Hello...
Bertemu kembali kita di dalam segment suka duka hidup seorang pelajar disebalik tembok besi...
Pernah kah anda semua memasuki sebuah pusat pengajian yang mempunyai peraturan begitu ketat sekali..
Kalau tak pernah marilah ramai2 datang melawat Kolej Profesional Mara ..kolejku penjaraku..:)
Semakin hari ada sahaja peraturan baru yang diperkenalkan..
Dan yang pling terbaru adalah sistem merit pelajar ..jika seorang student balik lewat dr outing walaupun hanya 1 saat, nilai merit anda akan dipotong sebanyak 10 markah...dan lebih malang lagi..tiada cara lain yang boleh dibuat bagi menambahkan kembali nilat merit itu..
Kadang-kadang aku terfikir adakah aku telah kembali ke zaman sekolah berasrama penuh....
Penuh dengan peraturan sehinggakan aku terfikir juga mungkin aku telah memasuki sebuah sekolah agama..
Tapi mustahil pula sekolah agama jika pelajarnya smua memiliki kepelbagaian warna rambut bagaikan lolipop..hehehe..
Laluan pejalan kaki menuju ke hostel Impian dipasang palang yang aku rasa tidak berapa sesuai untuk diletakkan di situ..apa guna nya pasang palang kalau pelajar still boleh menyelinap ikut tepi palang tersebut..
Memang kelakar sungguh cara pemikiran pihak disiplin dekat kolej ini...
X sabar nak tengok apa lagi diorang nak pasang lepas ni..
Mungkin sistem alarm ..kalau hantu lalu pun boleh kesan..baru berteknologi sikit...hahaha
Sampai di sini sahaja kisah kolejku penjaraku..kita sambung lagi nanti apabila ada pemasangan pagar elektrik pula di sini..hehehe...daaaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment