Assalamualaikum...kita bertemu lagi hari ini dengan kisah yang agak menarik untuk dikongsikan dengan anda semua...
Setiap hari jika kita sedar dan perihatin akan berita semasa yang sentiasa terpapar di akhbar..
Setiap hari pasti ada sahaja kisah bencana alam yang telah memusnahkan kawasan petempatan dan mengorbankan ramai mangsa..
yang terbaru adalah gempa bumi yang berlaku di luar negara kini.....berpuluh-puluh nyawa terkorban begitu sahaja...
Jika kita perhatikan dengan mata hati dan berlandaskan agama..semua yang berlaku sekarang adalah tanda-tanda yang menunjukkan dunia atau bumi yang di diami kita ini sudah semakin hampir ke penghujungnya..
Mungkin ramai yang menidakkan kenyataan ini tetapi jika rujuk kembali di dalam al-Quran, salah satu petanda berlakunya kiamat adalah kemusnahan bumi yang sering berlaku bencana alam..
Dalam diam, setiap hari bumi kita semakin menunjukkan kemarahan nya dengan menghamburkan debu-debu yang berterbangan di udara, gunung berapi memuntahkan laharnya, ais semakin mencair di antartika dan menyebabkan paras air laut semakin meningkat sehingga menenggelamkan pulau-pulau kecil berhampiran...
Semua ini adalah sebagai satu peringatan buat kita di mana bumi ini bukan lah tempat persinggahan yang selamanya untuk manusia..tiba hari nya pasti manusia semua sedar bahawa betapa ruginya kita selama ini mensia-siakan masa yang ada untuk menikmati keindahan alam ini..
Di sana sini kita dapat melihat betapa rakusnya manusia memusnahkan hutan tanpa memikirkan kesan di kemudian hari..
Banjir kilat, gempa bumi, tsunami, kebakaran yang berlaku hanyalah tanda-tanda kecil yang berlaku tetapi apabila munculnya daabbah dari perut bumi..sesungguhnya kita tidak dapat lagi untuk melarikan diri..
Fikirkan lah...sampai bila kita hendak bersuka ria di atas bumi yang sudah kita rosakkan ini...
No comments:
Post a Comment