Saturday, February 19, 2011

Dakwah

Dakwah adalah proses menyampaikan kebenaran mengenai ajaran Islam serta menyeru orang ramai ke arah kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya..
Sesungguhnya dakwah itu adalah suatu perbuatan yang sangat mulia dan amat dituntut di dalam Islam.
 Sebagai khalifah di muka bumi ini, sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap umatNya menyampaikan dakwah di dalam kehidupan seharian mereka..
 Dalam berdakwah..tidak semua memiliki kelebihan dan keupayaan dalam melakukan tugasan mulia ini..
Dihina, dilemparkan dengan segala cacian ..
 Itu semua adalah cabaran yang harus diterima sebagai seorang pendakwah..

Untuk menjadi seorang pendakwah yang berjaya serta dipandang tinggi oleh masyarakat..seseorang itu hendaklah memiliki sifat kasih akan orang lain iaitu perasaan sayang . Perasaan sayang itu amat penting bagi menjayakan proses penyampaian dakwah kerana dengan memiliki perasaan kasih, hati kita akan lembut dan mudah untuk menyampaikan dakwah.
Selain itu...pendakwah perlu mempunyai semagat juang yang tinggi dan tidak mudak putus asa dalam menyeru manusia menuju kebaikan..

Memang tidak dinafikan tugas menyampaikan dakwah bukan lah mudah kerana kita perlu meyakinkan orang lain akan kesahihan kata-kata yang kita sampaikan...
Pelbagai persoalan akan ditimbulkan oleh orang yg didakwah..
Segalanya bergantung kepada sejauh mana semangat dan niat kita dalam menyampaikan dakwah...




No comments:

Post a Comment