home. Even though her husband is hot tempered but she just be patient with her husband.
The other themes in this story are westernizing. In this story Ramanan choose to be westernization and also didn’t like Indian people even though he is also an Indian people. Ramanan didn’t like watch Tamil movie but his wife love to watch tamil movie. The way of his life is also more to westernization rather than Indian. He is teaching English and also can speak English fluently. The way he eat also different with his wife which is he eat using spoon and fork. He also too obsess with Queen of British who is Queen Victoria but didn’t proud of his own. Ramanan is different with her wife which is more to Indian.
I think these themes have something to do with my personally. Malaysian is a multi racial country and has different kind of people. Even though Malaysia has different races and culture but I’m so proud to be as a Malaysian and never be apart of others culture. We don’t have to be westernized but just be our own because we are the one who can develop our culture. I also love my family because are important people towards me. They are always be my side rather other people. We must love our family because they are apart of us and whose are close to us. 

by eidaspace.blogspot.com
( hak milik orang lain...baru senang nak paham jalan cerita short story nie..panjang bebenor)

Road Home (movie)

Pada pukul 8 pagi tadi bertempat di perpustakaan KPMIM,
Class 3B telah menonton sebuah movie yang sangat menyentuh perasaan..
Antara pelajar yang berada di dalam class 3B itu adalah aku..hihhii

Road Home..
Sebuah cerita berkisarkan tentang harapan seorang gadis menanti kepulangan kepulangan pujaan hatinya..
Mula-mula tengok macam rasa bosan je sebab cerita nya terlalu slow and dimulakan dengn kisah seorang emak yang meratapi kematian suaminya,,

Tapi bila si emak mula flashback detik pertemuan pertama dan perjalanan cinta mereka..cerita dah nampak semakin menarik..
Mungkin kawan-kawan yang lain cerita Road Home nie boring tetapi disebalik jalan cerita yang dipaparkan..
Ada maksud tersirat yang disampaikan kepada penonton..

Melihat bagaimana seorang gadis yang naif begitu tekad untuk memikat hati seorang lelaki yang menjadi pujaannya ...
Melihat bagaimana tingginya harapannya untuk menanti kepulangan lelaki itu kembali mengajar di kampung..
Sanggup berdiri di dalam ribut salji tanpa menghiraukan kesihatan diri..
Akhirnya mereka tetap bersama setelah berbagai halangan yang datang menguji hubungan mereka..

Cerita ini juga memaparkan budaya masyarakat Cina mengenai adat dalam menguruskan kematian..
Mengusung keranda dari bandar sehingga ke kampung dengan hanya berjalan kaki..
Bila difikirkan kembali betapa uniknya setiap budaya dan adat yang ada di dunia nie mengikut kaum..

Kesimpulannya cerita ni best la walaupun ramai yang tido waktu menonton nya tadi..
Next Monday tengok movie lagi..
Kan best kalau setiap class tayang movie je..baru hilang stress ..huhuhu

 Itu sahaja diari pada hari ini...OPS, sebelum mengundurkan diri..


Menu untuk berbuka puasa pada hari ini ialah nasi lemak n spageti...sedap tak?

Nak taw sedap ke tak kena tunggu pukul 7.20 nantilah.. :)

 Ok lah....ASsalamualaikum and selamat berbuka puasa semua muslimin dan muslimat di dunia..:)

Sunday, August 14, 2011

Aku...

Aku masih dalam dilema memikirkan apa yang akan berlaku pada pagi nanti di class..
Hopely I can through it dengan penuh semangat dan kental menghadapi segala perkara nanti..
Mintak2 la class batal esok sebab lecturer kena teman family pergi shopping tuk raya..hihihii

Ok lah..tata..mata nie tak boleh nak pejam pulak sebab banyak sangat fikir..
Selamat malam buat kali kedua ku ucapkan kepada sapa2 je yang baca blog nie ..
Mungkin korang terbaca blog nie pada waktu siang nanti tapi tetap masih belum terlambat tuk aku mengucapkan selamat malam kan....hehehehe
 

 Bubye.....Assalamualaikum...live in peace no war..keep smiling for your healthy..:) :) :) ;) :)

Pening kepala..

