Aku tersenyum apabila mendengar akan ceritamu
yang penuh dengan teladan dan kelucuan...
Aku tersenyum dikala melihat engkau terkapai-kapai dalam
menyelesaikan segala masalah yang merunsingkan hatimu....
Aku tersenyum disaat engkau datang menghampiriku dan menghulurkan
aku sebuah senyuman yang hanya untuk tatapanku seorang...
Aku tersenyum ketika menerima ucapan kasihmu yang pertama..
Aku tersenyum semasa terpandangkan gelagatmu yang malu-malu
untuk menghiburkan hatiku yang sedang lara...
Aku tersenyum mendengar segala kata-kata manis mu
walaupun ku tahu pujianmu bukanlah untukku..
Aku tersenyum disaat pertama aku mengetahui akan kehadiran
seseorang yang berjaya mengalihkan perasaan kasihmu
yang selama ini hanya tertumpu buatku seorang..
Aku tersenyum kerana aku sedar rupa-rupanya
selama ini aku hanyalah insan yang dipergunakan
untuk kepentingan dirimu sahaja...
Aku tersenyum setelah segalanya berakhir kerana aku sedar
aku telah membuat keputusan yang betul dengan merelakan pemergianmu..
Aku tersenyum kerana aku sedar aku masih mempunyai insan-insan yang
sentiasa berada di sekelilingku memberi kasih sayang ikhlas
berbeza dengan kasihmu yang hanya kepura-puraan..
Aku tersenyum kerana aku tahu setiap yang berlaku itu pasti ada
hikmah dan maksud tertentu yang tersembunyi buat diriku..
Aku akan sentiasa tersenyum untuk mereka yang sudi untuk menerima
akan kehadiranku....
Dan senyum itu sebenarnya adalah cara terbaik buatku untuk melupakan semua
yang berlaku....senyumlah sesungguhnya SENYUM ITU ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA......


No comments:
Post a Comment