Tuesday, February 22, 2011

Marah....

Arghhhhh...aku marah apabila melihat engkau seakan-akan
melupakan diriku dikala kita bersama..
Aku marah apabila mendengar engkau mempersendakan
cinta yang telah ku curahkan selama ini..
Aku marah kerana tersilap dalam menilai dirimu
hanya dari luaran...

Aku marah apabila terkenangkan segala kenangan
palsu yang pernah tercipta antara kita..
Aku marah disaat aku terimbau kembali segala-gala
kata-kata manismu yang pernah kau tuturkan kepadaku..
Aku marah setelah menyedari betapa bodohnya diriku
kerana terlalu mempercayai dirimu..

Aku marah kerana disaat aku duduk bersendirian dikala malam
segala sandiwara palsu di antara kita datang mengganggu
ketenangan malamku...
Aku marah memikirkan betapa mudahnya aku menyerahkan
perasaanku kepada mu...
Aku marah mengingati betapa mudahnya menerima segala kata-kata
dan janji-janji manismu...
 
Aku marah kerana aku tahu di sepanjang perkenalan kita
engkau hanya mempergunakan diriku untuk kepentingan dirimu...
Aku marah kerana aku sedar sedalam mana pun perasaan benci
yang cuba aku tanamkan di dalam hatiku ini..
Engkau pernah menduduki tangga teratas di hatiku....

Aku marah untuk mengatakan aku masih mengingati dirimu
kerana aku sedar apa yang berlaku sudah pun berlaku...
Aku marah untuk mengakui sebenarnya betapa perkenalan kita
berlaku di atas sikap terburu-buru tanpa menyedari bahawa
kita sememangnya masih muda untuk menempuhi alam percintaan
yang hanya indah khabar dari rupa...
Aku marah..............untuk mengucapkan selamat tinggal selamanya kepadamu..
Aku marah .........apabila aku sedar bagaiman mudahnya aku terjatuh di dalam
permainan perasaan yang tiada peghujungnya ini...

Dan aku marah untuk mengatakan aku sudah ketandusan idea untuk memanjangkan lagi..
puisiku ini...hehehehe

No comments:

Post a Comment