Hai...

Topik pada hari ini ialah saya tengah pening kepala nak cari tajuk yang sesuai untuk public speaking..
Dah berhari-hari memikirkan tajuk yang sesuai, sudah segala ceruk inci celah dh diselongkar kt google nie tapi aku tetap tak tahu nak buat tajuk apa...

Kenapalah wujud subject nie dekat kolej?
Aku ni sudahlah jenis tak berapa nak bercakap banyak , apatah lagi nak kena bagi speech pulak~~
Aduh..anyone please give me ideas what topic i should use for my speech?
I really lack of idea right now because my minds is not in this college anymore..

Dalam kepala nie dah terbayang tarikh 26 haribulan 8 hari kepulangan aku ke kampung..
Sudah terbayang dekat fikiran nie menu utama untuk hari pertama aku berbuka puasa dekat rumah..
Tak terkeluar langsung tajuk tuk public speaking nie...waaaargghhhhhhhhhh

 Otokee...what should I do?
 Sekarang ada topic tapi mcm mane pulak nak dikembangkan isinya...
 Dahla kena sediakan setiap topic tiga reason yang concrete giler..

 Kalaulah dia suruh aku bagi speech pasal tiga sebab utama anda mahu balik rumah..konfem dengan jayanya aku mampu melakukannya...

 Huhuhuhu..sesungguhnya inilah dugaan yang perlu aku hadapi sebagai pelajar Decom..
 Tu la pasal pilih lagi course nie sapa suruh..
 Tapi takpe lah..semua nie untuk kebaikan diri aku juga...
 Ok lah..cukuplah kut tuk malam nie aku merapu..
 Memang tengah blur yang amat sangat nie..
 Nak tido la...release tension sambil layan Beast..hihihihihihi

 Goodnite semua...wish you all have a nice sleep and dreams tonight..
 Assalamualaikum..

Saturday, August 13, 2011

Wasiat terakhir

Wasiat terakhir dariku ,

Seandainya aku ditakdirkan hidup untuk malam ini sahaja..
Sampaikanlah salamku kepada ahli keluargaku yang berada jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati..
Sampaikan salamku jua kepada sahabat handai ku yang berada di merata tempat di bumi ini..

Seandainya sudah sampai masa untuk aku berada di dunia ini,
Ampuni lah segala dosa, kesilapan dan kekhilafan yang telah ku lakukan kepada kamu semua..
Ampunilah jua segala keterlanjuran dan kelancangan mulutku bertutur terhadap kamu semua..
Halalkan lah segala makan minumku yang telah aku perolehi dari kamu semua..

Seandainya memang telah pasti waktuku hanya sampai di sini sahaja..
Sedekahkan lah segala barang milikku kepada mereka yang berhak memilikinya..
Kembalikanlah segala benda yang ada pada ku selama ini kepada pemilik yang selayaknya...

Seandainya malam ini malam terakhirku..
Bawa lah jasadku yang sudah kaku ini ke rumah ku di sana..
Kebumikanlah jasadku ini di samping pusara kedua ibu bapa ku ditempatkan..
Siramilah jasadku dengan ayat-ayat suci al- Quran buat penenang roh ku di bawah sana..
Ziarahilah pusaraku di waktu kamu semua memiliki kelapangan waktu..

Seandainya saat ini saat terakhir buatku untuk melihat cahaya,
Selimutkanlah aku dengan sehelai kain putih suci menutupi seluruh tubuhku..
Perdengarkanlah aku dengan bacaan suci al-Quran sebelum aku diturunkan di liang lahad...

