Tuesday, February 22, 2011

Cinta hadirmu.....

Cinta hadirmu...
Cinta mempunyai pelbagai definisi ..
Cinta merupakan suatu yang subjektif...
 Cinta kepada pencipta yang mencipta sekalian alam..
Cinta kepada pesuruhNya yang amat dituntut di dalam Islam...
 Cinta kepada ibu bapa , keluarga dan rakan-rakan...
 Cinta kepada manusia yang amat istimewa kepada kita iaitu kekasih...
 Cinta kepada alam sekitar yang sentiasa mendamaikan hati kita dikala gundah...
 Cinta adalah suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...
 Cinta yang hadirnya memberikan seribu pengertian...
 Cinta yang hadirnya untuk mewujudkan perasaan sayang di dalam jiwa yang dahagakan kasih sayang...
 Cinta yang datangnya untuk menghadirkan ketenangan pada si pencinta juga yang dicintai..
 Cinta yang suci adalah cinta kepada pencipta...
 Cinta kepada agama yang benar lagi suci...
 Cinta yang membawa kita menuju ke arah kebahagiaan yang kekal lagi abadi...
 Cinta yang melorongkan hati kita kepada kebenaran..
 Sesungguhnya tiada cinta yang mulia melainkan cinta kepada Allah SWT.
dan pesuruhNya..Nabi Muhammad SAW......

No comments:

Post a Comment