Sunday, February 27, 2011

Assignment...

Assignment...
  Kenapa sebagai pelajar kita perlu membuat assignment?
 Kadang-kadang sakit hati apabila memikirkan setiap hari ada sahaja assignment yang perlu disiapkan dan yang paling sakit hati sekali apabila dapat lecturer yang suka bagi tugasan last minute ..lepas itu kena hantar on time,lambat hantar kena potong markah...
 Assignment....
 Kadang-kadang terfikir juga kenapa diwujudkan istilah assignment? kenapa tidak buat nama yang lagi gempak dan menarik berbanding assignment yang memberi tekanan kepada student..
 Memang geram kalau dalam satu hari dapat 3 atau 4 assignment serentak kemudian perlu dihantar selepas 3 hari.....
 Sudahlah tu..dalam tempoh nak menyiapkan assignment itu ada sahaja gangguan yang datang seperti tiada elektrik lah....kawan-kawan ajak pergi jalan-jalan lah dan macam-macam lagi lah..
 Lagi satu yang paling menyakitkan hati kalau seorang itu sudah tiada idea nak buat assignment, dia boleh pula pergi mengganggu kawannya yang sedang bertungkus lumus menyiapkannya..
 Hendak marah nanti dikata berlagak sangat tapi kalau pendam lagi la sakit hati..
 Kesimpulannya saya mengambil langkah dengan mendiamkan diri sahaja walaupun saya berasa tertekan yang amat sangat dengan situasi ini...
 Kadang-kadang mahu sahaja  aku mengoyakkan soalan yang telah diberi dan mencampakkan ke dalam tong sampah tetapi apabila difikirkan kembali...
 semua itu adalah ilmu dan tidak baik untuk aku membuang ilmu yang selama ini ku cari ..
 Aku akan cuba untuk bersabar menempuhi segala cabaran yang perlu aku hadapi sebagai pelajar kolej..
 ARGGGGHHHH.....cepatlah cuti datang..aku sudah tidak sanggup lagi untuk menghitung hari ketibaan cuti itu....hhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu..................

No comments:

Post a Comment