Alam ini dipenuhi dengan pelbagai ciptaan tuhan..
Keindahan bumi yang dihuni oleh pelbagai mahkluk ciptaan Allah SWT...
Kehijauan tumbuh-tumbuhan yang hidup subur memenuhi ruangan tanah gersang ..
Kicauan burung-burung berterbangan menghiasi ruangan langit yang kebiru-biruan...
Bagaikan menggamit kita untuk terbang bebas di awangan..
Bunyi desiran ombak yang menghempas pantai menghadirkan perasaan damai di dalam hati..
Mengimbas kembali betapa agungnya segala ciptaan tuhan..
Ikan-ikan berenang di bawah jernihnya air mengikut alunan ombak.
Menyejukkan pemandangan..
Setiap insan pasti akan terleka dikala menyaksikan segala keindahan alam ini..
Yang pastinya semua keindahan ini hanya dapat dinikmati dengan sebenar-benarnya jika
kita mengenali akan pencipta segala alam ini..
Manusia sering terlupa bahawa apa yang kita miliki sehingga kini hanyalah pinjaman semata-mata..
Andai suatu saat masa yang pasti kita ketahui akan tiba..akan hilanglah semua
keindahan alam yang sedang kita miliki ini..
Kehijauan pohon-pohon yang selama ini tumbuh merimbun menutupi dataran akan layu satu demi satu..
Tiada lagi kedengaran bunyi unggas-unggas yang selami ini sentiasa menemani kesunyian kita dikala hening..
Siang yang sentiasa diterangi sinaran matahari sudah tidak akan mampu untuk bersinar lagi..
Bulan yang selama ini setia untuk menemani malam-malam kita yang gelap hilang menyembunyikan diri..
Di saat inilah..manusia akan menyedari betapa ruginya mereka mensia-sia kan segala saat yang mereka miliki untuk meluangkan masa dengan alam sekitar..
Betapa ruginya setiap detik yang terlepas tanpa melihat dan menghayati alam kurnia Allah SWT. ini..
Ingatlah...dunia hijau yang penuh khazanah Ilahi ini hanyalah sementara sahaja..
Lindungi lah ia selagi nafas kita masih ada .....
SAYANGILAH BUMI ANDA
Sekali ianya hilang tidak akan ada lagi yang mampu untuk mengembalikannya..



No comments:
Post a Comment