Seandainya nafas yang ku tarik ini nafasku yang terakhir,
Bagilah kesempatan kepadaku untuk menatap wajah-wajah ahli keluargaku buat kali terakhir,
Berikanlah kesempatan kepadaku untuk memohon maaf menyusun sepuluh jari mengucapkan terima kasih kepada nenek dan keluarga kerana telah bersusah payah memeliharaku sehingga ke saat ini..
Tiada apa yang dapat menenangkan hatiku ini sekiranya aku sempat untuk memohon maaf dari mereka..

Seandainya aku memang tiada waktu lagi untuk mencelikkan mataku ini,
Bantulah aku untuk memohon kepada yang Maha Esa supaya aku dijauhkan dari pintu api neraka..
Bantulah aku untuk memohon kesejahteraan buat ahli keluargaku, rakan-rakanku serta semua sedara seagama denganku ..
Biarlah pemergianku disusuli dengan kebahagiaan insan lain..

Seandainya aku terpaksa menghembuskan nafas terakhirku di saat ini,
Berilah peluang kepadaku untuk mengucapkan syukur kepadaNya kerana telah memberikan aku peluang untuk hidup selama ini di samping insan-insan yang menyayangi diriku..
Sesungguhnya tiada apa lagi yang akan ku kesali untuk meninggalkan dunia ini sekiranya segala impianku di atas dilaksanakan..

Selamat Tinggal Dunia, Sesungguhnya dariNya aku datang kepadaNya jugalah aku kembali..
Assalamualaikum..............................................................................................

Puisi buatmu ayah dan ibu.....

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

puisi di ambil dari islamdigest.blogspot.com

Rindu..

Perasaan rindu yang teramat sangat hadir dalam hati ini bila secara tidak sengaja terbaca sebuah article mengenai kasih sayang seorang ibu dan bapa terhadap anaknya yang sedang menunggu waktu untuk pergi ke alam lain..


Perasaan rindu ini semakin ketara apabila tanpa aku sedari setitik demi sedetik air mata ku mengalir kerana tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan.. 

Alangkah indahnya kalau aku masih mempunyai seorang ayah dan ibu ketika ini, pasti mereka juga akan melayan dan mencurahkan sepenuh perhatian serta kasih sayang mereka kepada aku ketika menghadapi masalah di dalam kehidupan ini..


Hanya tinggal beberapa minggu sahaja untuk aku menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping keluargaku tetapi meskipun mereka sentiasa ada di samping aku, aku tetap akan merasakan kesunyian itu kekosongan di hati menantikan kehadiran kedua ibu bapa ku untuk datang memeluk aku di pagi raya..


Aku juga mahu menyalami , mencium tangan mereka seperti mana sebuah keluarga yang lengkap biasa lakukan di pagi raya..saling bermaafan atas kesalahan yang dilakukan...aku mahu dahiku dikucup penuh kasih oleh ibu bapaku sebagai tanda mereka memaafkan segala kesilapan yang aku telah lakukan kepada mereka..

Ayah Emak..


Sekali lagi pada pagi raya yang akan datang ini kami tidak dapat menyalami tanganmu...
Sekali lagi kami akan merasa kehilangan apabila melihat anak-anak orang lain menyalami tangan kedua ibu bapa mereka sedangkan kami hanya mampu melihat semua itu..
Sudah 12 tahun pemergianmu , sudah 12 tahun di pagi raya kami mengingati diri mu..
Sekalipun kami tidak akan pernah menyesal akan kepemergianmu yang terlalu cepat bagi kami..
Kami tahu sudah sampai masanya untuk kami belajar hidup tanpa kasih sayangmu, tanpa pengawasan darimu..


Ayah Emak..
Pada raya Aidilfitri tahun ini, ayah dan emak akan mendapat seorang cucu..
Alangkah indahnya jika ayah dan emak masih ada untuk sama-sama meraikan kehadiran orang baru di dalam keluarga kita..kehadiran cucu tunggal mu..

