Monday, February 21, 2011

Kolejku...

Kolej Profesional Mara Indera Mahkota ....
Sebuah kolej yang sangat profesional ,indah, menarik dan terkenal dengan pelbagai kisah yang tersembunyi..
Antara kisah yang paling menarik yang terdapat di sini adalah kisah histeria dan gangguan yang dialami pada setiap permulaan semester di kolej ini..
Setiap hari pertama bermulanya sesi kuliah di kolej ini, pasti kakitangan surau tidak cukup tangan dan doa untuk mengatasi masalah ini.
Setiap malam kedengaran bunyian jeritan suara pelajar perempuan yang kebanyakannya menjadi mangsa adalah pelajar semester satu..suara tangisan, hilaian dan ketawa pasti kedengaran tidak henti-henti selagi
tiada yang datang untuk mengubati
Selain itu, daripada risikan kawan-kawan yang menghuni di setiap bilik asrama impian ini,
 rata-rata daripada mereka pernah mengalami kejadian aneh di mana sering ternampak kelibat di dalam tandas..
 Dihempap sesuatu ketika sedang tidur selain dari mengalami kesukaran untuk bernafas dan bercakap,
 mereka turut merasakan aura yang pelik di sekeliling mereka..
 Berita terbaru yang saya perolehi petang tadi ialah....

 sambung esok lah..seram pulak nak tulis pasal cerita hantu malam2 nie.....
harap semua bersabar ye..
 nantikan kesinambungan cerita seram dari saya yang bertajuk ' Misteri Menyelubungi Kolejku'....
 
 ......................................

No comments:

Post a Comment