Sunday, February 27, 2011

Kegilaan remaja kini..

Remaja masa kini semakin hari semakin taksub dengan kepelbagaian teknologi dan arus kemodenan yang semakin berkembang pesat di seluruh dunia..
 Tidak kira apa pun aktiviti yang dipilih , jika sudah meminati sesuatu perkara mereka akan meletakkan sepenuh ketaksuban mereka untuk aktiviti tersebut...
 Antara kegilaan remaja kini tidak kira perempuan atau lelaki, seperti yang kita dapat lihat remaja kini begitu taksub akan permainan video atau game yang terdapat di internet seperti permainan DOTA begitu popular dikalangan remaja lelaki di mana mereka sanggup berjaga sehingga lewat pagi semata-mata untuk bermain DOTA..
 Selain itu, kebangkitan kumpulan musik dari Korea dengan band2 yang dianggotai oleh anak-anak muda juga telah menjadi kegilaan remaja kini terutamanya di kalangan remaja perempuan..Tidak kurang juga terdapat  remaja lelaki yang meminati korea sehingga menjadikan fesyen artis korea sebagai ikutan mereka dengan cara pemotongan rambut dan gaya pemakaian...
 Memang tidak dinafikan tiada salah sebenarnya untuk remaja menjadikan sesuatu sebagai ikutan atau kesukaan mereka tetapi jika sudah sampai tahap merosakkan badan...kita perlu merasa bimbang kerana remaja kini sanggup untuk tidak mengambil peduli akan kesihatan mereka semata-mata kerana terlampau suka dengan aktiviti yang mereka lakukan..
 Kadang-kadang terlintas juga di fikiran adakah perlu remaja ini menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti-aktiviti seperti ini yang hanya melekakan mereka menempuhi kehidupan harian sebagai remaja Islam..
 Apa-apa pun..setiap orang mempunyai kegemaran dan hobi masing-masing..terpulanglah pada diri sendiri untuk memikirkan apa yang sepatutnya mereka isi di masa lapang yang ada..
Contohnya adalah seperti saya yang suka menulis merapu2 di blog ini...hehehehe
 Okay lah..thats all for today..we meet again at another time and other topic if i ada idea la nak tulis apa...hihihihihi..
 
 TATATATATATAAAAAAATATATATATATATATATTA..SEE YOU SOON....

No comments:

Post a Comment