Ayah Emak..
Doakan kami supaya hidup kami sentiasa berada di landasan yang betul...Bantulah kami untuk menjadi anak-anak yang soleh untuk kesejahteraanmu di sana.
Walaupun ayah dan emak sudah tiada lagi di sisi kami tapi kami tahu bahawa ayah dan emak sentiasa memerhatikan kami ..


Ayah Emak..
Ampunilah dosa kami adik beradik sekiranya kami masih menyusahkan kehidupanmu di alam sana..
Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang anak yang soleh untukmu..


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ayah , emak..
Kalian akan sentiasa berada di dalam hati ini terutamanya di hati kakak..
Kakak rindu yang teramat sangat dekat ayah dengan emak...
Sampai bila-bila pun kakak tidak akan pernah melupakan ayah emak..


EMMMm, baru tulis macam ni je dh nak mengalir air mata..kakak nie memang suka menangis kan mak ? ayah?
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kakak waktu tulis blog nie....
Semoga emak dan ayah bahagia di sana..
Kakak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan emak dan ayah...:)

Tuesday, June 28, 2011

???????

 Time is over for me to stay more longer in my hometown...
 I hope the time will stop and always be with me ..
 I really don't want to go back there..
 There just have a lot of people that like to gossip about other people..
 Why I have to go back there?
 Please someone help me..
 I was so happy being with my family right now..
 By go back to the place, it will just ruin everything that I have in my hands..
 How I want to overcome this problem?
 If I have power, I want to stop the time and just stay in here without any worries ..
 If I have............

 Ya Allah, I really need Your Guide to live in this difficult world..
 Just You can help me in way to face all this unhappy situation...

Wednesday, May 4, 2011

Jadual Final Examku Yang Menyakitkan hati....

Assalamualaikum...

 Mesti ramai yang tertanya2 kan kenapa la jadual final aku macam tu..
 WEll, memang jadual final kali ini terlampau best ..final paper ade 4 je start dari 3/5 tapi habis 19/5...
 Pelikkan...kenapa kalau kena jawab 4 paper je sampai kena duduk berminggu2 dekat kolej macam ambik berbelas2 paper...
 Aku sendiri pun pelik tapi mungkin kerana bilangan batch sem kitorg terlampau ramai menyebabkan pihak kolej agak sukar untuk menyusun jadual untuk kami semua..

 First paper ialah semalam iaitu bersamaan dengan 3 May 2011 subjek Pengajian Malaysia..
 Second paper pulak 6 May 2011 subjek English In Media...satu apa pun aku tak study lagi nie,,
 Third paper 9 May 2011 subjek Biscom or Interpersonal Communication...takpe..subjek nie hari sabtu kut baru aku study...hihii
  And last paper 19 May 2011 subjek Academic Reading And Writing 2...KILLER PAPER

 Paper yang last nie la yang buat ktorg geram...kenapa la perlu nak buat sampai 10 hari jaraknya..
 Kolej nie memang sayang kut nak lepaskan ktorg awal2 balik kampung..
 Maklumlah kami semua student kesayangan kolej nie..aish...
 Ramai member aku yang balik sepuluh hari ini..
 Tapi yang malangnya aku telah mengambil keputusan untuk tidak balik kerana memikirkan duit yang akan terbazir semata2 nak datang balik untuk ambil paper yang terakhir..
 Memang tak berbaloi...

 Tapi aku rasa jeles juga sebab member lain balik, aku pun nak balik jugak tapi takpe lah..
 Aku dengan member yang tak balik ade plan baik nak buat waktu 10 hari itu..
 Plan ape?
 Ala..Korang semua tak payah lah tahu...
 TAPI kalau nak tahu jugak meh datang join aku dekat sini...hihihihihi

 Ahhhh....memang serius boring nanti duk kt asrama dalam tempoh yang agak lama tu..
 Nak tengok movie macam tak best je...
 Nak main game pulak semua game dekat dalam laptop nie aku dh main..
 Nak studY? HAHAHAHA..mungkin tak study kut sebab taktaw la nak study apa tuk subjek nie..

