Hari ini saya nak bercerita pasal satu kisah yang sangat pelik tetapi tak mustahil berlaku pada zaman siber yang semakin membangun ni..
Kisah ini sebenarnya dah berlaku berapa bulan yang lepas ..eh2..bukan berapa bulan yang lepas tapi beberapa bulan yang lepas iaitu pada tahun 2010..
kisah ini boleh dikategorikan sebagai pelik kerana bagaimana seorang warga asing boleh jatuh cinta kepada seorang gadis yang tidak pernah dia jumpa cuma jumpa melalui rangkaian sosial paling popular masa kini iaitu facebook....percayalah..ini bukanlah cerita yang sengaja direka atau khayalan tapi sesungguhnya inilah kenyataannya..
Kisah ini bermula apabila pada suatu malam ketika si gadis sedang online facebook, tiba-tiba terdengar bunyi klik pada ruangan chat yang menandakan ada seseorang yang mahu berbual dengan si gadis..
Gadis itu tanpa merasa ragu terus menjawab salam yang dibagi dengan niat hanya sebagai kawan..
Dari detik itu, bermula lah sesi persahabatan 2 manusia yang berbeza kaum serta jarak tempat tinggal yang jauh kerana pemuda asing itu berasal dari Colombo...
Setiap hari jika si pemuda asing itu melihat si gadis online, pasti dia akan cuba untuk berbual walaupun si gadis itu tidak pandai berspeaking sgt in English..
Hari demi hari yang berlalu pergi membawa seribu kenangan...
Dan tanpa di duga, pada suatu hari si pemuda itu telah meluahkan perasaannya kepada si gadis yang sentiasa menjadi teman bual di Facebook..
Si gadis merasa sangat terkejut dengan luahan perasaan si pemuda..
Si gadis tidak sangka layanan nya selama ini sebagai sahabat telah di salah erti oleh pemuda itu..
Untuk tidak mengeruhkan keadaan, si gadis cuba untuk menghindarkan diri dari pemuda itu dengan tidak memunculkan diri lagi di facebook serta telah meremovekan si pemuda tadi..
Tetapi pemuda itu tidak berputus asa dan dia telah cuba mengorek rahsia mengenai si gadis dengan bertanyakan kepada semua sahabat si gadis yang telah dia add kan sebagai friend di facebook nya..
Si gadis yang mendengar akan cerita itu dari sahabatnya mula berasa takut kerana si pemuda itu seakan telah obses dengan dirinya..
Demi untuk mengelakkan dirinya dari dijejaki..si gadis telah berpesan kepada semua sahabatnya yang telah bersahabat dengan si pemuda tersebut untuk meremovekan pemuda itu dari senarai rakan mereka..
Akhirnya setelah beberapa minggu gadis itu berasa tidak lena tidur disebabkan perangai pelik pemuda itu, si gadis dapat meneruskan hidupnya seperti biasa...alhamdulillah...
Pelikkan pemuda ini.. Macam mana dia boleh jatuh cinta dengan gadis yang hanya dikenali melalui facebook sahaja sedangkan dia tidak tahu lagi akan hati budi si gadis itu...
Cinta itu memang buta ..walaupun tidak pernah jumpa tapi jika perasaan itu mahu hadir tiada siapa yang dapat menghalangnya...
Moral daripada story ini ialah buat si gadis yang berada di luar sana, berhati-hatilah untuk menerima sahabat baru di facebook..macam-macam boleh jadi contohnya seperti kisah si gadis misteri nie...:)

No comments:
Post a Comment