 Aduh...pening kepala aku memikirkan perkara ini...
 Sesiapa yang mempunyai sebarang idea yang bernas boleh menghantar idea anda itu di ruangan komen atau pun hantarla pakai apa pun janji sampai ke saya ye...:P
 
 Kepala tengah pening nie...nak study dari td x masuk2...sok je la study...
 Malam nie aku nak memenuhkan kepalaku dengan apa yang patut..
 Yang pasti perkara yang berfaedah la...
 Okay lah..

 tATATATATATATTA....See u all later....:)
 
 Please don't miss me okay..

Monday, April 18, 2011

dArurat...

                                             * NAK BALIK RUMAH *
  
 waaaaa...someone please take me home...kenapa la nak dekat final nie mcm2 pulak yg jadi..
 Air dari semalam sampai sekarang still takde lagi..
 Nasib baiklah class cancel , itu pun mcm xnak bg cancel je pg tadi...
 Kenapa lah diorg x bagi je ktorang balik rumah masing2..ahad nnti dtg balik..
 Wah, kan bagus kalau mcm tu...tenang sikit hati ni n semestinya kepala pun tak pening sebab tak mandi2 dari semalam..
 Macam mane lah aku nak mengharungi lagi hari tanpa air ini kalau masalah ini berterusan lagi untuk beberapa hari akan datang...
 Ya Allah , jika ini adalah sebahagian dari ujian yang diturunkan kepada ku..aku sanggup untuk menempuhinya...
 Tapi jika boleh aku mohon kepadaMu, Engkau turunkanlah kembali air kepada kami semua..
 Sesungguhnya kami semua sudah tahu betapa susahnya hidup tanpa air ini..

 ....Kalaulah rumah aku dekat sebelah kolej nie je kan best..boleh berendam lama2 kt bilik air sampai badan   naik biru...tiap2 hari ulang-alik je ke kolej dari rumah..
 
 Memang tidak dinafikan tiada tempat yang lebih baik melainkan rumah sendiri
 Dan tiada tempat yang lebih indah dan mulia berbanding syurga..
 Emmmmmmmmmmmmm.... i hope i can be in both place rite now but if i want to live in heaven, i must die first ..but there still have but when i want to stay in heaven..
 I must be a good muslimah with not bad record or dosa..
 EMM....i Dont know if i can reach there..
 
 aDuh..aku dah merepek la pulak..
 Maklumlah..kepala tengah pening lagi..
  
           I REALLY NEED WATER RIGHT NOW..
 Ya Allah, Please give me one more chance to have water again..

Thursday, April 14, 2011

Thing to do next week..:P

 Next week is the best week ever in this semester 2 i think..
 On Monday, at 5.30 pm ..i will have speaking test which is task A n task B...
 Arghhh..i don't know what i have to say during the test..i'm not a active person in speaking..
 Plez send someone to help me..maybe an angel to give me courage to face the test..

 For next day, i will have history test, religion test ...and two assignment that must be submitted on time .
 Why we as student have to do all this kind of work..
 Sometime i feel like its not necessary for us to do it but in other side..maybe it very needed to make our carried mark higher..
 ITTL Essay involving 1500 words of communication essay...
 English in Media - submit the brochure together with proposal and other things..

And the most important thing is i must finish memorize my 20 words of Yassin..
 Just left 20 more n then there will no other pressure that will make my mind fly like a wave in the ocean..
Arghhh... i cant wait for the semester break...i want to go home..
 Meet my grandma, aunty..my siblings and for sure hangout with my friend..
 Miss them so much...

Monday, April 11, 2011

Hari ini...

ASsalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Hari ini..
 Ada apa agaknya dengan hari ini ye..
 Aku pun tak tahu ..
 Tapi aku tahu hari ini mesti ada sesuatu yang sedang berlaku..
 Cuma aku tak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku..
 Mungkinkah ada sesiapa yang sedang mengata aku di suatu tempat yang jauh..
 Mungkinkah ada seseorang yang merindui aku tanpa aku ketahui siapakah gerangannya..
 Tetapi apa yang sepatutnya aku lakukan pada hari ini?
 EMMM..Mungkin aku patut siapkan assignment aku yang berlambak ni..
 Tapi kenapa aku rasa macam malas saja nak buat..
 Mungkin sebab tarikh akhirnya lambat lagi...maybe..
 Atau mungkin aku terlampau asyik sangat mendengar lagu CN BLUE nie sampai buat apa pun tak jalan..
 Tapi bukannya salah lagu ni..masalah nya semua nya dari aku.
 Terlampau leka kalau dah dapat buat sesuatu..
 Tapi sebenarnya apa perkara yang sepatutnya aku buat sekarang ni?
 Aduh...memang buntu akal fikiran ini kalau ditanya nak buat apa sekarang tapi yang pasti...
 Aku akan sentiasa buat satu perkara yang amat penting dalam hidup aku ini..

 aKU akan mendoakan kesejahteraan Kedua ibu bapa ku yang berada di sana..
 Aku juga akan mendoakan kesejahteraan semua ahli keluarga ku semoga kami semua dijauhkan dari azabNya..
 Aku juga tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraan rakan-rakanku yang berada di merata tempat di seluruh dunia nie..
 Semoga Allah SWT memberkati kehidupan sahabat2 ku dan di permudahkan segala urusan hidup mereka..
 Dan tidak lupa juga..ku doakan juga kesejahteraan semua saudara seislam ku yang berada di seluruh dunia..
 Sesungguhnya aku memohon kepadaNya agar lindungilah saudara-saudara ku daripada segala bencana serta perasaan hasad dengki manusia yang berjiwa hitam...
  
Sesungguhnya sejauh mana jua hamba Mu ini berada, kepada Mu jua kami kembali.
Ya Allah , Engkau ampunilah segala doa yang telah aku lakukan pada hari ini..
 Sebelum aku menutup mata pada malam nie..aku mahu aku tidur dengan hati yang tenang..

Tiada yang lain mampu menenangkan hati ku selain dari mengingatiMu Ya Allah ..
Dan sesungguhnya aku juga amat menyanjungi KekasihMu Nabi Muhammad SAW...

I love ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW, mY FAMily..my friends and

                 I MISS MY PARENT SO Much...SO much..no words can describe how much i miss them..

 May Allah SWT bless them ..AMIN...

 :)

Saturday, April 9, 2011

Kekasih idamanku..

Kekasih idamanku..

Kekasih yang ku idamkan mestilah memiliki ciri- ciri ini :

  •  Elok budi pekertinya
  • Menghormati orang tua
  •  Sentiasa menjaga solatnya
  • Sentiasa menghormatiku sebagai seorang gadis..
  •  Membimbingku ke arah yang benar
  •  Sentiasa menasihati diriku dikala aku alpa dengan duniawi
  •  Sentiasa murah dengan senyuman
  •  Tidak memandang rendah atas keupayaan orang lain
  •  Tabah mengharungi segala dugaan yang datang
  •  Jujur menyayangi diriku
  •  Memahami akan diriku
  • dan.....
yang paling penting..dia menempatkan aku di tempat yang keempat di dalam hatinya..
Mungkin ramai yang berasa pelik kenapa keempat?
Kenapa tidak yang pertama?
Awak ni sanggup ke bermadu?
Tapi perkara yang sebenarnya adalah...
Kerana aku mahu kekasih idamanku itu menempatkan Allah SWT di tangga yang teratas di dalam hatinya..
Nabi Muhammad SAW di tangga yang kedua..
dan Ibu bapanya yang ketiga..
Dan aku mahu berada di tangga ke empat yang paling dicintai olehnya..
Aku bersyukur kerana aku tahu kekasih idamanku ini lebih mengutamakan cinta kepada Pencipta nya melebihi aku... Sesungguhnya cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang paling suci sekali
dan aku mahu cinta aku dan kekasih idamanku itu dirahmati olehNya kerana kami 
 masing2 meletakkan Allah SWT sebagai cinta teratas , teragung di hati kami...

Alangkah indahnya jika semua ini menjadi kenyataan..
Amin....

ADAM...

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

-Artikel Iluvislam

Maksud Di sebalik Kata

Sering kita menjadi mangsa,
Pada manis bicara,
Putar belit kata,
Tuturan lidah manusia,
Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,
Sesat dalam rimba percaya.

Manisnya bicara,
Laksana gula,
Manisnya meracun jiwa,
Taksubnya ...
Mengikat sangsi di perdu jati,
Kukuh talinya bersimpul mati.

Sedar-sedar saja ...
Segalanya telah tiada,
Hilang harta,
Hilang mahkota,
Barulah terungkai maksud di sebalik kata,
Bukti yang nyata,
Janji-janji yang dikata,
Tidak pernah terkota.

- Artikel iluvislam.com


Berhati-hati lah dalam bercinta..
Rupa sahaja manis menjanjikan seribu janji..
Sanggup sehidup semati.
Tapi akhirnya yang mati hanya lah seorang..
Yang seorang lagi enak berulit dengan dengan yang baru..
Masyaallah...Jauhkan lah aku dari golongan mereka ini..
 Cukuplah sudah pengalaman lalu yang telah aku lalui..
 Sekali aku terkena akan ku kenang sampai bila-bila..
 Tidak akan pernah ku maafkan meskipun dia meminta maaf sampai ke akhir nafasnya..
 Bukan nya aku berdendam tetapi sanggup dia mempermainkan seorang gadis yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dengan pelbagai janji palsu..
 Insyaallah..andai suatu masa itu tiba..
Akan ku cuba untuk buka kan pintu kemaafanku kepadanya..
Jika tidak....fikir-fikirkan la akibatnya...
( hahaha..jahatnya aku nie..nie just ayat main2 ye..jgn salah anggap..:p)

SIAPA YANG CANTIK!!!!!!!!

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

- ARTICLE iluvislam
EMMM, bagi pendapat tuan punya blog ni pulak.. sebenarnya cantik nie kita tidak boleh hendak dinilaikan dari paras rupa..
Cantik yang sebenar-benarnya menurut Islam adalah dari segi tingkahlaku, akhlak, cintanya kepada Pencipta iaitu ALLAH SWT, dan budi bahasa...
Kalau semua pakej ni ada dekat seseorang wanita atau pun lelaki..baru la mereka boleh dikategorikan sebagai cantik dan hensem..
  Apa gunanya seseorang itu dipuji cantik hanya kerana paras rupa dia yang sememangnya di anugerahkan kelihatan indah sedangkan akhlaknya , sikap dan amalan nya bertentangan dengan paras rupanya..

 Apa guna seseorang itu merasa bangga dengan kecantikan dan kehenseman yang dimilikinya melebihi orang lain jika tidak mahu bersyukur atas nikmat yang telah dinikmatinya itu...

Fikir-fikirkan la...kecantikan paras rupa itu hanyalah sementara..jika terlalu bongkak sehingga merendahkan orang lain..insyaallah, kecantikan itu akan ditarik balik oleh Pencipta nya...

Dengan ikhlas dan penuh syukur..saya sememangnya berbangga dengan rupa yang telah diberikan kepada saya ini..sesungguhnya Allah S.W.T, mengurniakan sesuatu itu ada kebaikan disebaliknya..

Sekian...